|| 8 ||

169 30 1
                                    

Universiti Antarabangsa Noctu Aviary riuh dengan para pelajar yang bersorak gembira kerana mereka baru sahaja mendapat berita yang amat menghiburkan hati. Midterm break! Walau hanya seminggu, siapa yang mahu melepaskan peluang ini?

"Cuti ni... Kita nak buat apa?"

"Cuti ni kita study." Balas Zalchria pada sahabatnya yang bertanya. Kedua-dua sahabat yang mengekorinya itu terus sahaja mengeluh perlahan.

Jika cuti, harus berehat dan menenangkan fikiran daripada belajar. Tetapi Zalchria? Kerjanya hanya fikir untuk belajar.

Itu jawapan spontan, bukanlah niat yang benar-benar ingin dilakukan.

"Zalchria, study? Dia ni dah pandai sangat, tak perlu study dah." Ujar salah seorang daripada sahabatnya sebelum disambut tawa seorang lagi yang berada di sebelahnya.

Zalchria mencebik kecil. Sungguh, alasan 'study' itu sengaja digunakannya agar tidak diajak keluar lagi sepertimana yang sering berlaku apabila hari cuti menjelma. Lebih-lebih lagi rakan sebiliknya kini tiada bersamanya, bertambah galak sahabatnya yang lain hadir ke bilik semata-mata untuk mengajaknya keluar bersama.

Dia ingin menghabiskan masa dengan membaca buku yang ada. Namun, ingin menolak ajakan sahabat-sahabatnya tidak sampai hati pula.

Aduhailah si insan bersayap putih.

Sedang kedua-dua sahabatnya itu berbual di belakang, Zalchria mendiamkan diri. Sungguh dia bosan dengan bising-bising yang ada tetapi dia melayankannya sahaja sehinggalah, kelibat rakan bilik sebelah menyapa pandangannya.

"Urshia!" Jerit Zalchria teruja, berlari meninggalkan kedua-dua sahabatnya yang terkejut dengan jeritannya itu.

Kedua-duanya saling berpandangan sebelum menoleh hairan ke arah Zalchria yang melompat ke arah Urshia kemudian dimarahi oleh jejaka yang dijerkahnya itu. Bertambah kerutan di dahi bagi sang dua penonton.

"Aku tak tahu apa-apa tentang mereka tapi dari awal sem, aku tengok Zalchria macam dah kenal lama dengan Urshia. Tapi bagi aku, mereka itu berlawanan. Bagaikan matahari dan bulan." Ujar seorang daripada mereka berdua.

"Amboi, bermadah ya kau. Matahari dan bulan itu akan bersinar apabila tepat pada masanya. Cuma, tak tahulah bila Urshia tu akan sampai ke masa tu sebab dia tu menakutkan. Duduk gelap-gelap, sudahlah bersayap hitam." Balas seorang lagi pula.

Tanpa menunggu Zalchria, kedua-duanya berlalu pergi kerana mereka memang sudah tahu dengan perangai sahabat mereka yang seorang itu. Zalchria itu bijak, pandai-pandai sajalah dia mencari mereka nanti.

"Aish, kau ni sehari kalau tak kacau aku tak boleh?" Marah Urshia, rimas. Dia segera menolak Zalchria agar menjauhinya.

Zalchria berpeluk tubuh sebelum langkahnya menyamai langkah Urshia. Ke mana Urshia pergi, dia tidak tahu namun yang pastinya, dia mahu ikut.

"Bukan sengaja. Saya bosanlah sejak Taikuri dan Rae pergi mengembara. Awak tak bosan ke, Urshia? Lagi pun, awak nampak sunyi dan muram." Ujar Zalchria, mengiringi Urshia yang lagatnya tidak lagi rimas. Langkah mereka kini dibawa ke sebuah taman yang terletak di hadapan bangunan apartment mereka.

Meski tidak menjawab menjawab dengan suara, Urshia tetap mengangguk sebagai jawapan. Benar, dia sunyi tanpa kedua-dua insan tersebut. Sebagai seorang yang bersayap hitam, dia dipinggir namun Taikuri dan Raeya tidak sekali pun membuatkan dia rasa terpinggir walaupun berbeza kelas. Andai terjumpa di tepi jalan sekali pun, dia pasti ditegur mesra.

