Part 19💖

5.2K 213 2
                                    

Zafiey memasuki ruangan restoran yang diberitahu oleh Rynah di telefon sebentar tadi.Matanya melilau ke sana kemari mencari kelibat Rynah Zvendra.Si gadis berambut hitam lurus.

Malam itu dia mengenakan jeans berwarna biru gelap serta baju berkolar putih serta kasut putih.Rynah tersenyum memandang Zafiey.Dia melambai2 tangannya.

  "Heii...sorry tak sedar pula kau kat situ tadi ".tegur Zafiey.Rynah tersenyum manis.

  "Its ok lah dude..Aku faham mata kau tu buta sikit.Lebih2 lagi bila malam macam ne ".ejek Rynah.Zafiey menjeling halus.

Celaka betul...

  "Eleh...yelah tu.tapi still aku tetap tampan kan".perasan Zafiey.Suka angkat bakul sendiri !.kolar baju putihnya dikibas2 bersama kening yang berjongket.

Perasan nak mampus betullah..

  "Uwerkk...hensem lagi pak guard pakistan tu".dalih Rynah.Namun bila terfikirkan kembali.Memang betul Zafiey itu tampan.

Di sekolah dulu pun.Ramai sangat peminat sampai dia pula jadi tukang posmen tidak berbayar.Hantar surat dekat Zafiey.

  "What ever lah..Hah kau nak apa panggil aku datang sini ?".soal Zafiey.menu card yang terletak elok diatas meja dibelek2 kejap.Ada nasi ayam.Ayam percik.Seafood dan macam2 lagi.

  "Haihh..kawan ajak jumpa pun salah ke ?".ujar Rynah.Terasa pula dia.Cemberut aja mukanya.

Zafiey yang perasan akan nada2 merajuk dari gadis cantik itu tertawa besar.

  "Lah tanya pun salah ke ?".kata Zafiey.Dia melihat tepat ke dalam anak mata Rynah.Rynah terpana seketika.Dadanya berdegup laju.Dia bedehem seketika.Cuba untuk mengusir kegugupannya.
 
  "Ta..tak lah".jawab Rynah.Matanya dilarikan ke iphone di tangan.

  "Ouh...".kata Zafiey.Dia berpeluk tubuh.Boleh tahan ramai pelanggan yang datang restoran itu.Bukan main lagi ! Mesti nak menonton bola secara siaran langsung.

  "Kau tak nak order apa2 ke ?".tanya Rynah.

  "Tak nak lah.Aku tak rasa lapar pun sekarang ne.".kata Zafiey..Dia mengeluarkan telefon dari arah poket.Icon instagram ditekan.

  Zafiey membuat live malam tu.Dia tersenyum.Tiba2 akal jahatnya mendatang..Matanya tertumpu ke arah Rynah yang sedang enak mencekik nasi ayam.

  "Tadaaaaa ! Ne dia kakak Rynah kita..Tengah makan nasi ayam woooo.Sedap ke kak".Rynah tertawa melihat.Dia ne memang sengal betullah ! Patah selera aku nak makan.

  "Kau ne boleh tak jangan tunjuk sewel kau malam2 ne.Orang tengah makan pun kau sibuk aja nak menempel dengan live kau tu.eiii".cebik Rynah.Lengan Zafiey dicubit geram.Mengaduh sakan jantan itu.Sampaikan terkeluar suara betina dari mulutnya.

Zafiey kemudian melihat view live nya.258 orang ? Wow..boleh tahan juga.Tak sampai 15 minit dia buat.Banyak betul komen.Hensem lah.Makan kat mana lah.Suruh dm lah.Tanya pakai produk apa lah.Aish..penat pula dia nak menengok.

.Tiba2 matanya terpandang pada nama E'Dayana.Baru aja join livenya.Zafiey tersenyum.

  "Afiey..buka mulut jap.".pinta Rynah.

  "Asal ?".

  "Aku tak dapat nak habiskan ayam ne.Sayang lah nak.buang.Membazir".kata Rynah.Zafiey mengangguk faham.Mulutnya dibuka.Rynah menyuap sisa ayam tadi bersama nasi ke mulut Zafiey.

Seketika dia tertawa..Ada nasi melekat elok di tei bibir lelaki itu.Dia menyapu tepi bibir Zafiey dengan tisu.Zafiey hanya membiarkan.

Kemudian dia baca lagi komen2 yang ada.Romantik ? Sweet ? Bagai pinang dibelah dua? Ada yang kata melepas lah.Frust lah.Tunang ke .?.Suami Isteri ke?amboi..melebih dah tu suami isteri.

Viewnya bertambah dari 200+ ke 508 orang.Ramai juga yang jadi burung hantu malam tu.

