|| 28 ||

41 6 3
                                    

"Papa... Mati terbakar?" Raeya bertanya dalam nada tidak percaya. Suara yang dikeluarkan hanyalah satu bisikan halus. Mereka yang berada berdekatan dengannya sahaja yang mampu mendengar apa yang dikatakan.

Suasana di pondok itu menjadi sepi kerana semua insan yang berada di situ sedang cuba untuk memproses apa yang telah berlaku. Melaine sudah menyeka air matanya, kepalanya direhatkan pada bahu Taikuri. Taikuri pula terpempan di situ, kerana nama-nama keluarga empat orang insan itu amat dia kenali.

Ryia Leotric. Raeya Leotric.

Mahmad Randell. Taikuri Randell.

Liam Dagaric. Urshia Dagaric.

Hans Feidlimic. Zalchria Feidlimic.

"Kita... related?" Tanya Ny pada Zalchria. Jika ayahnya ialah Hans Feidlimic dan lelaki itu memiliki nama keluarga yang sama dengan Zalchria, ini bermakna...

"Kita saudara." Zalchria mengiyakan. "Cakaplah nepotism sekalipun, jawatan saya dalam The Protector adalah hak saya dan usaha saya untuk berada di kedudukan ini."

Arabella mengambil tisu dan perlahan-lahan mengelap air matanya yang bertakung. Dia mengusap-usap lengan Raeya yang sudah pun melekat di sisinya. Walaupun kisah itu hanya diceritakan oleh Hans kepadanya, dia dapat membayangkan apa yang berlaku. Lagi pun, mereka mempunyai magis. Guna sahaja magis dan kimia yang betul, peristiwa tersebut boleh dilihat seperti di panggung wayang.

Mengerutkan dahi, kelima-lima remaja yang ada di situ menoleh ke arah Urshia. Taikuri dan Raeya memaparkan riak risau, Zalchria terlihat serba salah, Melaine terlihat seperti sedih dengan keadaan itu manakala Ny sekadar melihat dengan kerutan dahi. Urshia termenung ke hadapan, hilang dalam pemikiran.

"Err, Urshia?" Panggil Taikuri, kerisauan. Urshia langsung tidak berganjak.

Raeya saling berpandangan dengan Ny dan mereka berdua mempunyai riak yang sama. Risau.

"Urshia... Kau okey tak?" Soal Raeya, bergerak sedikit ke hadapan. Bahu rakannya itu dicucuk-cucuk namun tiada reaksi langsung daripada Urshia.

Zalchria bertindak dengan bergerak ke hujung pondok dan turun daripadanya. Selepas itu, dia berjalan ke arah Urshia yang berada di sudut pondok sebelah sana, dan berdiri di hadapannya. Rakannya itu ditenung tajam. Urshia pula langsung tidak mengangkat kepala untuk membalas pandangan itu.

Semua mermerhatikan sahaja perbuatan Zalchria dan menahan nafas masing-masing. Suspen sungguh keadaan dua jejaka itu.

Tanpa segan silu, Zalchria mengambil selangkah ke hadapan dan memeluk Urshia. 

Urshia tidak beriak. Pandangan matanya masih tertancap pada apa yang ada di hadapannya. Fikirannya kosong.

Melihatkan itu, Taikuri mengensot ke hadapan dan turut memeluk Urshia. Selepas itu, Raeya pula turut serta.

"He's in shock." Tutur Melaine, memerhatikan adegan yang berlaku di hadapan matanya itu.

"Beri dia masa." Sahut Ny, tidak jauh daripadanya.

Buat beberapa ketika, keadaan di pondok tersebut terasa sangat hening. Tiada sesiapa pun yang berani bersuara bagi memecahkan kesunyian. Semua insan yang berada di situ tetap pada posisi masing-masing dan tidak bergerak.

Satu getaran nafas dapat didengari dalam kesunyian itu. Urshia dapat dilihat menggigil-gigil di tempatnya.

"Liam tu... Pak cik aku. Banyak kisah yang aku dengar pasal dia dari keluarga aku. Liam merupakan seorang yang hebat, buat penemuan terhebat dunia sebagai saintis muda, dan banyak lagilah aku dengar pasal dia. Aku dah... Jadikan dia sebagai idola aku." Terang Urshia dalam gementar. "Aku tak sangka dia macam tu, aku sumpah tak sangka!" Tiba-tiba emosinya berubah.

Taikuri segera melepaskan pelukan. Tangannya dibiarkan berehat di bahu Urshia. "Urshia, tak apa. Benda... Benda dah lepas." Dia cuba untuk menenangkan rakannya itu.

