||21||

49 7 2
                                    

Langit senja mula menunjukkan rupa, perarakan awan juga tidak segalak siangnya hari. Para manusia kini pulang dari kerja dan menuju ke rumah masing-masing. Tanglung lilin yang memenuhi sekitar jalan kini menyala bagi menyinari setiap haluan Noctu Aviary.

Dan terlihatlah, enam orang remaja yang sedang berjalan menuju ke Kota Feasouther.

"There will come a soldier,
Who carries a mighty sword,
He will tear your city down,
Oh lei, oh lai, oh, Lord."

Memandangkan tiada sesiapa yang mahu bersuara dan berbual pada petang itu, suara Melaine menemani perjalanan mereka semua. Terlalu banyak topik dan gurau-senda yang telah masing-masing bualkan sepanjang perjalanan mereka. Sekarang ini, semua sudah mengunci mulut kerana kepenatan.

"Kita nak tempah mana-mana rumah tumpangan dulu ke? Perjalanan kita masih jauh." Cadang Zalchria yang kini berjalan secara ke belakang bagi mudah untuk dia melihat rakan-rakannya. 

"Jalan tengok depan, Zalchria. Nanti tergolek, aku tak nak tolong." Pesan Urshia sambil menatap peta yang ada di tangannya.

Hm, nampaknya perjalanan mereka untuk ke Feasouther masih jauh. Mahu sehari lagi perjalanan mereka untuk tiba di sana. Jika mereka naik kereta kuda, mungkin akan lebih cepat namun sekarang ini, mereka tidak boleh percaya akan sesiapa.

"Saya tanya kan? Jawabla- Ahh!" Jerit Zalchria yang sudah tergapai-gapai bagi menstabilkan diri daripada jatuh ke belakang. Nasibnya malang, tiada sesiapa yang sempat menangkapnya sebelum dia jatuh terlentang di atas tanah.

Raeya yang berada di hadapannya pula terkebil-kebil dengan tangan yang dihulurkan ke hadapan. Aik, tak sempat sambut ke?

"Kan aku dah cakap." Ujar Urshia tanpa mengangkat kepalanya. Dia sekadar berjalan ke hadapan tanpa membantu Zalchria yang mendongak memandangnya melepasi jejaka itu.

"Kalau kita bina khemah, nak?" Soal Taikuri sambil mengusap dagunya.

"Selamat ke? Tak pasal-pasal bangun tidur, hilang seorang." Balas Melaine pula, turut mengusap dagu sama.

Masing-masing berdiam diri bagi mengambil masa untuk berfikir. Wajah serius ditayangkan.

"Kalau kita bergilir-gilir tidur dan jaga, okey juga kan?" Saran Raeya pula seraya menepuk-nepuk pakaian Zalchria yang berdebu. Jejaka bersayap putih itu berjaya berdiri dengan elok setelah dibantu Raeya. Wajahnya merah menahan malu namun bersyukur kerana tidak ditegur mereka yang lain.

"Okey juga, aku setuju." Terangguk-angguk Urshia bersetuju. "Aku nak jadi orang yang berjaga dulu boleh? Aku nak siapkan assignment." Sambungnya lagi.

"Okey, kalau dah settle, kita cari tempat mana yang sesuai untuk kita bina khemah." Akhirnya Zalchria bersuara. Dia berjalan melintasi Urshia demi mengetuai perjalanan mereka sekali lagi.

Dengan gulingan mata, Urshia sekadar mengekori dari belakang termasuklah mereka yang lain.

Kiri dan kanan mereka dipenuhi tanah kosong yang memiliki rumput-rumput pada beberapa bahagian sahaja. Pohon-pohon kering tidak berdaun berada di segenap tempat. Laluan yang mereka lalui pula berbatu-batu dan terdapatnya tanglung lilin yang tergantung pada tiang-tiang di sisi laluan bagi menyinari kawasan tersebut.

Pengembara lain turut dapat dilihat sedang mendirikan khemah di beberapa tempat dan ada juga mereka yang menurunkan perkakas gerai kerana hari hampir senja. Pegawai-pegawai udara yang terbang di langit secara berkelompok juga menghiasi petang itu.

Perjalan mereka tidak kosong pun, cuma tidak diceritakan sepenuhnya.

"Awak nak buat apa ke Feasouther, Ny?" Soal Raeya hairan.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now