|| 1 ||

326 35 6
                                    

[ Tujuh tahun kemudian ]

Kota Flightwest, kota di tengah dunia, yang sentiasa sibuk dengan kehadiran manusia dari pelbagai ceruk. Ada yang datang untuk membeli-belah, mencari ilmu dan berjumpa rakan.

"Ish, mana Taikuri ni... Lambatlah." Rungut Raeya yang baru sahaja melangkah keluar dari sebuah kedai buku bersama beberapa buah buku di tangan. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Satu bayang-bayang hadir dari atas, melindungi cahaya matahari yang memancar tepat ke arah Raeya sebentar tadi. Jejaka itu segera mendongak tatkala tiada lagi rasa panas mencucuk kulitnya.

"Rae!"

"Argh!" Raeya menjerit kecil apabila bayang-bayang itu mendekatinya dengan kelajuan maksima. Buat seketika, tiada apa pun yang berlaku. Hanya bunyi kibasan sayap sahaja yang kedengaran.

Taikuri memandang sahabatnya itu pelik. Sayapnya dilenyapkan sebelum melompat ke atas tanah sebaik sahaja tiada lagi bantuannya untuk berada di udara.

"Kau apahal? Aku tahulah aku ambil aliran sihir tapi aku tak akan apa-apa kan kaulah, pandai." Tutur Taikuri kemudian menjentik dahi sahabatnya itu.

"Aduh!" Raeya menggosok dahinya pantas. Taikuri yang lebih tinggi daripadanya itu membuatkan dia mendongak bagi melihat sang gerangan penjentik dahi.

Raeya hanya mampu mengeluh sebelum menggeleng kecil. "Sudahlah, kita banyak kerja nak buat. Kau janji nak ajar aku alchemy teras api kan?" Tegurnya, garang.

"Kata nak jadi pyromancer, last-last minta mage juga yang ajarkan, kan?" Sindir Taikuri, sinis. Raeya yang sedikit rendah dipandangnya mengejek.

Ha, mendapatlah Taikuri sepakan si Raeya. Terjelepok terus jejaka tinggi itu ke atas lantai di hadapan khalayak ramai itu.

"Kau duduk sini diam-diam. Aku nak pergi, bye!"

"Raeya, jangan tinggalkan aku!"

Taikuri serta-merta bangkit dari jatuhnya itu. Tanpa membuang masa, sayapnya dilebarkan selepas itu terus menyeluk lengan Raeya yang sedang menjauhinya tanpa memikirkan keselamatan sahabatnya itu.

"Weh, lepaskan aku! Apa ni, ha?!" Jerit Raeya di udara. Dia bergelut untuk mencari jalan keluar.

"Nanti kau jatuhlah!"

Raeya berhenti bergelut lalu menghadiahkan satu jelingan tajam buat Taikuri. Kepala sahabatnya itu diketuk dengan buku yang berada dalam pelukannya. "Kau fikir aku tak boleh terbang ke?" Soalnya, geram.

Anggukan faham Taikuri berikan. Tangannya dibuka maka terlepaslah Raeya daripada pegangannya. Dengan gembiranya, Raeya memejamkan matanya bagi mewujudkan sayapnya yang sudah bersedia untuk diguna.

Namun, tiada apa yang terjadi. Raeya yang bakal mencecah lantai membuntangkan matanya tanda terkejut. Tangannya dilayangkan ke arah Taikuri yang sedang menunggunya dari atas.

"Taikuri! Sayap aku...!" Laungnya kuat.

Taikuri yang terdengar akan laungan itu segera menunduk ke bawah. Jantungnya bagaikan terhenti tatkala terlihat sahabatnya sedang laju ditarik graviti.

"Featherly light!" Sebut Taikuri dengan harapan sihir yang baru dipelajarinya itu membuahkan hasil. Walaupun begitu, dia masih meluru ke arah Raeya yang tergapai-gapai meminta pertolongan.

Nasib yang baik buat kedua sahabat itu, seruan Taikuri menjadi. Raeya terapung di udara tanpa apa-apa bantuan.

"Fuh..." Taikuri menghela nafas lega. Dia berdiam diri, melihat Raeya yang masih berusaha untuk mewujudkan sayapnya yang tiba-tiba tidak mahu memberikan kerjasama.

