|| 4 ||

226 35 15
                                    

Bunyi pintu rumah diketuk pada waktu tengahari ini mengejutkan penghuni rumah yang sedang enak berehat. Seorang wanita bangkit dari duduknya sebelum menuju ke pintu bagi menyambut kedatangan tetamu yang tiba-tiba itu.

"Welcome?" Wanita itu menjengukkan kepalanya ke luar apabila tiada sesiapa yang berada di luar pintunya. Hairan sungguh.

Setelah itu, dua pelepah yang berlainan warna gugur di hadapan matanya. Serta-merta kepalanya didongakkan ke atas.

Kelihatan seorang remaja sedang tersenyum senget dengan tangan yang menahan dirinya dari jatuh ke bawah. Sayapnya pula kelihatan tersepit di atas kerana tiada ruang untuk dikibarkan.

"Raeya..."

"Ya, makcik?"

"Kau turun sekarang!" Marah wanita itu lalu menarik beg Raeya yang tergantung ke bawah. Tanpa dipinta, Raeya terjatuh menyembah lantai namun sempat melenyapkan sayapnya sebelum dihimpap badannya.

"Apa makcik ni, sakit tahu tak?" Marah Raeya yang baru sahaja duduk lalu mengusap kepalanya.

"Apa ni Aleida, anak buah kita tu." Tegur seorang pemuda kemudian membantu Raeya untuk bangun. Kepala anak buahnya itu diusap lembut sebelum tubuh remaja itu dipeluk perlahan. "Lama tak jumpa, Raeya."

Raeya hanya tersengih sambil membalas pelukan pakciknya itu. "Lama tak jumpa juga, pakcik. Apa khabar?"

Tuan Asher melepaskan pelukan. Dia kembali berdiri di sebelah Puan Aleida sebelum memeluk pinggang isterinya itu. "Baik-baik sahaja di sini. Ayuh, kita masuk ke dalam." Ajaknya.

Dengan gembiranya, Raeya melangkah masuk. Keadaan tempat tinggalnya itu dilihat dengan penuh kagum kerana sudah lama dia tidak pulang demi melanjutkan pelajaran. Tiada banyak perubahan pun di situ.

"Okey, kenapa datang sini tiba-tiba?" Soal Tuan Asher sebaik sahaja mereka semua berjaya mengambil tempat duduk di ruang tamu.

Wajah Raeya yang tadinya tersenyum kini bertukar serius. Dia segera menyeluk begnya lalu mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi beberapa soalan.

"Saya nak tanya tentang keluarga saya. Berkenaan pekerjaan papa yang dahulunya merupakan seorang Pyromancer dan mama yang tidak saya tahu asal-usulnya. " Tutur Raeya seraya menekan pennya. Matanya tidak lepas daripada memandang kedua-dua penjaganya itu.

Tuan Asher dan Puan Aleida saling berpandangan. Jelas terpampang riak risau pada wajah masing-masing.

"Sebenarnya, mama kamu-"

Kring!

Deringan daripada alat komunikasi mengganggu perbincangan mereka pada hari itu. Tanpa membuang masa, Raeya segera mengangkat panggilan video daripada sahabatnya. Wajah Raeya berubah tatkala terlihat suasana universiti yang sedikit riuh daripada panggilan video tersebut.

"Taikuri, kenapa tak hantar surat? Alat komunikasi hanya digunakan pada waktu penting sahaja." Tutur Raeya bagaikan ingin marah. Taikuri ditenungnya garang.

Taikuri yang pada mulanya sedang membelakangi Raeya segera berpaling dan menggertak. "Tak nampak ke keadaan universiti kita macam mana? Kot ya pun nak hantar surat, aku bukannya tahu kau dekat mana!"

"Okey, okey. Apa jadi sebenarnya?" Tanya Raeya lembut bagi menenangkan Taikuri yang sedikit kalut.

"Nampak tak ni?" Soal Taikuri sambil menunjukkan beberapa helai bulu pelepah bewarna emas yang berada di atas dataran universiti. "Semua ni sebiji yang macam kita jumpa dekat Flightwest."

Mata Raeya membulat melihat setiap pelepah itu. "Woah, maksudnya memang adalah orang yang bersayap emas?! Lagipun, aku memang dekat hujung Kota Flightwest sekarang ni. Dekat rumah makcik dan pakcik aku." Balasnya, teruja.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now