|| 26 ||

37 8 0
                                    

Terdapatnya empat sahabat rapat yang disegani di Noctu Aviary oleh kerana kehebatan mereka dalam menyelesaikan quest dan menguasai teras masing-masing. Pada usia muda, mereka berempat telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam job masing-masing.

Ryia Leotric, Mahmad Randell, Liam Dagaric dan Hans Feidlimic. Empat pemuda ini sering ditemui di perpustakaan Kota Flightwest dan bengkel-bengkel senjata. Bagai api dengan asap, mereka memang tidak boleh dipisahkan.

"So, hari ni kita nak pergi mana?" Tanya Hans hari itu sewaktu dia berjalan beriringan bersama Liam. Ryia dan Mahmad mahu meluangkan masa di tavern, maka mereka berpisah sementara sebelum bertemu semula setelah hal masing-masing selesai.

Liam bersenandung kecil. "Hmm, aku rasa macam nak ke makmal aku kejap. Ada sesuatu yang ingin aku lakukan." Balasnya sambil mengusap dagu.

Hans menjongketkan keningnya. Oh, apa rancangan rakannya yang seorang ini pula?

Tanpa berkata apa-apa, Hans mengekori sahaja Liam sehinggalah mereka tiba ke sebuah bangunan universiti. Universiti Sains Barat Aviary merupakan sebuah universiti terkenal yang hanya menempatkan pelajar-pelajar bijak pandai. Setiap pelajar pula bakal memiliki bilik bersama makmal tersendiri. Dari situlah mereka dapat menghasilkan pelajar-pelajar pintar kerana mereka dapat melakukan eksperimen sendiri dan mempersembahkannya pada pihak universiti.

Setibanya di hadapan bilik yang dituju, Liam menekan butang password. Setelah pintu dibuka, dia membawa Hans masuk ke dalam makmalnya sebelum lampu dipasang dengan terang benderang. Segala kelalang kon, penunu bunsen, bikar dan tabung uji dikeluarkan. Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia  yang dirasakan patut digunakan turut disusun di atas meja.

"Apa benda kau nak buat ni, Liam?" Tanya Hans kemudian melabuhkan punggung ke atas sebuah kerusi bulat tidak berkepala dan berpusing-pusing di atasnya. Menggunakan roda kerusi yang ada, dia mendekatkan diri pada rakannya itu.

Liam tersengih lalu menyeluk poket jaketnya. Sehelai pelepah perak dikeluarkan dan ditunjukkan pada Hans.

"Eh, kau dapat daripada mana tu? Sayap tidak gugur sahaja-sahaja." Ujar Hans, terkejut. Dia menyentuh pelepah tersebut menggunakan jari telunjuk.

Pelepah tersebut diletakkan ke atas sebuah blok kaca sebelum Liam menunduk bagi mengambil mikroskop yang terletak di dalam almari bawah mejanya. "Gugur dari sayap Mahmad, jadi aku ambillah. Dah lama aku nak tengok komponen sayap Mahmad dan Ryia tu. Mereka kata sayap mereka berat, lebih berat dari sayap kita yang berwarna biasa. Jadi aku nak tahu, apa yang memberatkan ia. Pasti daripada faktor material, bukan faktor warna, kan?" Hujah pemuda bersayap hitam itu.

Hans menyentuh dagu dan berfikir. "Hm, betul juga kata kau. Aku tidak pernah terfikir kerana ia melibatkan organ dan tubuh badan manusia. Hanya para doktor sahaja yang dibenarkan untuk memegang sayap dan menyentuh pelepah manusia. Kita ini mana boleh, nanti dikira kes cabul dan gangguan seksual pula." Sahutnya.

"Hahahah, itu betul!" Liam bersetuju dengan anggukan. Dia mula mencarik pelepah tersebut dan meletakkan secebis daripadanya ke dalam sisip kaca. Selepas itu, sisip kaca tersebut diletakkan pada mikroskopnya itu.

Liam mula melakukan kerjanya dengan tekun. Segala yang dibicarakan Hans kini terbang di udara dan tiada satu pun yang berjaya ditangkap oleh gegendang Liam. Pemuda sayap hitam itu dalam dunia sendiri. Itulah Liam apabila melakukan perkara yang disukainya.

Hans mencebikkan bibir apabila dia sedar dia dipulaukan. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk bergerak di sekeliling makmal menggunakan kerusi berodanya itu dan berpusing-pusing ikut sukanya. Adakalanya dia mengintai apa yang dilakukan oleh Liam tetapi selebihnya dia melakukan hal sendiri.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now