|| 15 ||

109 15 0
                                    

"Kita buat apa dekat sini?" Tanya Urshia, kebosanan. Minumannya sudah hampir habis menunggu Zalchria yang sedari tadi sering merujuk buku di tangannya. Apa yang mereka buat di tavern ini pun, dia tidak tahu.

Buku di tangan tidak dilepaskan daripada terus melihat namun, Zalchria ligat mengunyah makanannya. "Kita rehat kejap, ada benda yang saya nak cari." Tegurnya, sedikit geram.

"Bruh, this is insane." Gumam Urshia. Dirinya bagaikan ditarik ke mana-mana tanpa sebab. Kalau tak ikut, sesat. Kalau ikut, bosan. Aduhailah nasib.

Secara tiba-tiba tanpa dipinta, sepinggan kuih yang lazat tiba di atas meja mereka. Kelihatan seorang pelayan perempuan sedang tersenyum manis ke arah mereka.

"Err... Kami tidak ada pesan-"

"Oh, jangan risau. It's on the house." Tutur wanita itu kemudian mengambil tempat di hadapan mereka. Memandangkan pelanggan kedai tersebut sudah berkurang, dapatlah dia mengambil masa berinteraksi dengan mereka yang tinggal.

"Encik Zalchria." Panggil wanita itu sambil menongkat dagu. "Kenapa datang sini?" Soalnya, dengan senyuman senget.

Urshia membulatkan matanya tanda terkejut. Pandangannya terarah pada Zalchria dan wanita itu bersilih ganti. Siapakah?

"Zalchria! Siapa ni?" Soal Urshia, bagaikan tidak percaya. Zalchria yang langsung tidak memandang wanita itu apatah lagi memaparkan riak wajah menambahkan lagi kejutannya.

Buku ditutup dan diletakkan kasar ke atas meja. "Cik Catrain, bukankah sudah saya kata, jangan tegur saya jika terlihat saya? Cik seorang Protector, pasti tahu apa tugas saya, bukan?" Tuturnya sedikit keras.

Entah mengapa, rasa gerun bertandang pada hati Urshia. Jarang dia dapat melihat perwatakan Zalchria yang sebegini, biasanya jejaka itu tenang dan senyum sahaja. Namun, di hadapannya kini seperti orang lain. Siapakah wanita itu yang menyebabkan Zalchria berubah personaliti?

"Kenapa? Encik Zalchria mencari Raeya-kah? Bersama jejaka bernama Taikuri?" Ujar Catrain bersama senyuman. Sinis sungguh wajahnya, bagaikan ingin memprovok Zalchria yang bagaikan cacing kepanasan.

Dia tahu, Urshia berada di situ. Ahli Protector mana yang tidak mahu rahsianya dibongkarkan?

Bertambah bulat mata Urshia memandang mereka berdua. Tahu pula wanita itu dengan dua sahabat mereka? Stalker? Penyiasat?

"Sudah tahu Urshia di sini, mengapa buka mulut? Cik mahu jatuhkan reputasi saya?" Tanya Zalchria, geram. Tangannya digenggam kuat agar memberikannya kekuatan.

Namanya disebut, maka Urshia mendiamkan diri. Sekiranya dia buka mulut, bakal menambahkan lagi bara dua orang di hadapannya kini. Biarlah semuanya selesai, baru dia akan mengambil peluang untuk bertanya.

Apa mamat sayap putih ini menakutkan sangat?!

"Jika Taikuri boleh menemani Raeya dalam menyelesaikan pencarian mereka, pasti Urshia turut boleh menyertai pembongkaran encik. Encik merupakan ketua untuk unit keselamatan dan penyiasatan manakala saya pula berkerja di bawah unit maklumat dan penyamaran. apa salahnya kita bertukar maklumat?" Catrain menjawab dalam nada yang agak menjengkelkan bagi Zalchria.

Mereka bertentang mata seperti mahu menusuk kepala masing-masing dengan renungan mereka itu. Mahu tidak mahu, Urshia melangkah juga garisan yang diciptakan untuknya agar tidak masuk campur.

"Boleh tak cepat sikit? Aku ni penat tahu tak duduk lama-lama. Kau dah heret aku sini, baik kau selesaikan semua benda cepat. Makan kuih tu seorang, aku nak keluar." Tegas Urshia kemudian bangkit dari duduknya.

Biarlah Zalchria mahu berkata apa ataupun memarahinya, sekurang-kurangnya dia sudah meleraikan aktiviti renungan mereka itu.