Urshia sudah mula menarik rambutnya. Suaranya umpama tersekat di kerongkong, membuatkan dia seperti sedang tercekik. Air mata mula terbit di hujung mata.

"Urshia, bertenang kawan. Bertenang." Arah Raeya, menepuk-nepuk belakang Urshia.

"Kau akan kena hyperventilasi kalau kau terus macam ni. Tarikh nafas, lepas. Ikut rentak nafas aku." Ajar Zalchria yang masih belum melepaskan pelukan. "Ha, bagus, macam tu. Satu... Dua... Tiga... Lepas. Buat lagi, buat lagi." Sabar dia menenangkan Urshia.

Lama-lama, Urshia terlihat tenang sedikit. Nafas yang asalnya turun naik kini sederhana dan normal. Kepalanya dilentokkan pada bahu Zalchria kerana kepenatan.

"Kau dah okey dah?" Tanya Raeya yang masih tidak mengurangkan tepukannya pada belakang Urshia.

"Dah." Jawab Urshia sepatah. "Aku... Aku minta maaf. Serius aku minta maaf." Pohonnya lalu menutup mata. "Aku minta maaf, Raeya, Taikuri."

Taikuri menggeleng-geleng sebelum menolak perlahan bahu Urshia sebagai gurauan. "Aduh kau ni, bukan kau yang buat pun. Mahmad  tu, pakcik aku. Ayah kepada saudara aku, abang Easton."

Urshia tiba-tiba menjadi pucat. Easton itu pegawai udara yang dikenali masyarakat, bertambah takut jadinya.

"Kau ni, tak payahlah sebut nama dia tu!" Marah Raeya, memukul lengan Taikuri. Kemudian, dia beralih pada Urshia semula. "Bukan salah kau pun, ingat tu! kematian papa aku tak ada kena-mengena dengan kau. Apa-apa yang berlaku, ia tak akan berbalik pada kau. Kan mama?" Soalnya pula pada Arabella.

Terangguk-angguk Arabella mengiyakan. Urshia memandang wanita itu sekilas.

Urshia melepaskan keluhan seperti baru sahaja melepaskan beban yang berat. Kepalanya diangkat dari bahu Zalchria sebelum dia baring menelentang di atas lantai pondok. Kedua-dua tangannya diletakkan ke atas perut manakala matanya pula dipejamkan.

"Kau nak tidur ke, Urshia?" Tanya Raeya, mencucuk-cucuk Urshia.

"Kenapa? Tak boleh?" Soal Urshia semula, mengintai Raeya dengan sebelah mata. Raeya dapat dilihatnya sedang tersengih-sengih.

"Tiber gila kau ni." Balas Raeya dengan gelengan sebelum dia turut berbaring di sebelah Urshia.

Zalchria dibiarkan termangu-mangu di sisi pondok. Urshia ni, berterima kasih padanya pun tidak!

"Thanks, Zalchria." Ucap Urshia tiba-tiba.

Aik, mamat itu boleh baca fikirankah?

"Ha... kau orang tidurlah. Saya nak ke belah sana kejap, jumpa kawan-kawan lama." Ujar Arabella, menuding ke arah pondok-pondok yang berada tidak jauh dari mereka. "Ny, Melaine, nak ikut?" 

"Nak!" Jawab Ny dan Melaine serentak. Cepat-cepat mereka beralih ke sisi Arabella. Masing-masing menunjukkan wajah bersemangat untuk beredar dari situ.

Tanpa menunggu jawapan sang jejaka, Arabella dan dua orang remaja perempuan itu pun pergi meninggalkan pondok tersebut. Maka tinggallah empat orang jejaka di situ. 

Tidak mereka ketahui, pemilik pondok tersebut mengintai-intai dari dalam rumahnya. Mesti dia fikir, apa pasal tinggalkan mamat-mamat ini di pondok aku?

"Dahlah, aku sakit belakang. Nak baring." Taikuri berkata lalu mengambil tempat di kepala Raeya. Kepalanya berlaga dengan kepala Raeya manakala kakinya diluruskan ke arah yang bertentangan. Selepas itu, dia mengeluh kecil sebelum memejamkan mata.

Akhirnya, Zalchria pun mengambil tempat di sisi Taikuri agar tidak rasa ketinggalan. Dia turut berbaring menelentang, kepalanya dua inci dari berlaga dengan kepala Urshia.

Tiga orang rakannya sudah tenang di situ. Oleh itu, dia akan berbuat sama.

Mata dipejam.

Pelepah EmasOnde as histórias ganham vida. Descobre agora