Part 50💖

4.7K 185 8
                                    

Pandangannya masih tertumpu tajam di kawasan bibir Dayana yang bengkak.

Rayyan mengeluh perlahan.
 
  "Macam mana boleh jadi macam ne Ezz ?? Kau langsung tak perasan ke kehadiran syaitan2 tu tadi?".soal Rayyan.Dia duduk di sebelah Dayana.

Dayana menarik nafas lalu memandang Rayyan.Luka di bibirnya masih terasa sementelah menunggu giliran.

  "Mana lah aku tahu..Lagipun ne semua sebab kau.Kalau kau tak lama sangat nak ambik tuala tu tadi.Semua ne takkan jadi".balas Dayana dingin.

Tersentak Rayyan.Dia menggengam jemariny erat.Wajahnya menunduk ke bawah.

Ya memang salah dia..

Lontaran suara yang tidak berbalas dari lelaki itu membuatkan Dayana sekali lagi melihat Rayyan.

Dirinya dijerut perasaan bersalah apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri.Seolah2 dia menyalahkan dirinya sendiri.

  "Kau kenapa diam ??".soal Dayana kekok.

Rayyan senyum ke arahnya.

  "Nothing..cuma aku nak minta maaf sangat2 kat kau.Ye aku akui salah aku sebab terlalu lama tinggalkan kau tadi.Memang salah aku..Aku minta maaf Ezz.aku tak sengaja".jawab Rayyan tulus dan dalam.

Dayana menarik nafas panjang.Badannya disandarkan ke bahu bangku klinik tersebut.

  "Sokey lah Rayyan..benda dah jadi..sepatutnya aku tak salahkan kau.Salah aku juga sebab tak berhati2..Aku ne memang suka susahkan orang.Errr dada kau masih sakit lagi ke ???".tanya gadis itu.

Dia sedar Rayyan itu turut cedera apabila salah seorang lelaki tadi berjaya menendang dadanya.

Rayyan meraba dada bidangnya.Sakit tu dah bekurangan cuma senak sikit.

  "Tak sakit dah.Cuma rasa senak sikit..".kata Rayyan.

  "But kau tak perlu risaukan aku..aku tak apa2..".ujarnya lagi.

  "Emm..".Dayana hanya mengumam.

Dia melihat Rayyan.Kasihan dia..bisik hati Dayana.

  "Emm aku nak call keluarga aku kejap".pamit Dayana.Dia perlu beritahu awal2 benda tu sebelum kena serang secara mengejut nanti.Bukan dia tidak tahu ibu bapa dan abng kakaknya itu terlebih caring.

Dayana bangun dari duduk untuk pamit.Namun Rayyan menghalang langkahnya.

  "Tak perlu lah kau nak susah2 call mereka.Aku dah call tadi waktu kau ambik nombor giliran tu".beritahu Rayyan.

Membulat mata Dayana.telefon dimasukkan semula ke dalam kocek.Jururawat yang lalu2 di kawasan itu tidak dihiraukan.

  "So apa mama abah aku cakap ??".soal Dayana cemas..habislah.

Rayyan menyilangkan tangannya.

  "Mereka dah otw ke sini".jawab Rayyan.

Dayana menepuk dahinya kuat.

  "Auch...."aduhnya.Lupa pula dahinya turut bengkak kerana terhentak di bangku kereta proton itu tadi.Sakit bukan kepalang.Boleh amnesia jadinya.

Rayyan berdiri pantas menghadap Dayana.

  "Kau ne tak boleh pelan2 ke ?? Hati2 lah sikit.Suka sangat sakitkan diri sendiri.Haih..".tegur Rayyan.Dia menarik tangan gadis itu yang sibuk mengusap dahinya.

Rayyan mengeleng2 perlahan.Bertambah merah lah dahi budak ne karang.

  "Emm...biarlah..aku mana sengaja".lawan Dayana.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now