|| 10 ||

132 24 0
                                    

Kicauan burung menghiasi pagi yang sunyi. Kota Aveast masih sepi, kerana para peniaga dan para petani masih belum menyibukkan diri dengan tugas masing-masing. Lagi pun, hari ini hari cuti maka, masih ramai yang menghabiskan masa di dalam rumah sebelum tengahari mengambil alih.

"Mana aku nak cari perempuan tu?" Keluh Raeya di beranda rumah keluarga Taikuri itu. Langit yang masih belum cerah sepenuhnya direnung jauh.

"Kita baru sahaja tanya orang-orang terdekat. Belum lagi orang-orang yang ada dekat kedai-kedai dan tavern. Nanti jomlah kita tanya mereka pula. Sampai bila kita nak mengelat." Suara Melaine menyampuk dari belakang.

Segera Raeya mengeluh perlahan. Hendak bercakap dengan diri sendiri pun, ada pula yang menjawab.

Raeya tidak menjawab malah menyambung renungannya terhadap langit yang biru. Burung-burung yang berterbangan membuatkannya memasamkan wajah sebelum rasa cemburu mula bertandang di hati.

"Seronok kan tengok mereka terbang?" Soal Melaine lalu mengambil tempat di sebelah Raeya.

Anggukan perlahan Raeya berikan. Benda yang paling disukainya ialah menjelajah langit, menggapai awan yang jauh di atas. Kadangkala, akan dia duduk di atas dahan pohon yang paling tinggi semata-mata untuk merenung langit sehingga berjam-jam lamanya.

Kini, kebebasan itu tidak hilang sepenuhnya namun bagai dirampas tanpa dipinta. Apa yang bahaya sangat dengan adanya sayap berwarna emas?

"Aku... Nak terbang macam dulu lagi." Tutur Raeya tanpa mengalihkan pandangannya.

Melaine tersenyum kelat. Itu... Satu permintaan yang sukar untuk ditunaikan.

"Kalau eager sangat nak terbang, jomlah kita ke kawasan bukit. Naik tinggi-tinggi lepas tu terjun. Mungkin tak ramai orang dekat situ jadi tak akan ada sesiapa yang akan nampak." Saran Melaine, senang hati.

"Sekali sayap dia tak keluar macam masa tu, saya pula yang kena terjun selamatkan. Tak ada masa saya nak guna sihir saya untuk selamatkan dia lagi." Sampuk Taikuri yang memunculkan diri di sebalik pintu beranda. Dia turut mengambil tempat di sebelah Raeya.

Raeya merehatkan kepalanya ke atas lutut. "Aduhai...." Keluhnya lagi. Hari masih awal, namun keluhan yang keluar dari bibirnya tidak dapat dikira lagi.

"Sekejap lagi aku nak pergi ke kedai Tuan Zane. Dengar cerita mage's staff terbaru sudah sampai." Kata Taikuri dengan penuh bersemangat. "Nak ikut?"

"Mage's staff? Perlu ke awak pakai tu Taikuri? Awak belum lagi officially seorang mage dan tahun universiti pun belum habis. Nanti awak nampak macam ahli necromancer. Tak nak saya couple dengan awak." Tegur Melaine dengan wajah yang pura-pura ketakutan.

Taikuri menepuk dahinya kuat. "Tak adalah, saya nak pergi tengok sahaja! Dapat design, boleh book bila saya dah mula kerja. Lagipun, kalau tak mahal sangat, boleh saya beli untuk ayah saya. Awak ni pun, agak-agaklah jika berkata-kata tu." Balas Taikuri, sedikit geram.

"Hias elok-elok, nampak macam tongkat biasa saja nanti. Boleh Taikuri guna untuk ketuk orang." Sibuk Raeya pula. Mendengarkan cadangan itu, Taikuri tersenyum panjang sebelum kedua-dua orang sahabat itu menepuk tangan satu sama lain.

Melaine sekadar menggelengkan kepalanya melihatkan dua sahabat itu. Ada-ada sahaja yang difikirkan mereka.

"Awak pergi berdualah. Saya tak nak ikut sebab saya nak rehearse untuk video saya yang seterusnya." Cadang Melaine sebelum bangkit berdiri. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam dan meninggalkan dua orang sahabat itu di beranda rumah.

Raeya memandang Taikuri dan Taikuri pula melihat Raeya. Selepas itu, kedua-duanya tersengih penuh makna.

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now