"Kau." Panggil Urshia sebelum meninggalkan mereka. Matanya terarah tajam pada Zalchria." Kau hutang penjelasan dengan aku." Ujarnya keras lalu melangkah keluar.

Keadaan kedai makan itu semakin sunyi, menandakan waktu untuk tutup bakal tiba. Zalchria merenung Catrain, tajam sekali.

"Macam mana cik kenal Taikuri? Sudah cik temui Raeya?" Soal Zalchria, menongkat dagu. Senyumannya direka namun hatinya benar-benar membara.

"Raeya hadir ke sini bersama dua orang sahabatnya. Kini, seorang lagi sudah menyertai pengembaraan mereka. Jangan risau, Raeya tidak seorang." Tutur Catrain bagi melegakan hati Zalchria. Sungguh, dia sekarang ini sedang bermain kata dengan Zalchria.

Zalchria mengeluh kecil lalu meraup wajahnya. "Cerita dekat saya cik, ke mana mereka pergi dan siapakah yang bersama Raeya sekarang ini?" Soalnya, serius.

Senyuman kecil terbit di bibir Catrain semula. Nampaknya, dia berjaya memancing minat jejaka di hadapannya kini.

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

"Kumpulan apa yang asyik kejar kita je ni? Fokus mereka mesti pada Raeya dan Ny. Mengapa? Apa yang kalian berdua ada yang mereka tahu?" Tanya Taikuri kuat. Biarlah dia membebel seorang diri pun, janji dia punyai jawapan.

Ny dan Raeya mengeluh serentak. Mereka kemudiannya menoleh ke arah satu sama lain sebelum mengalihkan pandangan masing-masing semula. Bisikan hati mereka menyatakan biarlah mereka sahaja yang memegang rahsia sendiri.

"Saya tidak tahu apa yang mereka kejarkan." Tutur Ny sambil mengawal riak muka agar tidak kelihatan ketakutan. "Tapi apa yang saya tahu ialah mereka daripada satu kumpulan besar bernama The Hunter." Sambungnya lagi.

"The Hunter... Pemburu. Mereka buru apa?" Melaine menyoal sambil mengusap dagunya tanda berfikir.

Ny mengetap bibir. Suaranya bagaikan tidak mampu untuk dikeluarkan. Buat masa ini, biarlah dia sahaja yang tahu tujuan utama 'The Hunter' itu mengejar mereka.

"Mungkin... Mereka tahu siapa aku. Sepertimana pemilik kedai di Kota Aveast yang bertanya akan nama aku itu. Berkemungkinan besar.... Ayah aku penyebab aku jadi macam ni." Tutur Raeya setelah berdiam diri. Tidak akanlah watak 'musuh' ini seperti tahu-tahu sahaja tentang sayap miliknya?

Semuanya pasti berpunca.

Air liur ditelan kesat, bibir ini terasa ketat. Ny menoleh ke arah Raeya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir. Jejaka ini... Pandai juga ya?

"First time kau berfikir, Raeya." Seloroh Taikuri yang mana mengundang ketukan di kepalanya.

"Kalau aku tak berfikir selama ni, tak ada kita nak ke Feasouther dah tau. Kau tahu tak siapa yang tengokkan peta? Aku bakar kau nanti kang." Balas Raeya, geram. Dia seperti biasa, suka benar menggunakan perkataan 'bakar' bagi menakutkan pihak lawannya.

Maka, berbalahlah kedua sahabat itu di situ. Siapa yang mulakan dulu... Tahulah siapa.

Melaine menepuk dahinya. Jelas kelihatan perubahan riak wajahnya yang menunjukkan bahawa ini bukan perkara yang pertama kali terjadi. Sudah beberapa perjalanan dia bersama dua insan ini, tahu sungguh sudah perangai mereka.

Kalau seorang tak cari pasal, tak sah.

"Mereka ini... Memang begini ya?" Tanya Ny dengan riak pasrah kepada Melaine. Anggukan laju Melaine berikan sebagai jawapan.

Akhirnya, Ny mengeluh kuat. Tidak dia sangka mengikuti mereka ini akan membuatkan dia sakit kepala sebegini. Jika dia mempelajari ilmu kimia, berkemungkinan besar akan ada cara untuk dia membuatkan mereka diam.

Tidak mengapalah. Bertabahlah duhai hati demi pengembaraan mereka ini.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now