Part 16💖

6.2K 233 1
                                    

  "Siapa sebenarnya perempuan tu ? Awek cikgu ke ? Atau kawan dia ? ".soal Ezz Dayana sendiri.Dia dari tadi tidak berhenti ke hulu ke hilir memikirkan hal yang kelmarin.

  "Arhh..".Dayana meramas rambutnya kasar.Kemudian dia duduk di birai katil.Sungguh dia cemburu saat ini ! Sangat cemburu !

Pintu biliknya diketuk perlahan diselangi dengan panggilan Puan Sari dari arah luar.Namanya disebut berkali2.

  "Dayana ! Abah kamu panggil.Dia suruh kamu keluar sekarang ! ".ujar Mamanya.

Ezz Dayana mendengus kasar sebelum bangun mengemaskan rambut serabainya yang serupa dengan nenek kebayan itu.

   "Okey Maa".kata Dayana pasrah.Dia bangun lalu keluar dari bilik.

Puan Sari waktu itu sedang sibuk menyapu ruangan tamu mereka yang terlalu kotor dengan debu2 dan habuk2 halus.Kertas yang dicarik2 kecil juga dipungut oleh Puan Sari sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

  Mesti kerja adik bongsunya itu ! Siapa lagi kalau bukan Zee Zuwita !Entah ke mana bayangan kecil budak itu menghilang.Tadi sebelum dia masuk ke dalam bilik.Dia terserempak dengan adiknya itu di halaman rumah sedang bermain basikal kecil.Basikal yang dibelikan oleh abangnya Ikram.

   "Maa..Kenapa abah panggil Ezz ? ".

Puan Sari hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.

  "Entahlah Ezz.Abah takde pula cakap kat mama tadi.Dia suruh panggilkan Ezz aja"ujar Puan Sari.Dayana tersentak kecil.

  "Hemm yelah.Abah kat mana Maa ?".

  "Ada kat bawah tu.."kata Puan Sari.

Ezz Dayana berpaling pergi semula ke bilik nya sebelum sehelai tudung masuk berwarna biru di capai.Dia menyarung tersebut dikepalanya.Tanpa Scarf ! Rare betul !

Kemudian dia keluar semula menuju ke tangga pintu hadapan.Tanpa syak apa2.Dia tertinjau2 ke arah halaman rumah.Kosong ?.kenderaan abahnya sahaja yang ada di sudut pangkin yang terletak di bawah pokok tersebut.

   "Abah ? ".seru Dayana.

Senyap...langsung tak ada bunyi.Dia mengetap bibir.Mana pula abah ne.Tadi kemain lagi mama dia duk melaung2 namanya dari dalam bilik.Sampaikan saraf telinganya pun nak terputus dua.

  "Abah ! ".laung Ezz Dayana lagi.Kali ne agak kuat.Nak terkehel anak tekaknya.

  "Heii Ezz..kenapa dok terpekik ne.Sakit telinga abah nak mendengar".tegur Encik Iskandar..Terkejut besar Ezz Dayana sehinggakan keluar silat gayungnya.

Matanya tertancap ke arah abahnya yang bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arahnya .

  "Abah ! Terkejut Ezz tau".rajuk Dayana.Dia meletak semula tangannya yang membuat 'jurus' tadi.

Tiba2 matanya terpaku ke arah figura yang bersebelahan dengan abahnya itu..Rasa geram terhadap abahnya digantikan dengan rasa terkejut dan gementar.

Cikgu Zafiey ?! Dia buat apa kat sini ?! .Tak tak tak.yang sebenarnya apa tujuan dia datang sini ?! Motif ?!

  "Cik....cikgu".kata Ezz Dayana.Dia meramas kuat tangannya.Dalam hatinya telah bergetar hebat.Macam kena renjatan elektrik.

  Zafiey tersenyum manis.Dia tahu Ezz Dayana terkejut dengan kehadirannya di rumah itu.Tapi dia bukannya datang suka2.cuma dia nak melawat sahaja abah dan mama gadis itu.

  "Ezz Dayana."...tegur Zafiey Adlie..Lahai dia panggil nama penuh aku..So cute .bisik hati gatalnya.Namun bila teringat peristiwa kelmarin..Segera Dayana tersentak dari angannya sebelum membuang pandang ke arah lain.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now