|| 13 ||

123 21 0
                                    

"Aduh, menyesal aku ikut kau pergi Kota Northwing. Tak pasal-pasal terjumpa dengan abang sendiri." Bebel Urshia sambil melangkah longlai di sebelah Zalchria. Suasana bukit-bukau itu dilihatnya bagi menenangkan hati yang sedang membara.

Zalchria pula sedang meneliti peta di tangannya bagi memastikan arah mereka berjalan. Bukan dia tidak mahu menaiki mana-mana kenderaan awam seperti kereta kuda, namun lebih mudah jika tidak menggunakan wang untuk mengembara. Jimat dan selamat.

"Bukannya abang awak perasan awak pun. Lagipun saya bagi awak topi, muka awak langsung tak nampak." Balas Zalchria bersahaja.

"Memanglah... Tapi kalau dia perasan presence saya macam mana? Jangan main-main dengan naluri adik-beradik." Ujar Urshia lagi. Meskipun dia kedengaran sedang membebel namun itulah caranya untuk menghilangkan ketakutan dalam diri.

Sekiranya dirinya dijumpai sedang meluangkan masa bersama manusia sayap putih dan mengembara sesuka hati, apa akan jadi pada dirinya? Mahu terbang dan guna kelebihan pun harus ada lesen, lagi-lagi mahu menyertai 'quest' meski masih di bangku universiti.

"Urshia, tak penat ke bercakap sahaja dari tadi? Sudahlah, jom cepat. Kita sudah hampir ke pintu Kota Aveast." Kata Zalchria lalu pantas menarik beg yang berada di belakang Urshia.

"Woi, woi, jatuh aku nanti! Ark!" Urshia meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi, dia tidak dapat berbuat apa apabila kakinya tidak lagi menjejak lantai.

Zalchria kini sudah mengibarkan sayapnya dengan tangan kanan yang memegang peta manakala tangan kirinya menarik beg milik Urshia. Kelihatan Urshia bersusah-payah memegang tali begnya dengan kuat agar tidak terjatuh.

"Ringannya awak."

"Kau tu yang terlebih kuat! Ringan apanya?!"

Jika mahu keluarkan sayap, akan dilibas wajah si Zalchria. Tetapi jika tidak berbuat demikian, dirinya pula tergantung begini. Sungguh, Urshia bingung.

"Kalau aku jatuh, aku tak teragak-agak nak sihir kau." Marah Urshia, pasrah. Pegangan pada tali begnya diperketatkan.

Mahu tidak mahu, itulah saja caranya buat Zalchria untuk membuatkan Urshia berhenti membebel. Jika tidak, sampai bila mahu menadah telinga sahaja?

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


Pakaian yang sesuai sudah siap lengkap di tubuh. Sebagai pengembara sejati, empat ahli dalam kumpulan itu sudah bersiap siaga untuk bergerak ke tempat lain pula.

Kelengkapan Raeya ialah tali pinggang yang terikat pada pinggang dan bahunya bagi menempatkan bahan-bahan kimia sama ada dalam botol mahupun kotak. Beberapa pisau lipat tersangkut cantik pada tali pinggang yang terdapat di bahagian belakang tubuhnya. But kulit yang tinggi sehingga ke paras betis dapat terlihat berkilat. Hud paras bahu yang bewarna biru menjadi pilihannya pada hari itu.

Taikuri pula memakai jaket kulit bersama beg sling yang dipenuhi barang-barang keperluan seperti ubat dan herba. Meskipun dia seorang planetary mage yang mana menggunakan teras tanah, barang-barang kimia seperti itu tidak diperlukannya. Hanya tongkat sakti yang terletak elok di dalam poket jaket bakal menjadi kegunaannya untuk berlawan.

