|| 3 ||

226 34 15
                                    

Keesokan harinya...

Matahari yang indah memancar ke bumi Noctu Aviary. Pagi itu dibingitkan dengan jeritan Raeya yang berperang dengan dapur yang hampir terbakar akibat kecuaiannya.

"Pancake aku terbakar! Tolong!" Jerit Raeya yang tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Kerjanya hanyalah berlari ke sana ke sini.

Zash!

Sebaldi air sempat disimbah oleh seseorang yang hadir dari belakang. Raeya segera berhenti berlari lalu menuju ke arah masakannya itu. Kelihatan sekeping pancake sudah hangus dimamah api.

"Tak nak cakap terima kasih?"

"Terima kasih, Urshia." Ujar Raeya, mengelap air matanya yang hampir jatuh akibat kesedihan yang teramat. Apalah nak jadi, pagi-pagi sudah tiada sarapan.

Urshia menggeleng perlahan, melihat Raeya yang masih meratap pemergian pancake-nya itu. "Sudahlah. Sebab tu aku cakap, jangan masak dalam rumah kalau tak pandai. Pergi ajak budak rumah sebelah kau tu pergi makan sama-sama." Tuturnya kemudian kembali semula ke biliknya.

Anggukan kecil Raeya berikan pada rakan serumahnya itu. Tidak lama kemudian, dia mula berfikir panjang.

"Siapa budak rumah sebelah?" Bisiknya sendiri.

Tok! Tok!

Pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Lantas Raeya berlari-lari anak ke arah pintu lalu membukanya pantas.

"Oh, budak sebelah tu Taikuri-lah hahaha!" Kata Raeya pada diri sendiri.

"Kau dah kenapa ni, gelak-gelak? Jom pergi makan." Ajak Taikuri sebelum bau kurang enak menyapa hidungnya. "Bau hangus? Kau masak apa lagi ni, Rae?" Soalnya pula.

"Masak pancake." Balas Urshia tiba-tiba sebelum menyelit keluar, melalui Raeya yang menghalang pintu. Kasutnya disarung laju. "Haish, apalah nak jadi dengan housemate aku yang seorang ni." Bisiknya sendiri kemudian berlalu pergi.

Taikuri hanya mengikuti langkah Urshia dengan ekor matanya. Selepas itu, Urshia dikejutkan dengan sergahan Zalchria yang sengaja keluar dari biliknya secara tiba-tiba. Akhirnya, Urshia membebel marah manakala Zalchria pula sekadar tersengih.

"Tak sangka kan, kita satu universiti dengan dia orang. Dulu satu kelas time sekolah menengah rendah." Tutur Taikuri, mengimbau kenangan lama.

"Ha yalah. Kalau kau tak datang lambat masa hari pendaftaran, tak adalah kita dapat rumah asing. Nasib baik aku dapat satu rumah dengan orang yang aku kenal." Bebel Raeya sebelum melangkah ke dalam semula bagi mengemas sepah yang telah dilakukannya.

Sambil menunggu, Taikuri melangkah masuk dan berehat di atas sofa ruang tamu. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling yang serba sederhana.

"Hmm, okey, semua dah siap! Jom pergi makan!" Raeya pula yang mengajak Taikuri kali ini. Taikuri mengangguk lalu bangkit dari duduk.

Pintu dikunci rapat.


☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


"Rae, kau ada rasa perubahan ke dekat sayap kau?" Soal Taikuri tiba-tiba.

Raeya yang baru sahaja ingin menyuap omelette ke dalam mulut terus memandang Taikuri dengan kening yang dijongketkan sebelah. "Huh? Kenapa?"

"Tak adalah, hari tu kau hampir jatuh sebab sayap kau tak muncul. Jarang aku tengok benda macam tu terjadi kecuali pada budak-budak. Tapi kita ni kan, dah besar." Balas Taikuri, jujur dari hati.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now