Part 41💖

5.9K 241 23
                                    

Entah style apa pula cara dia memandu sekarang itu pun dia tidak tahu.Seperti angin lintang yang hendak melanda pesisir pantai pun juga ada.Kereta jenama Mercedes itu dibawa dengan kadar 150km/jam.Tidak kah itu sesuatu yang boleh mengundang bahaya ?

Tetapi si pemandu yang ketika itu fokus tetapi gusar di dalam hati itu tidak memperdulikan apa yang akan jadi.

  'Aku dah lambat !!!!!' Jerit batinnya.

Jam di dashboard dipandang.6.30 am ! Untung saja keadaan jalan raya pada ketika itu masih lenggang sementelah masih tidak banyak kereta yang lalu lalang.

Kuala Lumpur International Airport 2 dituju.Hanya 1 niat sahaja yang membawa dia ke situ.Ezz Dayana !

Usai sampai di kawasan pusat penerbangan mewah itu,Zafiey keluar dari keretanya sebelum berlari lari anak menuju ke balai utama.Kepalanya meneleng ke kanan dan kiri.Tu dia Rynah Zvendra.

Gadis itu melambai2 ke arahnya.Tanpa memedulikan pandangan pelik orang sekeliling.Zafiey berjalan laju mendapatkan Rynah.

  "Ryn ! Ezz mana?? Ezz mana?!".soalnya.Tercungap cungap dia menyoal.

Rynah mengeleng kepala.Dia menepuk bahu zafiey.

  "Wehh.kau tarik nafas panjang2 dulu boleh tak?? Aku tengok kau dah macam orang yang kehabisan udara.Tercungap2.".tegur Rynah.

Zafiey mengeleng keras.

  "I dont care..Aku tak mati lagilah.Kau jangan lah risau.yang aku nak tahu sekarang ne.Dayana mana?? Dayana mana Ryn? Dia belum masuk ke dalam kapal kan,?".tanyanya lagi.

Rynah mengigit bibir.Apa dia nak jawab ne?

Belum sempat Rynah hendak menerangkan perihal Dayana kepada Zafiey.Ibu bapa gadis itu bersama ahli keluarganya yang lain muncul di hadapan.

  "Ehh Afiey...buat apa kat sini??".soal Encik Iskandar.

  "Abah".jawab Zafiey.Dia menyalam tangan tua lelaki itu.Puan Sari berserta Umairah dan Fatihah diberikan senyuman ikhlas.Ketiga2 wanita anggun itu berdiri tepat dibelakang Encik Iskandar.

   "Mama..".tegur Zafiey.Puan Sari tersenyum.Matanya kelihatan sedikit lebam.

Zafiey cuak.

  "Err maa..kenapa mata tu nampak lebam aja tu??mama sakit ke??atau tak cukup tidur?".soal Zafiey hairan.

Puan sari geleng menarik nafas.Kakak2 kepada Dayana hanya diam.

  "Tak lah..mama kamu tu tak sakit pun.Cuma biasalah...sedih sangat".kata abah.

Zafiey mengerut dahi..Kejap..sedih ??

  "Err sedih pasal apa bah??".soalnya lagi bodoh.

Rynah menepuk dahi.Aduh jantan ne...lembap betullah ! Mestilah sedih sebab Dayana.Ish !

  "Lah..kamu tak tahu ke?dayana dah berangkat dah pergi ke Australia..Sambung belajar dekat sana".jawab Encik Iskandar dengan nada sedikit terkejut.

Mendengarkan itu..kepala otak zafiey mula berfungsi dengan baik.

Membulat matanya..

  "Dayana ?! Dayana dah masuk dalam balai berlepas?".soalnya dengan suara sedikit ditekan.

Puan Sari dan Encik Iskandar melihat antara satu sama lain.Suami isteri itu mengangguk serentak.

Mahu jatuh rahang Zafiey mencecah lantai.Dia memandang Rynah dengan laju bersama pandangan tajam.

  'Asal kau tak bagitahu aku awal awal ??!'.seperti itulah soalan yang diutarakan mata helangnya terhadap wanita berbaju merah darah itu.

  'Dah kau yang lewat..nak buat macam mana lagi?bukan salah aku!'..kata2 itu terbit dari mata Rynah untuk dizahirkan terus kepada Zafiey.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now