Seluar kulit hitam bersama jaket labuh menjadi gaya Melaine. Memandangkan dia hanya seorang 'Dragon Charmer', dia tidak punyai kelebihan yang kuat untuk diguna berlawan. Namun begitu, dia punyai sebuah pistol yang tergantung dengan tali panjang dari bahu ke pinggang. Disebabkan itulah dia memakai jaket panjang bagi menyembunyikan senjata yang satu itu.

Ny seperti biasa, dia memakai kemeja yang dimasukkan ke dalam skirt labuh pada paras buku lali. Di dalam skirt itu terdapatnya sepasang seluar agar memudahkan dia untuk bergerak. Sehelai jubah yang mempunyai hud menjadi pemakainnya bagi menyembunyikan alatan memanah yang tersangkut pada bahagian belakang tubuhnya. Tetapi satu persoalan, adakah dia boleh terbang dengan pakaian seperti itu?

"All set." Ujar Melaine sambil melompat teruja. "Semua siap? Tak sabarnya saya!" Sambungnya lagi kemudian ke hulur dan ke hilir di hadapan pagar rumah milik keluarga Taikuri itu sementara menunggu Raeya melihat petanya.

Hari itu, mereka sudah berjanji untuk bertemu di hadapan rumah keluarga Taikuri supaya tidak terpisah ketika memulakan perjalanan. Memandangkan Ny tidak tahu tempatnya, Melaine telah mengarahkan Ny untuk menunggu di hadapan kedai makan kegemaran mereka dan mengambil gadis itu bagi dibawa ke rumah yang dijanjikan.

"Macam inilah best, ada rakan perempuan!" Sekali lagi Melaine melompat riang kemudian memeluk Ny. Ny yang sememangnya lebih kecil daripada Melaine hanya membiarkannya sahaja, tidak mampu untuk berbuat apa.

Peta digulung, setiap ahli kumpulannya dilihat satu-persatu. Raeya menarik nafas dalam kemudian menghembuskannya perlahan. Senyuman senget kini tersungging di bibir.

"Tak sangka ya aku yang aku akan cari kebenaran ramai-ramai macam ni. Taikuri kebetulan diajak oleh Pakcik Asher, Melaine kami terserempak di Northwing dan sekarang ni... Kau, Ny. Aku bersyukur jumpa kau dekat sini." Ujar Raeya ikhlas pada pagi itu. Senyuman lega jelas terhias pada wajahnya.

Ny sekadar tersenyum kecil. Dia turut berpuas hati kerana dapat menyertai mereka. Tetapi tidak pelikkah dengan penyertaannya yang tiba-tiba?

"Ya, aku pun. Melaine ada kawan dah, tak adalah melekat dengan aku saja." Kata Taikuri dengan sengihan. Segera dia mendapat satu cubitan pada lengan oleh Melaine.

"Hahahah yalah Taikuri. Kau tu pun, dapat Melaine palaunya aku." Raeya berkata jujur. Sebelum Taikuri membuka mulut, dia bersuara lagi. "Ny, kenapa kau nak pergi Gunung Fire Nest?"

Beg yang tersangkut di bahu di dalam jubah dipegang erat. Wajah serius di sebalik hud ditayangkan oleh Ny. "Saya ada benda nak cari dekat situ sebelum bertemu dengan Helena. Ada sesuatu yang ditinggalkan olehnya untuk saya ambil bagi pihak dia." Jawabnya, tegas.

"Tapi... Kawasan pergunungan itu tiada apa pun. Bukankah banyak haiwan dan makhluk yang pelik-pelik di situ?" Taikuri pula menyoal hairan.

"Alah, dia nak cari barang kan? Ikut sajalah." Potong Melaine sambil bercekak pinggang. "Lagi pun, dia sahaja yang tahu rupa si Helena tu macam mana. Sudahlah, sampai bila mahu tercegat di sini? Jomlah gerak!" Ujarnya lalu menarik tangan Ny dan berjalan pergi.

Raeya dan Taikuri saling berpandangan lalu mengeluh perlahan. Perempuan bukan? Mereka suka benar ikut kepala sendiri.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now