Part 53💖

5.5K 201 16
                                    

"Jom masuk.Ibu dan ayah dah lama tunggu kat dalam tu".ajak Zafiey usai sahaja kereta diberhentikan di hadapan lobi utama rumah mereka.Dayana hanya mengangguk kecil.

Dia membuka pintu sebelum meloloskan diri keluar dari perut kereta mercedez milik lelaki itu.Zafiey sempat membaiki jaket kulit berwarna kelabu ditubuhnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

  "Selamat pulang tuan".sapa pembantu rumah mereka.

Zafiey mengaris senyuman.Dayana yang ada dibelakangnya dilihat sekejap.

  "Apahal kau macam patung lilin aja ne?".soal Zafiey.Gadis itu mencebik bibir.

Orang takut kot.dah lah tiba tiba aja di ajak datang ke mari.Lepas tu jumpa kedua orang tua lelaki itu secara mengejut juga membuatkan dia seperti hilang arah.Gugup tak tentu pasal.Semenjak dia balik dari Australia pun,dia tidak ada masa nak melawat ke rumah itu.Mesti mereka fikir yang bukan bukan.

  "Erghh..sa..saya segan".ucap Dayana.

Zafiey mengerut dahi.

  "Segan?segan dengan sape pula?kita je ada kat sini.bukannya ramai pun.yang kau segan segan ne apahal".ejek Zafiey.

  "Ishh cikgu jangan banyak bunyi boleh tak.mestilah saya segan..Kan saya dah lama tak datang kat sini.Cikgu apa tahu".balas Dayana geram.

Sempat dia menilik pemakaiannya.Jari digenggam erat.

Zafiey ketawa halus.

  "Sebab tu je kau segan?ingatkan sebab apalah tadi.Hah tak perlu segan segan.anggap aje rumah ne macam rumah kamu.lagipun ibu ayah saya pun dah anggap kamu tu macam anak mereka sendiri.so mereka mesti tak fikir buruk punya.Lagipun.buat apa kau nak segan..rumah ne pun bakal rumah tetap kau juga nanti..jangankan makan kat sini.tinggal kat sini terus pun boleh.".kata Zafiey sebelum melangkah meninggalkan Dayana di belakang.

Dayana membuat muka toya.Sedaya upaya dia mentafsir kata2 yang keluar dari bibir lelaki itu.Bakal rumah tetap aku?maksud dia apa?

Dipaksa juga dirinya mengejar langkah kaki lelaki itu.Kemudian lengan Zafiey yang berlapis ditarik kuat sebelum dipegang kejap.

Mahu terdorong lelaki itu menghadapnya.

  "Kau ne apahal??kalau aku jatuh tadi macam mana?".kata Zafiey..Namun tidak jua dilepaskan genggaman gadis itu ke atas lengannya.Wajah cuak dayana dipandang lagi.

  "Saya takut lah cikgu..serius..saya rasa nak terkencing aja sekarang ne".

Zafiey menjulingkan matanya je atas.Kemudian dengan perlahan dia mengangkat tangan sebelum menjentik dahi gadis itu.

  "Auchh..".Dayana meraba dahinya.Sakit giler..

  "Apa ni cikgu..main jentik2 dahi orang pula.sakit tahu tak.kalau dahi saya merah,cikgu nak bertanggungjawab ke?".

Zafiey mengeleng kepala.

  "Kau tu lah.cenggeng sangat.Entah apa juga yang kau takut kat rumah ni sampai nak terkencing bagai.nak kata rumah aku ne berhantu tak pernah pernah juga ada kes yang aku lalui sebelum ne.Nak kata ibu ayah aku tu makan orang.tak juga.yang kau overthinking sangat ne pahal.sebab tu aku jentik dahi kau tu.biar tambah berakal sikit"..bebel Zafiey.

Membulat mata Dayana.Nak cakap aku takde akal lah tu ya?dilepaskan kasar lengan lelaki itu.

Sia sia aja aku nak minta simpati dia ne supaya saport dan protect aku.Ceh.hehe..

Zafiey menjeling halus.Eleh marah lah tu..malas nak melayan karenah Dayana yang macam budak kecil.Dia terus aja melangkah ke arah dapur.

Bertambah monyok muka gadis itu.Langkah zafiey dikejar dari belakang.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now