|| 5 ||

197 30 1
                                    

"Kalau kita akan buat quest, tak ke kena beritahu roommate kita? Tak pasal-pasal Urshia dengan Zalchria sunyi nanti." Tutur Taikuri sewaktu mereka berdua sedang berjalan menuju ke bengkel Nicholas.

Raeya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hmm, hantar surat nak? Sebab kalau guna alat komunikasi, dia orang boleh marah-marah dekat kita." Cadangnya.

Taikuri menganggukkan kepalanya bagaikan sedang memikirkan cara utuk menghantar surat. Selang beberapa minit berjalan, tiba juga langkah mereka di hadapan bengkel Nicholas.

"Ha, kenapa? Takut nak masuk lepas buat masalah dekat sini?" Soal Taikuri dalam nada mengejek setelah terlihat Raeya yang tercegat di hadapan pintu.

Raeya mencebik kemudian berpeluk tubuh. Segera dia melangkah ke hadapan dengan kaki yang dihentak-hentakkan. "Aku? Takut? Huh, jangan harap!" Balasnya bongkak.

Gtang!

Pintu bengkel dibuka pantas oleh seseorang dari dalam. Kolar baju Raeya ditarik oleh sang pembuka pintu dengan kuat sehingga membuatkan Raeya tercekik di situ.

"Datuk... Nicholas...?" Suara Raeya tersekat-sekat menyebut nama itu.

Nicholas mencerlung mata Raeya, tajam sekali. Taikuri yang berada di sebelah pula sudah gelisah tidak tahu untuk membuat apa.

"Kamu! Pelepah emas tu bersepah depan kedai aku lepas kamu terbang hari tu. Kamu ada berapa banyak sebenarnya hah? Tak pasal-pasal aku kena soal siasat." Soal Nicholas garang tanpa memikirkan orang sekeliling yang memandang.

"Itu masalah datuk, bukan masalah saya." Balas Raeya, memandang ke tempat lain. Sempat lagi tu berjenaka.

Kolar baju Raeya yang ditarik itu Nicholas lepaskan dengan kasar. Rambutnya dikusutkan sebelum pintu bengkel dibuka lalu mengarahkan kedua-dua remaja itu agar melangkah masuk.

"Kenapa datang sini?" Nicholas bertanya kemudian mengambil tempat di meja. Raeya dan Taikuri pula sekadar berdiri di hadapan meja itu dengan wajah yang sedikit sugul.

Taikuri meletakkan beberapa helai pelepah emas di atas meja. Perbuatannya itu mengundang rasa terkejut terhadap Nicholas yang baru sahaja ingin menangkan fikiran daripada mengingati tentang pelepah itu.

"Datuk mesti banyak tahu kan tentang pelepah ni?" Soal Taikuri dalam nada serius. "Kalau nak tahu, pelepah emas ni Rae punya." Sambungnya lagi.

Nicholas terus sahaja berdiri dari duduknya. Wajah Raeya yang selamba itu direnung tajam.

"Ini ke quest yang dalam surat Asher tu..." Keluh Nicholas sambil meraup wajahnya.

Nicholas lantas melangkah ke bahagian belakang bengkel kemudian kembali ke ruang hadapan sambil membawa beberapa pelepah emas yang dijumpainya. Semuanya diletakkan ke atas meja bagi melihat jenis dan saiz.

"Wujud lagi ke orang yang bersayap emas ni?" Nicholas hanya mampu menggaru kepala sendiri.

"Kenapa? Orang yang ada sayap emas ni memang wujud ke selama ni?" Tanya Raeya pula setelah mendengar soalan lelaki tua itu.

"Saya ni mesti rare kan, datuk?"

"Agak-agak saya ada kuasa tak, datuk?"

Piak!

Satu pukulan kecil pada bahagian belakang badan Taikuri berikan buat sahabatnya itu. Hah, bisinglah lagi. Memang minta kena pukul.

"Rare apanya? Kuasa apanya? Pemilik sayap emas tu benda common. Tapi itu dululah." Jawab Nicholas, sedikit menyampah bercampur risau.

Kalau sayap emas itu benda biasa, mengapa tiada seorang pun pernah dijumpainya? Raeya mula mengerutkan dahinya tanda keliru.

