|| 34 ||

44 2 0
                                    

"Urshia?"

"Urshia!"

Dua nada berbeza kedengaran setelah suasana peperangan menjadi sepi. Zalchria terkejut menyoal manakala Raeya pula menjerit kesal. Hans Feidlimid yang melihat dari atas terlihat amat tidak menjangkakan perkara itu. 

Lelaki itu terus terbang ke bawah dan melutut di sisi Urshia.

"Nak, kamu okay, nak." Hans cuba menenangkan keadaan. "Deep breath, deep breath." Dia memegang bahu Urshia yang sudah turun naik dadanya, bernafas kencang.

"A-- Ambil ni. Ini." Urshia menolak batu permata Citrine yang dipegangnya itu ke dada Hans berkali-kali. Gerakannya seperti memaksa Hans menerima pemberian itu. Batu itu lebih penting dari nyawanya sekarang ini.

Hans mengambil batu tersebut dengan wajah risau. Pipi Urshia ditepuk-tepuk bagi memaksa remaja itu untuk tidak hilang kesedaran. Kemudian, dia memanggil Zalchria dan memberi arahan untuk menyembuhkan rakannya itu.

"Tuan?" Tanya Zalchria apabila dia sudah mendarat di sisi mereka berdua.

"Saya akan berdepan dengan Godfrey." Jawab Hans sebelum menggamit Raeya dan Taikuri. "Raeya, kamu ambil ni. Simpan. Untuk kamu sahaja." Pesannya dan meletakkan batu tersebut ke dalam genggaman Raeya. Tangan remaja yang tertutup dengan batu itu digenggam Hans kemas. "Jangan bagi orang lain." Tuturnya lagi separa berbisik.

Raeya menggenggam batu permata Citrinie itu dan mengemam bibir. Wajah Hans dipandangnya dengan serius sebelum mengangguk sekali.

Melihatkan itu, Hans menganggguk jua serta menepuk bahu Raeya. Selepas itu barulah dia bangkit bagi terbang ke langit semula dan menghadap Godfrey.

"Raeya!" Panggil Aleida yang mara ke arah sekumpulan remaja itu. "Bawa kawan-kawan kamu semua ke sana. Pakcik kamu akan tolong bantu." Arahnya sebelum berlalu pergi.

Raeya memerhatikan sahaja keberadaan pakcik dan makciknya itu. Nampaknya, Asher dan Aleida mengambil posisi sebagai pemindah mangsa dan tebusan ke tempat yang lebih selamat. 

Nicholas, Arabella dan Zane merupakan The Protectors yang berjawatan tinggi. Merekalah yang mengambil tempat di barisan hadapan. Raeya tidak sangka, manusia-manusia yang sangat baik dan berhati lembut (kecuali Nicholas) itu mampu bertindak zalim demi mempertahankan penempatan mereka.

Aves Dale milik papanya, dia juga harus bersungguh dalam mempertahankan ia.

"Jom." Ajak Raeya sebelum membantu Taikuri untuk mendukung Urshia. Dia memegang bahagian bahu manakala rakannya itu pula mengampu bahagian kaki. Zalchria sekadar mengekori mereka sehinggalah Urshia berada dalam keadaan selamat.

Setelah berjaya bergerak ke hujung medan peperangan, Urshia dibaringkan ke atas sehelai selimut yang diletakkan di atas lantai pondok. Di belakang mereka, pelbagai jenis situasi yang berlaku. Para penyembuh bergerak ke sana dan ke sini bagi mengubati pahlawan yang tercedera agar dapat kembali ke medan perang semula. Asher dan Aleida juga dapat dilihat menenangkan para tebusan yang berada dalam pelbagai tahap panik.

Zalchria lekas mengambil tempat di sisi Urshia dan mengambil tangan lelaki itu. Dia mula memejamkan mata dan membaca mantera-mantera penyembuh yang dia tahu. Urshia tidak membalas apa-apa, dia hanya memandang ke atas.

Taikuri dapat lihat yang Urshia sedang sedaya-upaya untuk tidak hilang sedar meski matanya semakin lama semakin layu. Kemudian, dia menoleh semula ke arah Raeya bagi meminta solusi.

Namun begitu, Raeya tidak lagi di sisinya malah sedang perlahan-lahan terbang pergi.

"Woi! Kau nak lari mana tu?!" Jerit Taikuri, geram dengan perangai Raeya. Zalchria mengerutkan dahi bagi mendapatkan semula konsentrasinya manakala Urshia mula terbuntang matanya akibat terkejut.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now