Part 32💖

6.4K 255 11
                                    

Sesekali mata Ezz Dayana di larikan ke arah jam tangan berwarna kelabu di tangannya.Jam menunjukkan pukul 8.10 minit pagi.Dia tersenyum.

  "Awal lagi..masih ada masa aku nak main game".katanya sendiri.Hari itu dia ada janji dengan Rayyan untuk sama2 ke bandar bagi mencari bahan rujukan yang dipinta oleh guru mereka.

Rayyan yang beria-ria mengajaknya ke bandar.Mama abahnya juga telah mengizinkan dia keluar dengan lelaki itu.Dia hanya ikutkan saja kerana baginya Rayyan seorang kawan yang baik sepanjang dia mengenali lelaki itu selama 1 minggu ini.

  "Ezz ?? Kawan kamu tu tak sampai lagi ke?"soal Puan Sari.Dayana memandang wajah ibu kandungnya yang muncul di ruang tamu.

  "Haah..belum lagi Maa.tapi takpelah Ezz okey je tunggu dia.".ujar Dayana.Game tak jadi di buka.

  "Emm yelah..nanti pergi jalan tu jangan lewat sangat balik ye.Tak elok anak dara pulang lambat.Lagipun malam ne Ezz kena tolong mama siapkan tempahan kuih yang dipinta oleh Mak su kamu tu.".terang Puan Sari.

Dayana mengangguk faham.Dia mengukir senyuman manis buat si ibu sehingga memaparkan giginya yang tersusun cantik.

  "Okey maa.insyallah ezz akan berusaha untuk balik awal.sebab mama faham kan.Ezz kena cari bahan yang cikgu minta tu..".jawab Dayana.Baik kiranya dia berterus terang begitu daripada dia menipu ibunya.

Tangan halusnya diraih oleh Puan Sari sebelum digenggam erat.

  "Yelah..tapi sebolehnya balik awal.mama tak nak orang2 kg ne fikir yang negatif pasal mama ne..".kata Puan Sari.

Anak yang dikandung 9 bulan itu dipandang penuh kasih sayang.Sesungguhnya Ezz Dayana merupakan anak yang sangat baik kerana tidak pernah ingkar akan katanya.Malahan gadis itu juga amat penyayang berbanding kakak2 dan abang2nya yang lain.Puan Sari akui yang itu.

  "Maa..Zuwita mana ya ?? Dari tadi ezz tak nampak dia?"tanya Dayana.Wajah puan sari dipandang untuk meminta jawapan.

  "Zuwit ikut abah kamu ke jeti kejap..dia cakap nak tengok ikan.Entahlah adik kamu tu Ezz..ada2 ajalah permintaan dia tu.Ada ke patut semalam dia suruh mama telefon kak umairah kamu sebab nak belikan dia basikal.tak tahu berapa banyak basikal lagi yang dia nak.tu basikal kat bawah tu.siapa nak pakai..masih ada 3 terabai macam tu aja".bagitahu Puan Sari.

Dayana yang mendengar ketawa besar.Hahaha Wita2..ada2 ajalah dia ne.Asyik2 minta beli basikal..Banyak sangat dah basikal dia.Dah boleh jadi koleksi dekat muzium nanti.

  "Hahaha mama faham ajelah Wita tu.dia kan adik bongsu kami..sebab tu lah manja.Mama jangan marahkan dia.nanti dia kecil hati"pujuk Dayana.Dia amat menyayangi Zee Zuwita adik bongsunya itu.

  "Tapi manja dia tu dah melebih2..mama pun pening".kata Puan Sari.

Dayana sambung ketawa.Sabar aja lah maa dapat anak yang tamak basikal macam tu.Hahaha.

Tiba2 satu suara deruman kereta kedengaran di kawasan itu.Dayana menjenguk sikit dari tingkap.

Kelihatan kereta Toyota Suzuki Swift berwarna biru memasuki halaman rumah mereka.Tingkap kereta itu tinted gelap.Sukar untuk dayana mengecam pemandunya tapi Dayana yakin yang itu adalah Rayyan.

  "Eh Maa..kawan Ezz dah sampai tu..Ezz pergi dulu eh".ujar Dayana.Puan sari mengangguk.Dia dan Dayana berjalan bersama menuju ke tangga rumah.Dia menuruni satu persatu anak tangga itu.

Rayyan keluar dari kereta.Dia kelihatan kacak dengan jaket berwarna coklat yang melapisi baju hitamnya di dalam.Seluar jeans berwarna hitam turut menghiasi pemilik tubuh itu.

  "Assalamualaikum makcik".Rayyan memberi salam.Puan Sari mengangguk tersenyum.

  "Maaf lah kalau saya lambat.Ada kerja sikit tadi..Sorry ezz"pinta Rayyan.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now