"So, datuk kan dah hidup lama. Tahu tak apa-apa sejarah tentang sayap-sayap manusia ni? Sebab dulu kan, saya pernah nampak sayap cikgu sekolah saya warna biru-biru sikit." Tutur Raeya, membuka cerita.

Pegangan pelepah emas pada tangan Nicholas terlepas tanpa disedarinya. Matanya membulat mendengar kata-kata Raeya itu.

"Kalau macam tu, orang yang bersayap 'itu' wujud jugakah? Bukan dah pupus?" Sekali lagi, Nicholas berkata dengan diri sendiri.

Taikuri sudah hilang sabar. Tangannya ditampar ke atas meja dengan kuat sekali.

"Datuk, bagitahu apa yang datuk tahu sekarang!" Ujarnya kuat.

Suasana menjadi sunyi seketika.

"Taikuri, tak sakit ke tangan kau?"

"Sakit!" Jerit Taikuri sambil memegang tangannya yang berdenyut kesakitan.

Tergeleng-geleng kepala Nicholas melihatkan perbuatan Taikuri itu. Itulah, lain kali sabar.

"Datuk kan dah tua jadi ingatan datuk agak samar-samar. Tapi apa yang datuk tahu, ada sejarah tentang kenapa Noctu Aviary ada empat kota utama." Kata Nicholas kemudian berjeda.

Pelepah emas yang berada di atas meja Raeya kutip secara diam-diam lalu dimasukkan ke dalam begnya.

"Ha!" Laju sahaja tangan Nicholas menahan tangan Raeya daripada terus mengutip. "Kamu nak buat apa dengan pelepah-pelepah ni? Pasang dekat sayap kamu?"

"Eh, buat apa saya nak pasang dekat sayap saya kalau benda ni sendiri datang daripada sayap saya sendiri. Saya nak buat jual benda ni, dapat banyak duit." Jawab Raeya lalu kembali mengutip pelepah tersebut setelah menepis tangan Nicholas.

Hanya beberapa helai sahaja ditinggalkannya buat lelaki tua itu.

"Seriuslah nak jual? Kau ni dahlah tak masuk kelas, lepas tu nak jual pelepah? Silap hari bulan, kau duduklah dekat makmal penggila sains kat luar sana tu!" Tegur Taikuri dengan cadangan Raeya yang tidak masuk akal.

Buat beberapa minit, Raeya dan Taikuri berperang mulut. Nicholas hanya mampu melihat perbuatan kedua-dua remaja yang berada di hadapannya itu.

"Sudahlah! Buang masa sahaja duduk sini. Datuk nak kamu berdua pergi ke Kota Aveast dan cari seorang gadis bernama Helena. Kalau kurang bahan alchemy kamu, cari sahaja di kota sebelah tu." Suara Nicholas meninggi bagi memotong perang mulut itu.

"Tak tahu kota sebelah itu apa? Kamu cari sendiri!"

Bam! Pintu bengkel ditutup dengan kuat sekali. Dua orang remaja yang baru sahaja dihalau keluar terkebil-kebil di hadapan bengkel tersebut.


☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


"Ada surat tak sampai dekat kau?" Soal Urshia yang terserempak dengan Zalchria sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumah tumpangannya.

Zalchria yang sedang memegang sehelai kertas mengangguk mengiyakan. Matanya ligat membaca isi surat tersebut.

"Mereka ada quest." Tutur Zalchria dengan suaranya yang lembut. "Jadi, kita kena banyak cover up untuk mereka."

Kertas yang dipegang Urshia remuk digenggamnya. "Cover up untuk mereka? Hal apa yang penting sangat tu sampai kita kena cover up untuk mereka?!" Luahnya garang.

Dengan wajah tenang, Zalchria menoleh ke arah Urshia. Terserlah perangai masing-masing yang perwatakannya mengikut jenis sayap yang dimiliki.

"Tak apa, awak boleh tinggal satu rumah dengan saya kalau awak takut duduk seorang." Ajak Zalchria kemudian membuka pintu rumah semula.

"Hah?! Takut? Banyaklah aku nak takut! Hmph!" Ucap Urshia jelik. Belum sempat Zalchria melangkah masuk ke rumahnya dahulu, Urshia sudah menutup pintu.

Zalchria sekadar tersenyum nipis. Koridor yang kosong itu dihampirinya lalu kepalanya didongakkan ke langit senja.

"Semoga Raeya... Menjumpai apa yang dicarinya." Bisiknya perlahan.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now