|| Prolog ||

580 47 32
                                    

"Raeya! Jangan berani-berani terbang sesuka hati. Kalau pegawai udara berjaya tangkap kau, susah makcik nanti!" Satu suara bergema di segenap ruang di sebuah rumah batu yang sederhana besar.

Seorang remaja lelaki yang sedang melompat keluar melalui tingkap biliknya membatu seketika. Tidak lama kemudian, dia tersengih kecil.

"Alah makcik, Rae dah lambatlah nak pergi sekolah. Bye makcik, Rae pergi dulu!" Jerit remaja itu sebelum melebarkan sayapnya dengan gah. Pelepah bewarna kelabu berguguran tatkala dia berlepas dengan laju sekali.

Sebaik sahaja bayangan remaja itu hilang daripada pandangan, seorang wanita yang sudah berumur muncul di tingkap biliknya itu tadi. Dengan senduk di tangan, dia sempat mengelap peluh di dahinya.

"Aish, degil betul budak ni."

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

Melepasi awan yang bagaikan gula-gula kapas, Raeya tersenyum gembira. Dirinya bebas dari cengkaman makcik dan pakciknya yang sentiasa menegurnya macam-macam. Bosan? Ya.

"Buat apa ada sayap kalau tak boleh terbang?" Gumam Raeya serta mengibaskan sayapnya sambil merehatkan kedua-dua tangannya di belakang kepala.

"Buat apa ada undang-undang kalau orang tak ikut?" Seseorang menyampuknya.

Raeya segera menoleh ke belakang. Seorang pemuda dalam pakaian kerja tersenyum kecil ke arahnya meski mata mencerlung tajam.

"A- abang Easton! Hai!" Sapa Raeya, sedikit gerun.

Pemuda yang dipanggil Easton itu mengangguk sedikit sebagai tanda pertemuan. Mahupun begitu, jantung kecil Raeya kini berdetak hebat.

Kalau bukan kerana hormat terhadap pegawai udara di hadapannya ini, sudah lama dia memecut laju. Lagi pun, sayap hitam yang dikibaskan pemuda itu benar-benar menakutkannya.

"Oh!" Raeya berpura-pura melirik ke arah jamnya. "Rae dah lambat ni. Pergi dulu!"

Woosh~

Angin yang kuat menyebabkan Easton terpaksa melindungi matanya menggunakan tangan.

"Bertuah punya budak." Easton mengetap bibir setelah tidak berjaya untuk menangkap remaja yang seorang itu.

Undang-undang yang dilanggarnya bukan sekali dua, malah berkali-kali. Hanya disebabkan dia masih mentah, Easton masih berlembut hati untuk tidak melaporkan nama itu kepada pegawai tertinggi.

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

Seorang remaja lelaki bertopi sedang merenung papan hitam kelas sambil mendengar lagu menggunakan earphone-nya. Namun, nikmatnya itu tidak lama apabila ketukan pada tingkap yang berada di sebelahnya kedengaran.

"Huh?" Earphone di telinga segera dicabut dan kepala ditolehkan ke arah tingkap. Alangkah terkejutnya dia tatkala terlihat seseorang sedang tersengih panjang dengan jari telunjuk yang diletakkan ke bibir.

Kepalanya disengetkan tanda tidak faham. Buat-buat tidak faham saja sebenarnya. Kerana apa? Kerana dia memang sudah masak dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.

"Buka tingkap ni cepat, Taikuri." Arah sahabatnya itu dari luar.

Dia mengangguk faham sebelum mencapai selak lalu membukanya. Cepat-cepat Raeya melompat masuk kemudian tergolek di atas lantai kelas.

"Taikuri, kau sengaja kan."

"Eh, orang datang sekolah guna kaki tau."

Raeya mencebik geram. Begnya diletakkan ke atas meja yang berada di sebelah Taikuri sebelum mengeluarkan sehelai jaket bewarna merah. Jaket itu disarungnya ke tubuh.

"Kau ni, berapa banyak kali kau nak koyakkan belah belakang baju tu ha? Sayap kita, bukan magis tau nak tembus baju ke apa." Bebel Taikuri. Wajah sahabatnya itu dipandang serius.