Di universiti ini, mereka yang bersayap hitam sudah mempunyai sahabat sendiri tidak pun hidup berpuak. Urshia sudah biasa dengan hidup berseorangan maka, dia tidak berusaha untuk mencari sahabat baru. Mujur sekali Zalchria, Taikuri dan Raeya belajar di tempat yang sama dengannya.

Tidaklah dia sunyi, sepertimana ketika dia di zaman persekolahan dahulu.

"Apa kata kita, cari mereka?" Suara Zalchria memecahkan lamunan Urshia. Cadangan yang diberikan secara tiba-tiba itu membuatkan Urshia segera menoleh pantas ke arah jejaka yang duduk di sebelahnya itu.

"Kita berdua pergi cari mereka? Serius?" Tanya Urshia semula. Dia benar-benar tidak percaya.

Zalchria mengangguk yakin. "Iya, kita pergi cari mereka. Dengan itu, kita boleh mengikuti 'quest' mereka itu. Lagi pun, kita tidak punya banyak kerja jadi ambillah masa ini untuk mengembara. Saya ajak awak ni Urshia, rugi tak ikut." Balasnya bersemangat sekali.

Keluhan kecil Urshia lepaskan. Nampaknya, dia akan diheret juga oleh jejaka di sebelahnya ini tidak kira apa jawapan yang diberi sekali pun.


☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


"Keluarkanlah sayap awak tu! Saya nak tengok."

"Berapa kali aku cakap, aku tak nak! Nanti kalau aku dah tak boleh terbang macam mana?"

"Rae, sekarang ni pun kau tak boleh terbang. Kesian Melaine tu, banyak kali dia minta. Dia cakap elok-elok tau. Bukannya menjerit macam kau."

Raeya menggigit bibirnya, geram. Hatinya meronta-ronta untuk melampiaskan amarahnya pada dua orang insan yang sedang duduk di sisinya kini. Namun, dia masih mampu bersabar.

Kini, mereka sedang berehat di beranda rumah milik nenek dan datuk Taikuri. Pada mulanya, Taikuri bersungguh-sungguh menolak cadangan Melaine untuk tinggal di rumah nenek dan datuknya itu namun selepas berkali-kali diajak dengan menggunakan alasan untuk berjimat-cermat, akhirnya seorang Taikuri tewas jua.

Sudah ada kampung di sini, tidak mahu mengambil kesempatan. Boleh pula dia bergaduh dengan Raeya di tengah jalan. Selepas itu, tidak pasal-pasal terserempak pula dengan makciknya yang kebetulan mencari makanan di sekitar pasar Kota Aveast.

"Sayap aku, hak aku. Suka hati akulah nak keluarkan ke tidak. Sudahlah, aku nak masuk dalam." Ujar Raeya lalu bangkit menuju ke pintu. "Aku nak hantar surat ke Walter, yang aku tak dapat nak siapkan bancian hari tu. Bye!" Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu ditutup kuat.

Taikuri menepuk dahinya. "Surat tu patut hantar dekat pensyarah kau, bukan Walter." Bebelnya sendiri sebelum menoleh ke arah teman wanitanya itu. Kelihatan Melaine sedang mencebik geram.

"Dalam surat awak, awak selalu kata yang Raeya ni seorang yang baik sangat. Tapi kenapa dia macam tu?" Soal Melaine tidak puas hati. Dia berpeluk tubuh seraya merenung Taikuri dengan tajam. Ya, dia inginkan penjelasan.

Sambil mengeluh kecil, Taikuri bersandar pada angin , ditampungi tangan yang menahan badan daripada jatuh ke belakang. Kepalanya dipalingkan ke atas sebelum tersenyum kecil. "Raeya tu, dia panas baran. Awak jangan sesekali kacau privasi dia. Sekali dia cakap jangan, pandai-pandai faham. Tapi dia baik tau, nakal sikit je." Jawabnya, tenang.

Anggukan faham Melaine berikan meski riak tidak puas hati jelas terpapar pada wajah. Dia menjeling seketika ke arah pintu yang tertutup kemudian tersenyum sendiri. Benar, dia tahu tentang itu. Dia hanya mahu tahu dengan lebih lagi atas sebab tertentu.


Pelepah EmasOn viuen les histories. Descobreix ara