|| 12 ||

105 23 0
                                    

Kedai makan yang dikunjungi mereka sewaktu pertama kali mereka menjejakkan kaki ke Kota Aveast menjadi tempat mereka menghabiskan masa atas permintaan Melaine. Lagipun, dapatlah mereka mencari insan yang ingin mereka temui.

"Tapi kan, apa yang kita nak bagitahu perempuan tu bila kita jumpa nanti? Cakap yang Datuk Nicholas suruh jumpa dia? Karang dia tanya kenapa, habis kita kelu tak tahu nak jawab." Bebel Raeya sambil bermain dengan minumannya.

Taikuri menghela nafas malas lalu menongkat dagunya. "Kalau dia tak tahu, tanyalah tentang sayap kau. Mesti itu tujuan utama datuk hantar kita ke sini." Balasnya bersahaja.

"Hmm, mungkin juga kan?" Melaine pula bersuara agar tidak ketinggalan dalam kumpulan itu.

Sewaktu masing-masing memaparkan kesedihan, seorang pelayan perempuan hadir membawa makanan yang dipesan. Wajah remaja-remaja yang kosong itu dipandangnya hairan.

"Kalian cari apa sehingga rupanya muram begini? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soal pelayan perempuan itu sambil meletakkan makanan yang dipesan ke atas meja. Senyuman manis ditunjukkannya bagi menyenangkan hati ketiga-tiga orang remaja itu.

Melaine menongkat dagu lalu menoleh ke arah pelayan perempuan itu. "Kak Catrain, tahu tak gadis bernama Helena? Dia orang berdua tengah cari ni." Soalnya bagi pihak kumpulan mereka.

Pelayan perempuan yang bernama Catrain itu memeluk dulangnya yang berbentuk bulat kemudian mengusap dagunya tanda berfikir. "Saya dengar dia sudah bergerak ke Feasouther." Balasnya.

"Hah?" Serentak Taikuri dan Raeya bersuara sebelum kedua-duanya menyembamkan wajah mereka ke atas meja. Sungguh, hampir lima hari tinggal di sini semata-mata untuk mendapat informasi yang orang dicari mereka sudah bergerak ke kota lain?

Catrain tertawa kecil lalu berkata. "Mengapa tidak tanya saya awal-awal? Kalau begitu, sudah lama saya bantu kalian. Melaine pun, dah lama kan dekat sini, gadis itu pun tidak kenalkah?" Tegurnya kemudian beralih semula ke kaunter.

"Tapi saya menjelajah dunia dengan nyanyian saya..." Ujar Melaine pada diri sendiri dengan lirikan mata yang mengikut setiap langkah Catrain. Kepalanya direhatkan di atas telapak tangan manakala bibirnya pula dimuncungkan.

Kini, ketiga-tiga sahabat itu berada dalam keadaan muram.

"Sudah, jom kita gerak ke Kota Feasouther. Barang cukup, kan? Melaine nak ikut?" Taikuri tiba-tiba berkata dengan bersemangat sekali.

Raeya mengerutkan dahinya, memandang Taikuri. "Aku yang nak cari informasi ke kau?" Soalnya apabila melihat kesungguhan sahabatnya yang seorang itu.

"Cepat habis pencarian kita, cepat informasi kita dapat. Dan, dapat kita pulang ke Kota Flightwest dengan selamat! Tak ingat ke yang pihak universiti kita ada buat pencarian tentang pelepah emas tu?" Tegur Taikuri dengan cebikan.

Dia sudah mahu berdiri namun terlihat Melaine sudah hilang dari tempat duduknya. Pandangan matanya kini jatuh pada seorang gadis berambut hijau gelap dihiasi bunga putih sedang duduk di pentas kecil kedai dengan sebuah alatan muzik di tangan.

Lyre yang dipegang dimainkannya dengan asyik sekali. Alunan merdu memeriahi suasana 'tavern' yang dikunjungi penduduk Kota Aveast itu.

Langit biru nan cerah, menghiasi alam.
Disinari cahaya indah mempersona.
Andainya aku, tidak terbang tinggi,
Apakah peluangku bakal hilang begini?

Sayap dikibar demi kebebasan,
Jika sayapku hilang apa erti kehidupan?
Kesedihan mampir,
Kemurungan hadir,
Kerna hidup aku hanya satu impian,
Iaitu... kesamarataan.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now