|| 31 ||

32 4 0
                                    

"Angkatlah... Angkatlah..." Arabella menggumam berkali-kali sambil merenung tajam alat komunikasi di tangannya itu. Menghantar surat tidak sempat, jadi terpaksalah dia menggunakan alat tersebut meski bakal menghadapi risiko untuk dijejaki pihak luar.

Skrin hologram muncul secara tiba-tiba, tiga wajah muncul pada layar dan memandang serius ke arah Arabella. Melihatkan wajah-wajah yang dikenali itu, Arabella menghela nafas lega dan hampir menakung air mata.

Asher. Aleida. Dan insan yang paling tidak dia sangka ialah Zane, seorang tukang besi yang bertugas di Kota Aveast.

"Kenapa ni?"

"Kami perlukan The Protectors-- semua-- untuk berada di Aves Dale!" Termengah-mengah Arabella berkata kerana dia sedang menahan tangis. "Mereka sudah berjaya menangkap Nik dan traced Raeya menggunakan pelepah emas dia. Come here now, please." Pintanya.

Asher dan Zane saling berpandangan sebelum mengangguk keras. 

"Press the help beacon, semua The Protectors yang boleh ke sana akan datang secepat mungkin. Kami akan cuba untuk ke sana lekas." Ujar Aleida.

"Arabella out." Ucap Arabella sebelum menutup talian. Serta-merta dia mencari buku rahsia yang berada di rak dalam rumahnya. Apabila telah menjumpainya, buku tersebut dibuka dan memaparkan sebuah butang di dalam. Butang ditekan, isyarat pertolongan memberi notifikasi kepada semua ahli The Protectors

Wanita itu cuba menenangkan dirinya sehabis boleh. Pelbagai kemungkinan sedang bermain di mindanya, berbagai-bagai pengakhiran muncul di layar mata.

Tidak, dia tidak boleh berfikir bukan-bukan. Dia harus berada dengan anaknya sekarang ini.

Tanpa membuang masa, dia lekas keluar dari rumah dan terbang ke udara bagi mencari kelibat anaknya. Melihatkan sekumpulan remaja yang sedang berdepan dengan sekumpulan pihak musuh tidak jauh darinya, membuatkan jantungnya seperti ingin tercabut.

Menggunakan magis, Arabella cuba melihat apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dibualkan oleh kedua-dua pihak. Apabila pandangan matanya jatuh pada Nicholas yang turut berada di situ, dia sedar bahawa dia harus bertindak dengan pantas.

Kembali ke rumahnya semula, Arabella mengambil senjata kegemarannya iaitu sebilah Hsu Quando. Setelah itu, dia bergerak ke bahagian lain pula dan memasang sebuah perisai pada tubuhnya. Serta-merta ia bergerak seperti memiliki minda sendiri, melindungi sayap wanita itu di sebalik besi-besi.

Inilah perisai tersohor The Protectors. Ciptaan suaminya yang masih belum sempat untuk dikenalkan pada dunia.


☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


"Raeya ni, buat benda tak fikir dululah!" Marah Taikuri yang mengelak tembakan salah seorang The Hunters di situ. Sedaya upaya dia cuba mencipta pelindung pada setiap seorang rakannya. Namun apakan daya, matanya hanya ada dua dan dia juga perlu melindungi diri sendiri.

"Well, apa yang kau expect." Balas Urshia bersahaja, menyerang pihak musuh yang sedari tadi sibuk cuba untuk menaikkan amarahnya dengan menyebut-nyebut nama keluarganya. 

Aduh, dia tak kisahlah! Bukannya tercalar pun maruah dia. Malukan diri sendiri saja salah seorang ahli The Hunters ini.

Taikuri mengerling ke arah Urshia sekilas. Nampaknya, sihirnya berjaya menenangkan Urshia daripada terus diserang panik. Dia juga dapat menyaksikan lelaki itu menggunakan teras di hadapannya.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now