|| 20 ||

88 12 0
                                    

Wajah Zalchria terlihat marah, yang mana benar-benar tidak sesuai terhias di wajah bersihnya. Melaine sudah kecut perut apabila dikerling sebegitu. Kedua tangannya memegang erat tangan dua orang yang berada di sampingnya itu.

Urshia mengerutkan dahinya tatkala terlihat perubahan pada wajah sahabatnya itu. Marah benar dia? Adakah mereka bertiga telah menyebabkan nyawa Raeya dan Taikuri dalam bahaya?

"Cik Melaine!" Suara Zalchria bergema di kawasan itu. Keningnya bertaut tanda yang dia sedang serius. "Cik Helena." Panggilnya pula kemudian berpaling ke arah dua orang gadis yang dipegang oleh Melaine. 

Tangan dihalakan ke udara, Zalchria mara ke arah Melaine dan Helena. Taikuri sudah mula mahu bertindak kerana sahabatnya itu menghampiri teman wanitanya tetapi ditahan oleh Raeya. Dia mahu lihat apa yang akan berlaku terlebih dahulu.

Zalchria menurunkan tangannya dan menghalakannya pada Helena. Cahaya yang terang diselangi kabus muncul dari telapak tangannya dan seraya itu, Helena terus sahaja hilang dari pandangan. Pegangan tangan kanan Melaine pada gadis itu kini kosong.

Semua yang berada di situ menarik nafas bising akibat terkejut.

"Zalchria!" Suara Urshia mula meninggi, menapak selangkah ke hadapan. Dia benar-benar tidak menyangka akan perbuatan Zalchria itu. Adakah dia baru sahaja menggunakan kuasanya?

Raeya dan Taikuri turut bergerak sama. Masing-masing sudah mengeluarkan senjata masing-masing.

"Sabar!" Suara Ny memetir. Tangannya ditarik dari pegangan Melaine dan dia segera berdiri di hadapan Zalchria dengan tangan yang didepakan. Matanya memandang Raeya, Taikuri dan Urshia seorang demi seorang. "Bukan salah dia, ini salah saya."

"Lah, salah kau? Dah terang-terang dia yang buat Helena hilang tadi! Penat kita saja cari dia. Zalchria, kau-" Serta-merta tangan Ny menutup mulut Raeya daripada terus berbicara. Wajahnya tampak serius.

Gadis itu mengeluh kecil. Tanpa dipinta, hudnya dibuka lalu rambutnya diramas seketika. "Sayalah Helena, dipanggil sebagai Ny di sekitar Kota Aveast." Jelasnya.

"Hah?" Raeya ternganga. "Habis tu, Helena tadi itu...?" Dia membiarkan kata-katanya tergantung. Bingung, itu apa yang dirasakan olehnya ketika ini.

"Helena tadi itu, Helena juga tetapi Helena ilusi yang diciptakan oleh saya. Apa awak fikir Dragon Charmer ini berkomunikasi dengan naga sahaja? Kami mempunyai kelebihan untuk mencipta ilusi." Balas Melaine, bangga. Tangannya mencekak pinggang, kepalanya didongakkan sedikit ke atas.

Taikuri berpeluk tubuh, memandang Melaine dengan wajah berang. "Oh, jadi awak tak pernah terfikir nak beritahu saya? Saya ingatkan awak tak ada kelebihan yang boleh awak guna untuk bantu kita! Jadi selama ni, kabus asap apa semua tu, kerja awak juga?" Soalnya, geram.

Anggukan perlahan diberikan oleh Melaine. Akhirnya, dia tertunduk jua.

"So, kau dah kenal Hele- Ny sebelum ni? Pandainya berlakon." Raeya berkata dalam pujian diselangi nada sarkastik. Bukan apa, nyawanya menjadi taruhan untuk semua ini dan segala rahsia yang ingin dicari adalah berkenaan dirinya. Jika ada insan yang ingin bermain dengan ekspedisi mereka, dia benar-benar marah.

