Part 23💖

5.4K 235 0
                                    

Nampaknya kehilangan sahabat karib itu lebih pedih berbanding kehilangan orang dia kejar2 selama ini.Sedari dia masuk ke kelas itu.Tidak ada seorang pun yang kawan2 di dalam kelas itu melihat dirinya.Seolah2 dia tidak wujud.Malah sewaktu masuk sempat lagi Riana mengejek dirinya.Nilam dan lain hanya diam tanpa melihat dan membelanya.Beginikah kawan ? Besar sangatkah salah dia buat ?ù

Dayana mengorak langkah duduk dimejanya.Cepat sahaja nilam berdiri mengambil alat2nya sebelum duduk di sebelah Tynie.

"Aku jijik nak duduk bersebelahan dengan orang penipu dan kotor macam tu".ejek Nilam.Pedih Dayana mendengar.Allah ! Sakit betul hati ku ya tuhan.

"Hahaha..Macam kau tak tahu.Kalau orang dah biasa menipu ne.silap haribulan nanti dia boleh jadi pencuri atau perompak.Lagi teruk jadi pembunuh ! Eii tak nak aku ada kawan macam tu.Jijik doh".kata Tynie pula.

Mengalir air mata Dayana.Sampai hati korang..Ekin memandang Dayana sayu.Dia tahu Dayana tak salah 100%.Mesti ada sebab gadis itu berbuat sedemikian.Nura pula hanya melayan buku.

"Dah lah.Jom blah.Aku lapar ne.Dah rehat kan".ajak Tynie.

"Haah lah weh.Jom".kata Nilam.Mereka berempat berdiri dari kerusi masing2 sebelum menuju ke kantin.Tak dipelawa pun Dayana sekali.Selalunya mereka berdua lah yang paling rapat dan suka sakat dia.Tapi sekarang ? Hmm biasalah.Manusia suka mengukur kesalahan orang lain aja tanpa bukti.Seolah2 diri tu dah perfect sangat.

Riana dan gengnya tersenyum sinis.Mereka juga turut berlalu pergi.Kesemua orang di dalam itu bergegas ke kantin dan koperasi tanpa memperdulikan Dayana.Dia dah dianggap seperti orang asing.Dayana menekapkan wajahnya ke permukaan meja sebelum menangis semahu2 hati.

Tangisan itu didengari oleh Hazizi yang kebetulan lalu di luar kelas bersama kawannya.

"Ezz ?".soal Hazizi.Dia ada dengar tentang kes tadi.Tapi dia tahu cerita yang sebenarnya sebab dia dan Dayana hari tu yang sama2 plan nak ke bandar beli barang sebelum Dayana dikacau oleh jantan2 tak guna itu.

"Bro aku nak ke situ jap.Korang jalan lah dulu".kata Hazizi.Ishak dan 3 lagi rakannya mengangguk.

"Oraith...kitorang tunggu kau kat kantin eh".kata Ishak.Hazizi senyum.

Seketika selepas pemergian rakannya.Hazizi mengorak langkah perlahan mendekati Dayana.

"Ezz...."panggil Hazizi.Dayana tersentak.Diangkat sedikit kepalanya.

"Zizi ?".ujar Dayan perlahan.Hazizi tersenyum sebelum menarik kerusi untuk duduk di depan gadis itu.

"Kau kenapa masih kat sini ? Tak pergi kantin ke ? Nilam dan kawan kau yang lain mana ?".soal pemuda kacak itu.Bertalu talu seperti peluru berpandu.

"Ak...aku tak nak.Masih kenyang lagi.Kau buat apa kat sini ?".tanya Dayana.Hazizi menjongket kening.Gadis itu bertanya tanpa mengangkat muka untuk berhadapan dengannya.

"Aku dah nak jalan tadi.Tapi tak sengaja nampak kau kat sini.Aku masuk lah.Kawan2 aku pula aku dah suruh gi dahulu dulu kat kantin.Kau okey tak ne ?".Hazizi diam merenung gadis itu.

"Ezz kau okey tak ? Pandang aku Ezz.".pinta Hazizi.

Dayana yang menekup muka dimeja mengigit bibir.

"Aku okey lah Zizi.Cuma pening sikit.".jawab Dayana.Mana mungkin dia ingin menunjukkan mata sembabnya dekat Hazizi.

"Kalau ya pun.Tengoklah muka aku dulu".paksa Hazizi.Dayana menarik nafas panjang.

Hazizi merengus geram.Tak boleh jadi ne..Muka Dayana cuba dibawa memandang dirinya.

Terkejut besar Dayana.Dia meronta2.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now