Part 21💖

5.7K 237 6
                                    

Keadaan yang terlalu sejuk membuatkan Dayana membuka matanya perlahan-lahan.Terangnya ! Matahari ke apa ?Sejurus sahaja matanya terbuka dengan baik.Berombak dadanya.

'Aku kat rumah siapa ne ?.bilik siapa pula ni ?'.bisik hatinya.Luas betul bilik itu.Ezz Dayana bangun dari perbaringan tilam empuk.Fuh ! Kalah tilamnya di kampung itu.

Dia cuba mengingati peristiwa terakhir sebelum dia terlelap.Bukan lah dia di panggung wayang semalam.Jam loceng di atas meja dilihat.Jam6.12 pagi ? Alamak sekolah !

Cat berwarna coklat muda menceriakan bilik itu.Satu set sofa berserta tv lcd di bahagian kiri turut ada di dalam ruangan itu.Ezz Dayana membuka langkah perlahan.

Ada suatu sudut yang menarik perhatiannya.Ezz Dayana menyelak langsir berwarna coklat yang seperti tirai.Wahh !! Ada balkoni dengan buaian rotan di luar itu.Lebih mempesonakan Dayana lagi apabila di sudut balkoni itu terdapat satu tangga yang menghubungkan kolam mandi besar di bawahnya ! Bersinar mata Dayana.Rumah siapa lah yang terlalu besar seperti istana ini ?

Krekkk.....bunyi seseorang membuka pintu.Berdebar-debar hati Dayana.

"Ehh Dayana dah bangun ke? Kenapa berdiri kat situ pula.Mehh duduk kat sini Badan kamu tak berapa bagus lagi tu".ujar suara itu.Suara wanita.

Dayana memalingkan kepalanya perlahan2 ke belakang.Perempuan ne ?! Dia buat apa kat sini ?!

"Aw...awak ne siapa ? Macam mana saya boleh ada kat sini ?".soal Dayana .

Tergelak kecil Rynah.Rambutnya yang panjang dilap2 menggunakan tuala.Pijama berwarna merah menghiasi tubuh langsingnya.

"Saya kawan cikgu awak.Cikgu Zafiey..Sekarang ne kamu ada lat dalam rumah parents dia.Kalau yang cerita bagaimana awak sampai ke sini tu..Ada baiknya awak tanya cikgu awak tu.Dia yang tahu cerita sebenar.Oh ya.awak pergi lah mandi dulu.Nanti akak sediakan baju kamu untuk ke sekolah.".kata Rynah.sengaja dia berselindung.Sebab lagi baik kalau gadis tu bertanya kepada Zafiey secara terus.

Ezz Dayana mengigit bibir.Rumah cikgu Zafiey?! Kawan dia ? Bukan awek ke ? Dan Cerita sebenar tu?.persoalan yang menganggu fikiran Dayana.

"Dayana.kamu tak perlulah fikir banyak sangat.Nanti kepala kamu sakit pula.Lebih baik kamu pergi mandi dulu.Tuala bersih ada kat dalam rak baju tu.Dan nanti kakak letak baju serta baju dalam kamu atas katil ne ye"ujar Rynah lagi.

Ezz Dayana mengangkat kepalanya meremung wajah Rynah yang tersenyum manis.Baiknya kakak ne...Dia tersenyum kembali sebelum akur dengan perintah wanita itu.

Dayana mencari sehelai tuala berwarna putih dan masuk ke dalam bilik air.Selang beberapa minit...

"Segarnya..".ujar Dayana.Kemudian dia menapak ke arah katil.Terdapat sepasang baju kurung berwarna biru tua yang bercorak bunga2 di bahagian lengan dan skirtnya dan tudung bawal terdampar elok di atas tilam itu.

"Ish....ne bikini ke apa ?".soal Dayana.Membahang wajahnya.Seluar dalam dan baju dalam itu diangkat separas matanya.

"Apa aku merepek ne.Baik aku pakai cepat.Kang masuk pula kakak tu.Tak pun cik...cikgu..Eii seram".ujarnya.Cepat2 Dayana mengelap badannya.Dia mengambil sedikit bedak dan lotion untuk disapu ke wajah dan tubuhnya.Simple make a better without over makeup !

Nasib baik baju dan tudung tadi sudah digosok.

Usai sahaja dia berpakaian.Dayana keluar dari bilik perlahan.

"Nak pergi mana pula ne ?? Tangga yang tu arah mana ? Yang ne pula ? Aduh mana satu aku nak pilih ne".gerutu Dayana.Kepala yang berbalut diketuk2.

Puk !..bahunya ditepuk dari belakang.Bergegar tubuh Dayana.Ya allah kuatkanlah imanku.pinta Dayana.

Cikguku CrushkuМесто, где живут истории. Откройте их для себя