  "Aikk..dah takde ?".pelik Zafiey bila nama E'Dayana telah meninggalkan livenya.Seketika kemudian live pun dimatikan.Dia memasukkan balik iphone x nya ke dalam poket.

  "Wehh.jom gerak..Jalan2 ke.aku bosan lah".ujar Rynah.Mahu tersedak Zafiey mendengar.Bukan dia tak mahu.Tapi dia rasa lututnya tika itu pun seperti nak terputus.

Apa tidak..Dia kan baru aja pulang dari melepak dengan Dayana.Mengingatkan hal itu.Segera Zafiey melihat jamnya.Sesaat dia tersenyum.

  "Erghh sorry ryn.aku bukan tak nak.Tapi aku penat lah.Sebab ada aktiviti kat sekolah tadi.Latihan bola sepak bersama guru2.Sorry tau".bohong Zafiey.

Rasa bersalah pula melihat wajah mengharap rakannya itu.Namun Rynah tetap tersenyum.

  "Its okeylah kalau macam tu.Aku faham kerja kau.Biasalah sibuk kan.".kata Rynah.Tangan Zafiey digenggam erat.Cuba menyalurkan kekuatan dekat lelaki itu.

  "Hemm..ye aku minta maaf sangat2.tapi nanti bila aku ada masa free.Aku ajak kau jalan k".pujuk Zafiey.

  "Okey..no hal".jawab Rynah.Dia bersiap untuk balik ke rumah.Nak jalan pun kalau tak ada kawan.Tiada guna juga.kan ??

  "Dah.jom lah gerak..Aku minta maaf tau sebab ajak datang sini.Buat susah kau je Afiey".Kata Rynah meminta maaf.Zafiey tersenyum.

  "Alah.takpelah...kau kan kawan aku.Tak susah pun".ujar Zafiey ikhlas.Mereka kemudiannya berlalu ke kereta masing2.Sebelum meninggalkan perkarangan restoran itu perlahan2.Zafiey dengan jalannya.Rynah beserta tujuannya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

   "Benci benci benci !! ".mahu penyek permukaan tilam itu ditumbuk oleh Dayana.

Kenapa dia tumbuk ?sedia maklum ajelah.Dia cemburu ! Ingatkan sebab apa lah Zafiey buat live dekat insta tu.Rupanya tengah mendating dengan perempuan lain.Tak cukup ke masa keluar dekat dia tadi ? Sakitlah hati ini !

  "Eii kalau aku dapat dua2 tadi.Memang aku humban masuk longkang..".katanya lagi.Tanpa menyedar air matanya yang telah merembes keluar dari kelopak mata.

Mula membanjiri permukaan tilam itu.Entah kenapa dia boleh jadi cengeng hanya kerana Zafiey ? Selama ini tak pernah dia menyimpan rasa sampai menangis terhadap lelaki lain.Tapi lelaki itu ?

  "Arghhh ! ".jerit Dayana lagi.Patung pemberian Zafiey dibuang ke bawah.Sampai terperosok ke bawah meja belajarnya.Dia memandang patung itu seketika.

Tak lama kemudian baru dia tersedar.Segera dia beristigfar.Tak ingin membiarkan syaitan menguasai hatinya.Patung itu diambil kembali.

  "Ya allah..tabahkan lah hati aku.Janganlah sesekali engkau membiarkan syaitan menghitamkan dan menghasutnya menjadi seperti mereka2 yang busuk hati.Atau berhati jahat.Kekalkan lah aku dilandasanmu..aminn".doa Ezz Dayana.

  "Boby..Ezz minta maaf tw sebab lempar boby tadi.Ezz tak sengaja".ujar Dayana.Diperut erat patung beruang yang tidak hidup itu.

Ezz Dayana memandang siling rumah.Seperti memikirkan sesuatu.Otaknya   ligat megatur cara mendapatkan perhatian Zafiey seperti yang Rynah dapat buat.

Kemudian dia tersenyum.Dia akan jalankan misi untuk cuba mengambil hati lelaki itu !.Ya dia akan buat mulai isnin ini !

Seketika kemudian matanya terasa amat berat sebelum alis cantik itu terkatup perlahan lahan.

  "Cikgu...saya sayang cikgu..".bisiknya lagi.Menyempat sungguh ! .akhirnya dia terlena dengan memeluk si boby patung beruang berbadan besar dan berbulu lebat.


Hai ! Sorry part ne pendek aja tau.Sebab saja sis buat pendek.Hah nak tahu misi dayana nak curi hati Zafiey ?kekalkan cerita ne dalam story korang tau😘.Jangan lupa sokong sis.Sis cuti sekarang ne.Jdi dapat juga lah belanja 3 part sekaligus😍😘.hehehe..Btw Vote for next chapter !! 😶💖

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now