"Yelah-yelah. Aku tahulah. Tadi pun, aku sempat lari dari abang Easton tahu tak?" Tutur Raeya, merehatkan kepalanya di atas meja.

Membulat mata Taikuri mendengarkan nama saudaranya itu disebut. "Serius? Seram kan tengok sayap hitam dia tu." Bisiknya lalu mendapat anggukan setuju daripada Raeya.

"Jangan prejudis!" Muncul pula seseorang di hadapan mereka berdua. Terkejut kedua-duanya dengan kehadiran tiba-tiba itu.

"Sibuklah kau ni, Urshia." Marah Raeya, malas. Sungguh kehadiran remaja itu merimaskannya.

Dia bukan sahabat, sekadar watak yang wujud sekali di dalam cerita ini.

Urshia berpeluk tubuh sambil menyoal sinis. "Sibuk?" Sayapnya dikibarkan, pelepah-pelepah hitam mula gugur ke atas meja kedua-dua sahabat itu.

Ah sudah, patutlah dia sibuk. Keturunan bersayap hitam rupanya.

"Hanya kerana nenek moyang keturunan bersayap hitam dahulunya bersikap keji dan jahat, tak bermakna yang sekarang pun sama. Dunia sudah berubah tahu?" Tegur Usrhia, penuh mistik dan seram. Aura gelap bagaikan berkumpul di belakangnya.

Raeya mengemam bibirnya. "Sebab tulah aku kata, orang sayap hitam ni, tak jahat pun masih ada aura gelap dia." Bisiknya pada Taikuri.

"Dunia sudah berubah..." Sambut seseorang pula dari bahagian hadapan mereka.

Urshia melenyapkan sayapnya lalu menoleh ke belakang. Raeya dan Taikuri pula mengintai mengikut ruang yang dapat dilihat.

Kelihatan Zalchria sedang enak menyandarkan diri pada kerusinya sambil bermain dengan seekor rama-rama yang hinggap di jarinya. Perbuatannya itu diteliti satu-persatu oleh mereka.

"Ugh, aku tak boleh tahan tengok dia. Silau benarlah! Aku nak cau." Kata Urshia dengan mata yang terpejam-pejam. Dia segera berganjak ke tempatnya semula.

Raeya dan Taikuri memandang satu sama lain seraya mengangguk serentak. Bezanya manusia yang bersayap hitam dan bersayap putih adalah aura mereka.

Seperti yang diketahui, Urshia ialah manusia bersayap hitam. Walaupun tidak terpapar kejahatannya, namun aura yang dibawa sentiasa mengundang kegelapan. Lagi jelas terbukti apabila dia sering dilihat gemar berada di tempat-tempat gelap.

Berbeza pula dengan Zalchria, manusia bersayap putih yang sentiasa kelihatan tenang. Mereka yang melihatnya juga akan merasakan ketenteraman yang sama. Tapi yang seorang ini, selalu berada dalam dunia sendiri. Pelik pun ada juga jika memerhatinya lama-lama.

"Baru sekolah menengah rendah... Dah handsome macam tu." Taikuri berkata sendiri sambil mengepal penumbuknya kuat. Pandangan matanya jelas menikam kepala Zalchria dari belakang. Heh, cemburulah tu.

Raeya sempat menoleh sekejap ke arah Taikuri kemudian menggeleng kesal. "Nasiblah sayap kau hitam dan putih, Taikuri. Kalau tak, apa nak jadilah dengan engkau ni." Omelnya sendiri.

Dalam kebisingan kelas itu, bunyi pintu kelas terbuka mendisiplinkan semua yang ada. Hal ini demikian kerana, guru matapelajaran pertama sudah memunculkan diri untuk mengajar.

Pelepah hitam yang sedikit kebiruan gugur dari belakang guru wanita yang tersenyum manis itu. Selendang yang berada di lehernya dilebarkan sehingga menutupi belakang.

Raeya yang terlihat akan pelepah itu sekadar menongkat dagu. Keningnya dijongketkan sebelah.

"Betul ke yang dunia ni, hanya ada dua warna utama untuk sayap manusia?"

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now