|| 27 ||

34 6 2
                                    

Tiga tahun berlalu, penduduk Noctu Aviary masih hidup seperti biasa dan bumi berputar tiada kelainannya. Cumanya, rata-rata manusia yang dapat dilihat hanyalah mereka yang bersayap hitam, putih dan kelabu. Perak langsung tidak dapat dilihat apatahlagi emas.

Dunia seperti sedikit bermuram durja terhadap kehancuran manusia sendiri. Mungkin kebanyakan yang hidup seperti biasa ini tampak bahagia tetapi buat mereka yang harus bersembunyi di sebalik bayangan 'manusia biasa' berasa terancam.

Ryia mengubah identiti dan meninggalkan pelajaran di universiti. Dia kini bekerja di sebuah bengkel seorang pemuda sebagai tukang besi dan pencipta senjata. 

"Nik, rasa-rasa saya perlu letak wand ini dekat mana?" Tanya Ryia pada pemuda yang jauh lebih tua daripadanya itu.

"Letak saja pada kotak jernih yang ada di dinding itu. Senang sikit pelanggan nak pilih-pilih nanti." Jawab Nicholas sambil menjempolkan jari pada dinding yang dinyatakan.

"Baiklah." Ryia membalas dan bergerak ke arah dinding tersebut. Dia membuka kotak tersebut dan menyangkut tongkat sakti itu dengan penuh berhati-hati. Selepas itu, kotak tersebut ditutup semula dengan rapi.

Kemudian, Ryia kembali pada tempat duduknya dan memateri besi bagi menyambung dawai-dawai yang dibentuk sebagai pemegang batu berharga seperti berlian, permata dan zamrud yang digunakan sebagai senjata. Dia menyanyi kecil bagi menghiburkan jiwa.

Tling! Tling!

Bunyi loceng yang datang dari pintu bengkel membuatkan kedua-dua lelaki itu mengangkat kepala. Mereka menjangkakan pelanggan yang masuk, rupa-rupanya si Hans yang tersengih sambil melangkah ke dalam bengkel.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Ryia dalam nada menyampah. Dia langsung mengalihkan pandangan dan tidak melakukan hubungan mata sekalipun.

"Aku nak tanya khabar, tak akanlah tak boleh." Hans membalas sambil meletakkan satu guni wang ke atas kaunter. "Pak Nik, saya nak beli satu dagger yang sesuai untuk teras anem (angin)." Pintanya.

Tidak berkata apa-apa, Nicholas menurut sahaja dengan membuka laci-laci bagi mencari senjata yang diinginkan. Sementara itu, Hans melirik ke arah Ryia dengan riak yang sukar ditafsir.

"Tahniah untuk hari lahir Raeya yang kedua tahun." Ucap Hans yang mana membuatkan Ryia tersentak di situ. 

"Tahniah?" Tanya Ryia sambil mengetuk besi menggunakan tukul getah dengan kuat.

Hans mengeluh kecil. Dia tersenyum tawar. "Iya, tahniah untuk kau. Kau survive sejauh ini. Bersama Arabella dan anak kau, Raeya." Ujarnya.

Ryia tersenyum kecil dan mendengus perlahan. "Kau pun sama. Tahniah, isteri kau mengandung kan?" Soalnya pula.

Mengangguk tanda mengiyakan, Hans terlihat gembira di situ. "Iya! Kami menjangkakan anak perempuan."

"Nama dah fikir?" 

"Dah. Aku nak namakan dia Helena Merlyn." 

Kening Ryia hilang di sebalik rambutnya kerana terkejut. "Kau namakan anak kau dengan nama keluarga isteri kau?" Dia bertanya.

Hans tertawa dan mengangguk-angguk lagi. "Iya! Aku tak naklah anak aku pegang nama keluarga aku. Isteri aku bersayap emas, dia lebih layak untuk menamakan anak kami. Lagi pun, aku salah satu penyebab isteri aku terpaksa bersembunyi daripada dunia. Bukan... Bukan dia sahaja. Kau pun sama, Ryia." Nadanya semakin lama semakin perlahan dalam kekesalan.

"Kan aku dah cakap, aku maafkan kau. Kalau aku pun berada di tempat kau, aku tak tahu nak buat apa. Jadi, ini bukan salah kau, Hans." Tukas Ryia dengan gelengan. Tangannya ligat menyatukan besi-besi dan dawai-dawai yang telah dipateri dan meletakkannya ke atas batang kayu yang bakal dijadikan sebagai sebatang tongkat sakti besar.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now