Part 5💖

7.7K 298 2
                                    

Hari sabtu dan ahad merupakan hari yang menjadi 'penungguan' bagi mereka2 yang menjadi pelajar dan pekerja.Hari itu Ezz Dayana tengah sedap terbongkang di atas tidur nya.Memang lah...5 hari sekolah dalam masa seminggu.Sekarang ne cuti jadi rehat lah puas2.

"Ezz....bangun..Abah nak bawa kamu pergi jeti tu.Ambik ikan".Ujar Puan Sari sambil mengetuk bilik anak perempuannya itu.

Ikut yang ne.Dah 4 kali dia berulang-alik mengetuk pintu gadis itu.Tahu lah cuti.Tapi sekarang ne dah jam9.30 pagi ! Matahari dah terpacak tinggi kat atas awan.

"Ezz....".seru Puan Sari lagi.Ezz Dayana mengeliat di atas katil.

"Ye maaa....".jawabnya panjang...sengaja dia menjawab begitu.Masih mamai dari tidur.

"Abah bawa kamu pergi ke jeti tu.Nak ambik ikan".

Ezz Dayana mengaru kepalanya yang kusut.

"Ya maa.Nanti Ezz keluar.Jap lagi".Ezz Dayana turun dari katilnya.Lalu dia melipat satu persatu kain dan selimut yang dia gunakan sewaktu tidur tadi..

Selepas itu.dia mengikat rambutnya yang berserabai.Baju tidur Mickey Mouse yang tersarung ditubuhnya dibaikkan sedikit sebelum berlalu keluar dari bilik untuk mandi.

Usai sahaja semuanya selesai..Ezz Dayana kembali keluar dari bilik lalu menuju ke dapur.

Terukir senyuman di bibirnya.Kelihatan Puan Sari dan Encik Iskandar sedang sibuk menjamu sarapan pagi mereka di meja makan sambil berbual2.

Terkadang adik bongsunya,Zee Zuwita yang berumur 5 tahun itu menyampuk perbualan ibubapanya.Budak kecik..biasa ar.Teddy bear beruang sentiasa di tangan.

"Amboi..rancaknya diorang berbual"..Usik Ezz Dayana..

"Kakak !".jerit Zee Zuwita sambil berlari terkedek2 macam itik ke arah Ezz Dayana.Pipi si comel dicubit2.

"Adik buat apa tu?".soal Ezz Dayana dengan penuh kasih sayang.Kepala adiknya diusap2 lembut.Tersenyum mama abahnya melihat suasana itu.Zee Zuwita memang manja dan rapat dengan Ezz Dayana.

Tingkah si comel itu membuatkan Ezz Dayana amat menyayanginya dengan sepenuh kasih sayang Malah terkadang melebihi kasih sayang dari mama dan abah Ezz Dayana.

"Adik tengah sarapan dengan mama.dengan abah".ujar si cilik.

Ezz Dayana tergelak kecil.Banyak betul 'dengan' nya itu.

Dia memimpin Zee Zuwita kembali semula duduk ke bangku.

"Maa..Bah...".tegur Ezz Dayana.

"Ye...".jawab Abahnya.Encik Iskandar sibuk mengunyah kuih karipap yang isterinya buat tadi.

"Minum Ezz"..kopi pekat dihulurkan kepada anaknya.

"Cepat sikit minum tu..Abah nak bawa kamu ambik ikan kejap.Ikan2 tu nak kena hantar dekat pemborong2 yang dah booked awal2 dulu.Abah tak nak lah diorang tertunggu2 pula.Nak niaga ne kena lah jujur dan bertanggungjawab.Barulah kerja kita diberkati oleh allah.Rezeki pun datang melimpah ruah".

Itu dia...motivasi free from Encik Iskandar pada pagi2 ini.Cukup untuk mencairkan taik telinga sesiapa yang mendengar.

"Yelah abah.".Ezz Dayana hanya mampu mengiyakan sahaja.Titisan terakhir air kopi dicawannya dihirup dengan penuh nikmat.

Kemudian dia memakai tudung hitam yang main masuk aja tu.

Puan Sari memimpin anak dan suaminya sampai ke luar rumah.

"Abah dengan kakak nak pergi mana...Boleh tak Wita nak ikot"..pinta Zee Zuwita dengan loghat suara kanak2nya.

Puan Sari tersenyum.Begitu juga dengan Ezz Dayana.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now