"Ya, memang saya kenal sebab saya bekerja di bawah organisasi yang sama dengan dia. Tujuan saya pura-pura tak kenal sebab Ny tidak mahu orang kenal dia sebagai Helena. Tapi saya wujudkan ilusi Helena dekat gunung FireNest haritu sebab semua ni perlu berakhir. Kan tak pasal-pasal kena tangkap dengan Tuan Zalchria sendiri." Jelas Melaine, panjang lebar. Dia menjeling Ny yang berada tidak jauh darinya.

Keluhan kecil Ny lepaskan seraya meraup wajahnya. "Yalah, semua ini salah saya kan? Bukan apa, saya ini pemegang informasi terbesar di Noctu Aviary. Banyak perkara yang saya tahu jadi pastilah orang mencari saya sentiasa. Raeya sendiri pun cari saya jadi saya kena sentiasa berhati-hati." Balasnya dalam nada keras.

"Well, itu betul. Pakcik Asher yang minta aku cari kau orang." Balas Raeya bersahaja sambil bermain dengan pisau lipat di tangannya sebelum terhenti sejenak. "Eh kejap, organisasi apa yang kau orang cakapkan ni?" Soalnya pula. 

"Itu tak penting." Tegas Zalchria memotong. "Apa yang penting sekarang ni ialah bawa kalian ke Kota Feasouther dengan selamat. Dah, jom pergi." Sambungnya lagi lalu berjalan pergi.

Melaine mengeluh kecil dan bertindak untuk menarik tangan Taikuri. Teman lelakinya itu dipaksa untuk mengikutinya jua.

Mahu tidak mahu, akhirnya mereka yang lain turut bergerak agar tidak ketinggalan. Zalchria berjalan di hadapan sekali, Melaine di samping Taikuri berpimpin tangan, Ny mengekori dari belakang manakala Raeya dan Urshia berjalan di belakang sekali.

"Macam mana kau berdua boleh sampai sini?" Tanya Raeya dalam keadaan berbisik pada Urshia. Matanya setiap kali menjeling ke barisan hadapan.

"Datuk Nik, kami jumpa dia di bengkel." Balas Urshia dalam nada berbisik juga. 

Terangguk-angguk Raeya di situ tanda faham. Mahupun begitu, riak wajahnya masih menunjukkan ketidakpuasan dan kebingungan. Ya, dia masih keliru terhadap apa yang berlaku namun tidak berani untuk bersuara.

"Tak apalah Rae, kau tak perlu risau sangat. Aku ni depan mata sendiri nampak Zalchria perangai macam tu. Kejap macam bidadari- eh, bidadara, kejap macam pengambil nyawa. Aku sendiri tak faham dan aku tak nak ambil tahu sangat. Tapi nanti kau fahamlah, mesti dia bagitahu kau punya." Tutur Urshia bagi menenangkan Raeya. Bahu rakannya itu ditepuk-tepuk perlahan.

Sekali lagi Raeya menganggukkan kepalanya. Tatkala terlihat Taikuri yang sedang menoleh memandangnya, dia menghadiahkan anggukan mesra sebagai penenang hati sahabatnya yang seorang itu.

"Yalah Urshia, elok pula kau kawan dengan Zalchria tu ya?" Sibuk Raeya sambil menyenggol siku Urshia beberapa kali. "Lepas ni bolehlah swap rakan sebilik kan?"

"Ha, memang. Tanya pihak universiti sendiri. Aku malas." Balas Urshia menyampah dengan mata yang dijulingkan ke atas. 

Raeya mencebik. Pandangannya dihalakan ke hadapan semula bagi melihat kesemua insan yang menyertai pengembaraannya kini. Niatnya hanya mahu mencari asal-usul sebenar dan mengisi borang yang diberikan oleh pensyarahnya.

Kini pelbagai rintangan dan pihak musuh pula mahu turut serta?

Noctu Aviary ini, mahu mempermainkannya pulakah?

Oops, sabar Raeya sabar.

"Raeya, kau ni berfikir tak boleh diam sikit? Aku boleh nampak api-api dekat pisau lipat dekat tangan kau tu." Tegur Urshia yang sekarang ini sudah pun sudah menjauh sedikit.

"Oh, sorry." Lantas Raeya menyimpan pisau lipatnya itu ke dalam poket seluar.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now