Part 38💖

6.3K 241 3
                                    

Bunyi hon kereta membingitkan setiap telinga yang mendengar di kawasan rumah kayu itu.Ezz Dayana yang sedap membuta di atas katilnya merasa rimas bila bunyi itu asyik menganggu tidurnya.

  "Emm....".keluhnya sendiri.Kepala di geleng2 sedikit bila terdengar bunyi binatang yang terkenal dengan penghisap darah itu juga seperti ingin menghinggap di tubuhnya.

Ponnnn !!!!! Dan mata yang terpejam elok mula direnggangkan sedikit.

  "Manusia tak bertamadun mana lah yang bising waktu pagi2 buta ne ?! Tak fikir orang lain ke..".marahnya.Tak tahan akan gangguan itu.Bantal diambil dan ditekup di kepalanya.

Tok tok tok...malas nak sahut.

  "Dayana...."seru satu suara wanita..Dayana membuka mata.

  "Ye maa...".sahutnya.Suara wanita itu jelas sekali ibu kandungnya.Sebab mana ada lagi wanita lain di rumah itu kecuali dia dan mamanya.Kakak2nya pula semua tinggal dekat rumah masing2.

Ketukan pintu kedengaran lagi.

  "Bangun ezz...mama nak cakap sikit dengan kamu ne".pinta Puan Sari di balik pintu.

Dayana mengeluh kecil.Mama ne pun..spoil betul lah.Bagi lah masa dekat dia nak rehat.Sekarang kan waktu cuti.STPM pun dah habis..Dia dah boleh rehat panjang !

  "Kejap lagi lah Mama cakap..Ezz ngantuk lah maa".katanya pula.Bantal peluk dirangkul dan dipeluk erat.Memang best sungguh anak gadis melayan perasaan mengantuknya.

Muka Puan sari tergeleng2.Budak ne..Tak dapat nak bezakan ke jam sekarang ne.Dah nak dekat jam 10 pagi !

  "Dayana....cuba kamu tengok jam dinding kamu tu.Dah pukul berapa ? Jangan layan sangat perasaan mengantuk kamu tu..Kamu bangun sekarang ne".arah wanita itu lagi.

Dayana menguap panjang.Dasar anak derhaka.Orang tua bercakap.Dia boleh pula menguap kat situ.Kalau mamanya nampak.Tak kena penggal kepalanya nanti.

Kemudian jam biliknya dikerling..

9.45 am...awal lagi.

  "Awal lagi Maa.baru jam 9.45 pagi".katanya.

Membulat mata Puan Sari..awal ?! Budak ne  !

  "Jam 9 tu kamu cakap awal ? Ezz Dayana Binti Iskandar Dzulkarnain..jam 9 tu dah kira lewat tahu tak.lebih2 lagi kamu tu anak dara..tak malu ke dengan perangai tak semenggah kamu tu.ne kalau jadi bini orang nanti.tak tahu lah mama..silap2 suami kamu yang bangun awal siapkan sarapan untuk kamu...dah !mama tak peduli.kamu kena bangun juga sekarang ne.now !mama ada benda nak bagitahu"..bebel Puan Sari.

Bercakap dengan anak gadisnya seorang itu cuma memeningkan kepalanya nanti.Bukan sahaja degil.Malah turut menaikkan darah tuanya.

Dayana merengus kecil.Mama ne asyik nak menang aje.Emm...nak tidur...Matanya kembali menatap bantal dan selimutnya.

Senyum nakal terbit di bibir.Nanti2 jelah dia keluar.nak tidur 10 minit kejap lagi boleh kan? Hee..

  "Keluar cepat.lagipun cikgu Zafiey dah lama tunggu kamu kat luar tu.".seru mamanya lagi.

Sepantas kilat kepala Dayana bangkit dari perbaringan sekali dengan tubuhnya.Matanya yang kedip2 tadi membuka besar.

  "Hah ??!! Cikgu Zafiey ? Dia buat apa kat sini ?!".soal Dayana sendiri.Kepala diramas kuat.Diteleng2 lagi untuk menyedarkan diri.

Padan muka.tadi sibuk sangat nak tidur.Kemudian jam dilihat semula..10.00 am.Lewat gila ! Nanti apa pula lah lelaki itu fikir.

  "Aduh..malunya aku".ujarnya sendiri.Walaupun dia sudah kurang ambil tahu pasal Zafiey.Namun perasaan malu tetap wujud dalam dirinya buat lelaki itu.Eii...

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now