Part 17💖

6.3K 241 1
                                    

Kesemua peserta Pidato mula berkumpul di dewan berhimpun sebab pertandingan akan berlangsung tidak lama lagi.Ezz Dayana menarik sikit lengan bajunya untuk melihat jam di tangannya.

Hari itu dia mengenakan baju kurung berwarna emerald.Tudungnya pula berwarna oren.Jam menunjukan 10 pagi.

Ezz Dayana menarik nafas dan menghembus perlahan2.Tiba2 dia rasa gementar.Adakah disebabkan kerana gilirannya yang ketiga ? Ataupun sebab lain.Dadanya yang bertutup dipegang kejap .

Laju sungguh berdegup degap.Tangannya pula terasa sejuk.Gadis itu mengosok2 laju tapak tangannya sesama sendiri.

  "Babe !".sergah Nilam.Lengannya dicuit.Terkejut Ezz Dayana.

Nilam berdiri disebelahnya.Nura,Tynie dan Ekin pula pergi ke koperasi.Nak beli air katanya.

  "kau kalau tak baginorang heart attack memang tak sah kan.Dah hidup lama ke apa ? Aku sumbat juga botol ne kat tekak kau karang".cebik Ezz Dayana.Botol mineral ditangan digenggam erat.Tak pasal2 juga minah ne ...

  "Heee..alah kau ne..Gurau je lah..Hah amacam ? Gugup lagi ke ?atau gagap ?".soal.Nilam.Dia duduk bersebelahan  dengan Ezz Dayana.Terdapat beberapa pelajar perdana yang duduk bertentangan dengan mereka.

Mungkin juga peserta sama macam Dayana.

  "Bolehlah".kata gadis berbaju hijau itu.

  Pukk ! Kepala Nilam dilastik dari belakang.

  "Aduh...sakitnya.Pecah karang kepala aku..".seringainya lagi.Kepala yang bertudung coklat digosok laju.

Nura , Ekin dan Tynie muncul dengan sengihan panjang.Terutama lagi Tynie !.mereka duduk dibangku hadapan.

  "Siapa yang pukul kepala aku tadi ? Cakap cepat".soal Nilam geram.Jarinya dipatah2 kan sampai berbunyi.

Nura dan Ekin angkat bahu.Ezz Dayana sudah tergeleng2.Soalan bonus betullah minah sekor ne.dah tahu Tynie yang lastik kepalanya tadi.Lagi mahu tanya ?

  "Apa ?".kata Tynie.Keempat kawannya memandang tepat ke arahnya.Akhirnya bersama senyuman yang tidak dapat diluputkan dari bibir , Tynie mengangkat bahu sambil meminta ampun.

  "Hahaha.sorry2..aku main2 je k..sakit ke ?".

Lagi mahu pura2 tanya ?

  "Aku dah agak dah.Kau ne pantang betul nampak orang happy.Mula lah tangan kau tu nak beraksi.Aku patahkan juga nanti.Baru kau tahu".ugut Nilam.Tynie menjulingkan matanya ke atas.

  "Cehh...berlagak nak mampus".kata Tynie.Nilam mengerigitkan giginya.Geram woi !

  "Kau fikir tak sakit ke ? Kau lempang kepala aku tadi sikit nak berderai otak aku.Kalau aku makin pandai takpa juga.Ne kalau makin bodoh sebab kebodohan kau melempang kepala anak orang macam mana ? ".soal Nilam.

Ezz Dayana dan dua rakannya lagi hanya buat endah tak endah.Malas hendak melayan perang yang kalah budak2 empat tahun.

Tiba2 Ezz Dayana perasan akan kelibat seseorang yang sedang syok bercerita dengan guru wanita.Tergedik2 pula dia melihat wanita itu dia lihat.Tiba2 darahnya seperti mengelegak.

Sabar ezz.Sabar !.Ezz Dayana melarikan matanya.Tepat melihat ke arah Nilam dan rakannya yang lain yang sedang pelik melihatnya.

  "Apa ??".soal Dayana pelik.Nilam mengigit bibir.

  "Kau pulas2 lengan dia sekarang ne.Tak sedar ke ?".kata Ekin.Terbeliak mata gadis bernama Dayana itu.Cepat2 dialihkan tangannya dari lengan Nilam.

  "Ya allah lengan aku..Merah kut ! Pedas ! Dah macam kena buasir pula lengan aku ne.adoi".keluh Nilam.Disapu2 lengannya cepat.Serius pedas ! Tadi sikit lagi kepalanya pecah oleh Tynie.Sekarang ne ?betul lah diorang ne nak aku bertukar jadi memerang kutub.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now