|| 6 ||

198 26 2
                                    

Peta yang digulung dibuka pantas oleh Raeya bagi melihat arah perjalanan mereka. Sudah hampir separuh hari mereka berjalan merentasi kampung dan bandar, akhirnya mereka hampir tiba ke Kota Northwing.

Meskipun Nicholas mengarahkan mereka agar terus ke Kota Aveast, mereka berniat untuk memenuhkan keperluan teras mereka terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

"Penatlah!" Keluh Raeya di situ kuat-kuat. Peluh di dahi diseka.

"Semua ni sebab kau-lah! Kalau bukan sebab sayap kau tu, kita boleh je terbang sebab lagi cepat. Tapi kau-!" Taikuri menghentikan kata-katanya sebelum menarik nafas dalam kemudian melepaskannya perlahan.

Sungguh dia tidak mahu menyalahkan sahabatnya itu kerana bukan Raeya yang meminta untuk dia jadi sebegini. Lagipun, bukannya mereka tiada kenderaan seperti kereta kuda yang boleh dinaiki namun, wang yang ada mahu dijimat sepenuhnya.

"Ha, ya! Memang salah aku pun." Balas Raeya, geram. "Kalau kau setuju saja dengan cadangan aku untuk tumpang kereta kuda orang dan bayar guna pelepah emas, tak adalah jadi macam ni." Sambungnya lagi lalu mencebik.

Taikuri mengeluh kuat. Dia terlalu penat untuk terus berbalah. Jika bertekak dengan si Raeya ini, memang sukar untuk menang kerana ada saja jawapan yang bakal diberikannya.

Keras kepala, itulah Raeya.

"Tak apalah. Jom kita terbang. Aku boleh bawa kau sebab dah nak dekat tapi kalau aku terlepas jangan marah ya." Tutur Taikuri kemudian membetulkan kedudukan beg yang dibawanya. Sayapnya terus dikibarkan.

Raeya tersenyum senget. "Kalau terlepas pun, aku still boleh terbang. Aku ada terfikir juga nak teruskan dengan terbang tapi tinggi-tinggilah sikit. Cumanya, kalau ada orang nampak rupa sayap aku, kita tak akan tahu apa yang akan berlaku." Ujarnya sendiri sebelum meneruskan perjalanannya tanpa menunggu Taikuri.

"Habistu, kau nak aku bawa kau ke tak?" Soal Taikuri mengekori Raeya dengan kibasan sayapnya.

"Tak apalah. Selagi aku boleh jalan, aku jalan. Kau nak terbang sana dulu pergilah." Balas Raeya yang berjalan sambil merehatkan kedua belah tangannya di belakang kepala.

Petang itu, perjalanan diteruskan dengan seorang berjalan manakala seorang lagi pula terapung di sisi. Keriuhan Kota Northwing mula dapat dirasai dari jauh.

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

"Asher!!" Jeritan Nicholas bergema di bengkelnya. Manusia yang lalu-lalang di hadapan bengkelnya tersentak malah ada yang terjatuh di kaki lima akibat terlalu terkejut.

Kehadiran Tuan Asher ke bengkelnya dengan senyuman bersalah memang menaikkan amarahnya. Nicholas bukan apa, tadi hantar surat suruh bagi quest dan kini dia sendiri hadir ke sini.

"Relax Nik, saya datang sini untuk bagi buah tangan." Ujar Tuan Asher lalu menghampiri Nicholas yang berwajah garang di mejanya. "Terima kasih sebab bantu anak buah saya."

Nicholas sekadar mengeluh kecil. "Sama-sama. Kamu ni, dahlah hantar surat tiba-tiba. Kalut tau nak cari benda yang berguna untuk mereka. Lagi pun, mereka sudah mula bergerak." Tuturnya kemudian menyambut pemberian Tuan Asher.

Anggukan faham Tuan Asher berikan buat Nicholas. "Gerak ke mana?" Soalnya tiba-tiba.

"Hmm, kalau nak cari kebenaran tentang sayap manusia ni, senang cerita ke Kota Feasouther terus. Tapi aku suruh ke Aveast untuk cari gadis bernama Helena." Balas Nicholas, menilik buah tangannya. Penukul, kapak dan bilah pisau yang pelbagai membuatkannya tersenyum.

Pelepah EmasOù les histoires vivent. Découvrez maintenant