Part 42💖

6.3K 261 24
                                    

3 tahun kemudian.....

Welcome back Ezz Dayana...

Dengan penuh yakin dia berlalu keluar dari pesawat Air Asia itu bersama seribu satu perasaan yang bermain di hati.

Langkahnya membawa niatnya.Niatnya bersama harapan.Keyakinan bercampur dengan kegembiraan.

Setelah bertungkus lumus selama 3 tahun mencari berkah suatu ilmu..akhirnya dia pulang membawa sijil dan kelayakan di atas  tangan yang teguh.

Jangan di cari diri yang dulu.Kerana usia mematangkan fikiran yang sedia ada tika ini.

Kenangan hanya kenangan.Dia menanam kenangan itu di atas arus kedewasaan.

Sekarang ini.pentingkan dahulu kerjaya..usah dikenang kenangan yang penuh luka.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Seorang kanak2 lelaki berlari lari sambil membawa satu buah buku di tangan.Senyuman di bibir manis kanak2 itu bergaris cantik.Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat gerangan ibu dan ayahnya.Adakah dia telah tersesat ataupun masih jua di tempat yang betul?

Terpandang sahaja senyuman si ayah.Kanak2 tadi makin melebarkan senyum manisnya.Timbul 1 lesung pipit di pipi kiri kanak2 itu.

   "Afiq hati2 lah sikit..tengok kat depan tu sapa.Jangan main hentam aja nak berlari".tegur suara si ibu.Anaknya sorang itu memang tak penyabar langsung.

Tergeleng geleng kepalanya tatkala melihat anaknya telah jatuh tersembam di atas lantai KLIA 2 itu.Buku di tangannya pula entah melayang ke mana.

Mujur sahaja waktu itu mereka telah berada di kawasan menunggu yang sepatutnya.

  "Ibu...sakit.."rintih si kecil.Ayah kepada Afiq duduk mencangkung membantu anaknya untuk berdiri semula.

  "Itulah..ibu dah cakap tadi kan..Ibu dah tegur dah tadi.Ibu kata hati2..tapi afiq tak nak dengar juga.Ibu dah pesan banyak kali pun.Afiq still degil".ucap si ibu.

Afiq memasamkan mukanya.Fatihah senyum melihat wajah itu.Tangannya mengusap kepala Afiq.

  "Dahlah tu..anak lelaki mana boleh mengaduh sakit.Lagipun sikit aje tu.Nanti ok lah".pujuk Fatihah lagi.

  "Lagipun..anak ibu kan kuat.Kata nak jadi macam ultraman zero..Kalau nak jadi macam tu.Kena kuat.tak boleh mengaduh"..

Akhirnya senyuman manis terlukis semula di bibir Afiq.Si ayah pula hanya tergeleng2.

  "Yelah tu..".sindir Syakir.Fatihah menjeling halus.

  "Haah kan..kalau nak jadi ultraman kena kuat.Mana boleh nangis.kan ibu kan".soal Afiq lagi.Fatihah mengangguk sambil tersenyum.

Namun sesaat kemudian..seperti tersedar akan sesuatu..kepalanya melihat kiri dan kanan.

  "Ibu...ayah...ibu dan ayah ada nampak tak buku afiq tadi??".soal anak itu dengan nada risau.

Fatihah menjongket kening melihat Syakir.

Syakir mendapatkan Afiq.

  "Buku yang mana sayang?".soal lelaki itu dengan penuh kasih sayang.

  "Buku lah..buku warna coklat tu..yang afiq bawa tadi..Ayah ada nampak tak?".soal anaknya lagi.

Syakir mengaru kepala.Fatihah pula seperti berfikir.

  "Lah...album gambar Ucu kamu tu ke??".soal Fatihah.Sepantas kilat Afiq mengangguk laju.

Terbeliak mata Fatihah.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now