Pelepah kelabu akhirnya muncul pada layar mata mereka.

"Aha! Haih, nasib baik tak mati lagi." Ucap Raeya sambil mengusap sayapnya dengan penuh kasih sayang.

"Dan nasib baik juga aku ni Planetary Mage. Kalau aku mage biasa, dah lama kau kena sumpah dengan aku." Kata Taikuri, memeriksa tangannya yang berjaya menghasilkan magisnya itu tadi.

Raeya mencebik geram. "Kau buat macam tu, aku bakar kau." Marahnya tanpa memandang Taikuri kerana dia sibuk membetulkan kedudukan buku di tangan.

Taikuri sekadar menggelengkan kepalanya tanda mengalah. Senyuman nipis terhias di bibirnya. "Jomlah kita lepak dulu. Minum-minum ke?"

"Okey."

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

"So, lepas ni kita pergi bengkel Datuk Nicholas dan bincang dengan dia tentang alchemy yang kau nak belajar tu. Aku ada problem sikit nak ajar sesuatu yang tak kena dengan teras aku." Ujar Taikuri sambil menggoncangkan kopinya sebaik sahaja melangkah keluar dari kafe.

Raeya yang sedang menyedut minuman mengangguk faham. Dia sudah sedia maklum bahawa sahabatnya itu mengamalkan alchemy teras tanah untuk kegunaan alirannya.

Mereka berdua berjalan-jalan di sekitar Kota Flighwest sambil berbual rancak. Memandangkan hari ini hari cuti, banyak masa yang dapat diluangkan secara bebas.

Sedang mereka menikmati suasana kota itu, Taikuri yang berjalan di belakang Raeya perasan akan sesuatu yang aneh ditiup angin. Berkerut dahinya melihat 'sesuatu' itu.

"Pelepah..." Taikuri mengangkat 'sesuatu' itu ke hadapan matanya. "Pelepah emas?!"

Raeya hampir terserdak tatkala mendengar jeritan sahabatnya itu. Hampir-hampir sahaja terlepas pegangan minumannya. Kalau benarlah terlepas, entah apa yang bakal dikerjakan si Taikuri itu.

"Kau ni dah kena- Woah, mana dapat pelepah ni?!" Soal Raeya kuat terhadap kejutan ini. Seseorang yang memiliki sayap emas merupakan satu lagenda sahaja buat mereka.

Taikuri meneliti sayap itu dengan penuh asyik. Selepas itu, kepalanya diangukkan-anggukkan. "Ini pelepah asli. Bukan tiruan mahupun buatan."

"Ini bermakna, wujud lagilah orang yang bersayap emas. Macam tu?" Tanya Raeya, teruja.

Jongketan bahu Taikuri hadiahkan buat sahabatnya itu. "Mungkin juga. Tapi kalau betullah, bahaya jika dia berada dekat tempat macam ni."

"Kenapa pula?"

"Sebab pelepas emas sangat berharga apatah lagi sayapnya. Boleh jadi kena tangkap dan dijadikan bahan uji kaji. Tidak pun diambil pelepahnya dan digunakan untuk tujuan beli barang." Balas Taikuri dengan nada yang menakutkan.

Raeya segera menepuk perlahan lengan Taikuri yang mana berjaya menakutkan dirinya.

"Itu perjudis sangat. Walaupun bersayap emas, dia masih manusia macam kita. Cuma sedikit berbeza?" Tutur Raeya, tegas sekali.

"Hmm, memanglah prejudis. Tapi orang bersayap emas mana ada lagi wujud zaman sekarang. Tak mungkinlah." Taikuri masih tetap dengan pendiriannya. Bulu pelepah misteri itu dimasukkan ke dalam buku yang dipegang oleh Raeya bagi mengekalkan kecantikan bentuknya.

Terangguk-angguk Raeya mendengar kata-kata sahabatnya itu. Mahupun begitu, ada sedikit gentar di hatinya apabila Taikuri mengatakan bahawa tiada lagi yang wujud di dunia ini berkenaan keturunan itu.

Benarkah?

"Sudahlah, jom kita tanya Datuk Nicholas. Dia kan banyak tahu benda-benda macam ni." Saran Taikuri sebelum melompat dan melebarkan sayapnya.

"Yalah, jom!"



Pelepah EmasWhere stories live. Discover now