|| 25 ||

45 8 2
                                    

Cahaya portal tertutup dan berpusar-pusar di udara sebelum hilang dibawa angin. Semua insan yang telah melompat ke dalam portal tersebut kini terduduk di atas tanah setelah tiba di destinasi. Melompat waktu dan tempat memakan tenaga, rehat perlu diluangkan seketika.

"Kita... Di mana ni?" Soal Melaine sambil memerhatikan suasana sekeliling. Rimbunan pohon yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, sebatang sungai yang mengalir tidak jauh dari mereka serta bukit-bukau dan batu-batuan mengelilingi mereka semua.

"Kita dekat-"

"Aku pernah nampak tempat ni dalam buku sejarah!" Laju Urshia memotong kata-kata Zalchria. Dia melihat suasana di situ dengan penuh takjub. "Ada sebuah kampung rahsia ciptaan manusia Avian yang terletak di dalam Kota Feasouther itu sendiri. Hanya magis dan orang tertentu sahaja yang mampu masuk ke dalam kampung ini."

Taikuri menganggukkan kepalanya berkali-kali sambil mengerutkan dahi. "Aku tak sangka pula kau membaca."

"Kalau aku tak membaca, aku tak belajar dekat universiti yang sama dengan kau orang. Kau tu yang tak membaca, sebab tu tak tahu!" Tuduh Urshia sambil menuding ke arah Taikuri yang membalas dengan 'Hey!' dalam nada marah. Melaine yang melihat pula sekadar menggeleng-geleng. 

"Kita dekat mana tadi kau cakap?" Raeya menyoal pada Zalchria yang sudah pun berpeluk tubuh di sisi jalan. 

Zalchria menarik nafas dalam dan menghelanya perlahan. Dia berdehem-dehem kecil seketika lalu menjawab. "Kita dekat perkampungan Aves Gale. Kampung ni hanya boleh ditembusi oleh orang-orang tertentu sahaja. Kami merupakan The Protector, jadi kami sudah ada kebenaran untuk masuk ke sini."

"Kau sedar tak yang kau masih belum terangkan apa itu The Hunter dan apa itu The Protector? Dah beberapa bab kita lalui, satu hapak pun aku tak faham lagi. Bukan setakat aku, aku expect pembaca pun tak faham, tahu tak?" Taikuri menyuarakan isi hatinya. Siap berpeluk tubuh sambil membuat wajah serius lagi.

"Entah! Aku watak utama cerita ni kot, aku pula yang diketepikan." Sibuk Raeya, menyandarkan bahunya pada bahu Taikuri.

"Okey, sabar-sabar, nanti dia ceritalah. Sekarang ni, kita berada dalam keadaan yang terdesak! Walaupun kita dah selamat dalam kampung ni, lebih baik kita cari tempat berteduh dan cari makan, lepas itu kita boleh buka gelanggang persoalan." Arabella akhirnya mencelah seraya meletakkan dirinya di tengah-tengah kumpulan remaja tersebut. Tangannya didepakan sebagai penghalang.

Raeya menarik nafas bising, meletakkan tangan kanannya ke dada dengan mimik wajah tersakiti. "Oh my, mama! Sampai hati berpihak pada mamat sayap putih itu!" Ujarnya dramatik.

"Kita nak kena gerak ke tak ni?" Tanya Ny dengan wajah masam. Dia sering dijadikan latar belakang sahaja dalam perbalahan mereka. Sekali-sekala kena marah juga.

"Jom!" Ajak Arabella kemudian mendekati Ny dan mengambil tangan gadis itu. Selepas itu, mereka berdua berjalan terlebih dahulu.

"Amboi mama, macam dah kenal lama dengan Ny tu." Kata Raeya lalu mula melangkah bersama mereka yang lain.

"Yalah, mama pernah terfikir nak jadikan dia sebagai calon menantu mama! Lagi pun, Helena budak baik." Sahut Arabella tanpa menoleh ke belakang sekali pun. Tangannya yang memimpin Ny dihayun-hayunkan.

Raeya sudah ternganga besar dan berpanas muka manakala Ny pula menoleh lekas ke arah wanita yang berada di sebelahnya dan menyuarakan– "Hah??"

"Ayok Rae, kau dah ada bakal isteri." Usik Urshia dan Taikuri serentak sambil menyuakan siku masing-masing yang mengapit Raeya.

"Kepala hotak kau?!"

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now