|| 7 ||

158 29 9
                                    

"Kenapa awak ada dekat Kota Northwing?" Tanya Taikuri pada Melaine.

Ketika ini, mereka bertiga sedang berjalan kaki merentasi laluan lapang bagi menuju ke Kota Aveast. Laluan mereka yang sedikit menurun itu dilalui dengan penuh berhati-hati. Gunung-ganang yang hanya mampu dilihat dari jauh mengiringi perjalanan ketiga-tiga remaja itu.

"Ah, sebenarnya... Saya ada sebab tersendiri." Jawab Melaine dengan senyuman nipis. Anak matanya yang terarah ke tempat lain menunjukkan bahawa dia sedang menyembunyikan sesuatu.

Taikuri hanya diam, cuba untuk memahami gelagat Melaine.

Kedua-dua pasangan sejoli itu berjalan beriringan sambil berbual rancak. Dengar cerita, sudah hampir dua bulan mereka tidak bersua muka kerana sibuk dengan hal masing-masing.

Mereka yang sedang berjalan di depan sedang berbahagia, Raeya yang berada di belakang pula bermasam muka. Apa dia ini tidak penting? Sepanjang perjalanannya tadi hanya mereka berdua itu sahaja yang mesra bercerita.

Langkah yang tadinya laju diperlahankan. Biarlah mereka ingin berbual, asalkan dia dapat menikmati keindahan kawasan lapang ini.

Sedang Raeya bersiul kecil, secara tiba-tiba muncul akar-akar pokok di sekelilingnya dan membentuk satu perangkap. Dia mendongak ke atas, melihat ruang yang ada.

"Aku nak je terbang ke atas tapi sayap aku..." Bisiknya sendiri sambil cuba untuk mencari ikhtiar.

Derapan tapak kaki yang hadir dari kanan membuatkan dia berpaling pantas. Kelihatan seorang pemuda berpakaian sedikit compang-camping sedang memegang sebatang lembing.

"Haih... Nak apa?" Keluh Raeya pada pemuda itu dengan malas.

Pemuda itu tersenyum senget tatkala terlihat keadaan Raeya yang terkurung itu. "Bagi beg kau tu dekat aku. Kalau tidak, akan aku ketatkan kurungan kau tu." Ugutnya sambil menghunus lembing.

Raeya memandang pemuda itu seketika sebelum merenung kurungan yang diperbuat daripada akar dan dedaun pokok. Wajahnya jelas sedang memandang rendah terhadap pemuda yang cuba untuk menyerangnya itu.

"Serius? Aku boleh hancurkan sahaja kurungan kau ini." Ujar Raeya, bersahaja. Dia berpeluk tubuh.

Tawa yang kuat hadir dari pemuda itu. Dia tersengih lebar. "Teras kau, hanya akan menyuburkan kurungan aku. Dengan itu, aku akan bertambah kuat."

"Kau fikir aku siapa?! Weh, aku pyromancer-lah! Setakat akar pokok kau ni, aku boleh bakar je." Marah Raeya apabila nada pemuda itu bagaikan mengejek.

Terus sahaja wajah pemuda itu berubah. Riaknya seperti ketakutan melihat Raeya.

"Bukan kau... Hydromancer? Pengawal teras air?" Soalnya terketar-ketar.

Raeya menepuk dahinya kuat. "Asal pula? Aku ni nampak macam seorang hydro ke?"

"Tapi baju kau warna biru."

Zash!

Bilah pisau lipat yang disimpan di dalam poket Raeya goreskan pada akar pokok tersebut. Serta-merta semuanya terbakar lalu menghilang menjadi debu. Matanya segera dicerlung ke arah pemuda tersebut.

"Baju aku tidak melambangkan teras aku! Kau ni, aku bakar juga karang!" Raeya sudah mula berang. Sudahlah pemuda itu menyerangnya secara tiba-tiba, ini pula boleh menukar teras alchemy-nya?

Dua suara yang bertekak-tekak di belakang mula menarik perhatian Taikuri dan Melaine. Sebaik sahaja mereka menoleh ke belakang, keluhan perlahan masing-masing lepaskan.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now