|| 33 ||

29 4 0
                                    

Pada akhirnya, Arabella kembali bersemangat untuk berlawan setelah sembuh. Namun Walter menjadi mangsa, dia terduduk lemah kerana terlalu banyak menggunakan terasnya bagi menyalurkan tenaga. Arabella sempat menyambut remaja itu dan menyandarkan dia pada sebuah batu besar bagi berehat.

Raeya datang mendekat dan menghulurkan sebotol ramuan. Dia menyuruh Walter untuk minum agar tenaganya pulih seperti asal. Energy Potion, ramuan itu dipanggil Raeya.

"Okey dah?" Tanya Raeya selepas memerhatikan setiap teguk yang Walter ambil.

"Dah. Terima kasih." Tutur Walter dengan senyuman. Sayapnya digerak-gerakkan bagi merasa beratnya. Baiklah, dia sudah boleh kembali ke medan peperangan.

Semakin lama, semakin sedikit pihak The Hunters yang mampu berlawan. Arabella juga telah berjaya membebaskan semua tebusan daripada jerut tali pihak musuh setelah melawan beberapa kumpulan yang perasan kehadiran mereka di bawah. The Protectors berpuas hati dengan pencapaian itu.

Hans mengambil peluang ini untuk melampiaskan terasnya agar peperangan tersebut habis dengan sekali harung. Dia sudah mula membaca mantera, mengangkat tangannya ke udara dan cahaya teras mula terbit pada pedangnya.

Secara tiba-tiba, ngauman naga yang bersahut-sahutan kedengaran di seluruh Aves Dale. Cahaya teras Hans menghilang kerana terkejut dengan fenomena itu. Semua orang kini mendongak ke langit bagi melihat apa yang berlaku.

Sekumpulan naga terbang secara berselerak di langit, semuanya sedang memandang The Protectors dengan pandangan mengancam dan penuh amaran. Gelagat mereka sepertinya... sedang berpihak pada The Hunters.

Kenapa?!

"Hahahaha! HAHAHAHAH!" Godfrey tertawa terbahak-bahak. Dia mendepakan tangan bagi memaparkan adegan itu. Semua naga kini berada di belakang seluruh ahli organisasi The Hunters, menandakan bahawa naga-naga tersebut berpihak kepada mereka.

"What?!" Melaine terkejut. Dia langsung tidak menjangkakan itu waima merasa sebarang perubahan dalam komunikasinya dengan naga-naga di situ. Mereka tidak ada tindak-tanduk yang menandakan bahawa mereka akan berpaling tadah.

Gadis itu melihat sekeliling bagi memastikan apa yang dia lihat itu benar. Ia juga bagi menunjukkan bahawa dia tidak menjangkakan situasi itu dan tidak bersalah! Benar, dialah satu-satunya insan yang boleh berkomunikasi dengan naga. Tetapi bukan dia yang membuatkan mereka menjadi begitu!

"Relax, Melaine." Suara Hans meredakan keadaan. "Bukan salah awak. Mereka ada buat sesuatu." Katanya serius.

Nicholas dan Zane saling berpandangan sebelum salah seorang daripada mereka menarik nafas bising. Zane sudah menekup mulut seperti sedar akan sesuatu.

"Batu tu..." Sebut lelaki itu sendiri.

"Batu apa pula ni?" Tanya Raeya, menggaru kepala.

Nicholas mengusap dagu. "Entah-entah mereka sudah dapatkan batu itu. Tetapi bagaimana?!" Bisiknya marah.

"Batu apa?!" Raeya menaikkan oktaf suaranya.

Arabella menekup mulut anaknya yang kecoh itu. "Batu permata Citrine. Batu itu disimpan di Aves Dale kerana ia mampu mengawal naga-naga yang wujud di Noctu Aviary. Papa kamu gunakan batu itulah untuk bawa mereka ke habitat sini bagi menjaga keselamatan mereka." Jelasnya senada dan serius.

"Pasti ada seseorang yang dapat mengesan batu tersebut. Tidak ada daripada kita pun yang tahu di mana keberadaannya." Sahut Walter yang kini berdiri di sebelah Raeya yang masih berada dalam pegangan emaknya.

Melaine bergerak ke hadapan daripada keramaian itu untuk berada di sisi Hans. Setiap naga yang ada dipandangnya seekor demi seekor. Pandangannya sayu kerana tiada satu naga pun yang membalas pandangan matanya.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now