💌Bab 9💌

27 1 0
                                    

Jarum jam menunjukkan 11.30 tengah hari. Hari sukan BEGS masih lagi berlansung. Kini, tibalah acara tarik tali rumah sukan. Semua peserta yang terpilih telah pun bersedia. Acara dimulakan dengan menyaksikan perlawanan antara rumah sukan Tulip ( Ungu) dengan Orchid ( Pink).

Ketika Falisha mahu melihat perlawanan itu, Lashira datang mendekatinya.

'Minah ni lagi. Nak apalah. Dah macam belangkas. Sudahlah rumah sukan sama, duduk pun nak dekat' sempat Falisha mengutuknya.

"Kau nak apa? Tak boleh ke kau duduk jauh-jauh sikit." bebel Falisha.

"Sha...Kau boleh tolong tak?" tanya Lashira seperti kucing yang meminta tuannya makan.

"Kau nak apa? Cakap jelah." jawab Falisha dengan malas.

"Teman aku pegi toilet jom" ajak Lashira.

"Kau pegilah. Aku malaslah nak bangun." kata Falisha dengan alasannya.

"Halah weyh jomlah" desak Lashira.

"Yelah." Akhirnya, Falisha beralah juga. Malas sebenarnya nak dengar Lashira ni bising.

••••••••••

Kerusi dirapatkan dengan kerusi rakan sebelah. Cikgu Yazid tidak datang hari ini kerana tidak sihat. Jadi, sementara tunggu cikgu lain relieve tu kita borak-boraklah dulu.

Krek.

Bunyi pintu kelas yang tertutup itu dibuka. Muncullah Khan di muka pintu.

"Bro" panggil Khan menyebabkan Fahryan yang sedang berborak itu menoleh ke arahnya.

"Apa?"soal Fahryan setelah Khan berada di hadapannya.

"Cikgu Idrus panggil kau." kata Khan.

"Ada apa panggil aku?" soalnya lagi.

Yelah, pelik jugak kan tiba-tiba je kena panggil. Aku ada buat apa salah ke? Setahu aku, rekod sekolah aku cantik lagi. Ceh, tiber.

"Entah dia. Adalah tu. Entah-entah dia nak bagi kerja yang Cikgu Yazid bagi kot." jawab Khan yang tidak berapa pasti.

"Kalau macam tu kau pergilah ambik. Kau kan rajin naik turun naik." kata Fahryan.

"Tak naklah aku. Kaulah pergi. Kau kan AJK Sains Sukan. Pergi jelah. Mana tahu ada benda penting ke?." pujuk Khan.

Fahryan berfikir sejenak. Nak pergi ke tak nak. Tak pergi nanti masalah pula.

"Hm yelah aku pergi."

"Macam ni lah baru kawan. Bagusnya AJK Sains Sukan kita ni. " puji Khan.

"Ohh, kalau aku tak pergi bukan kawanlah." bidas Fahryan.

"Entah erk. Dah lah pergi cepat. Sebelum Cikgu Idrus tu mengamuk." halau Khan.

Fahryan hanya menggangguk kecil. Ada-ada sahaja kerenah kawannya itu merangkap sahabat sejatinya.

••••••••••

Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak pukul 12 tengah hari. Mesti acara tarik tali tadi dah habis. Lama lagi ke minah tu kat tandas.

"Ryn..Lama lagi ke?! Kau buat apa lama sangat?" jerit Falisha yang berada di luar tandas.

"Kejap. Dah nak siap dah ni." balas Lashira yang sedang membetulkan sedikit awning tudungnya.

Falisha mengeluh seketika. Lashira ni kalau tak jumpa cermin memang tak sahlah. Sedang dia menunggu, dia mendengar suara sorakan dari arah padang.

'Eh apa itu? Acara tarik tali ke? Alah baru nak join sorak sekali. Ni semua salah Lashira' kutuk Falisha dalam hati.

Baru sahaja nak panggil Lashira, dia pun sudah keluar dari tandas.

"Dah siap? Kau buang air kecik ke kau basuh tandas." soal Falisha dengan nada sinisnya.

Lashira hanya tersenyum kambing sambil menggaru dahinya yang tidak gatal.

Sepanjang perjalanan ke padang, Falisha hanya membebel kepada Lashira. Mana tidaknya, tandas ada je yang dekat dengan padang. Nak jugak pergi tandas dekat blok lain. Nasib baik tandas di blok ni tidak jauh sangat.

Lashira pula hanya sekadar menadah telinga.

Keluar sahaja dari blok itu, kedua-dua gadis ini mendengar sorakan yang lebih meriah dari yang tadi.

"Ehh. Diaorang buat apa tu? Meriah bebenor?" tanya Lashira yang ingin tahu.

Falisha hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

"Jom weyh. Pergi tengok." ajak Lashira lantas memegang tangan Falisha untuk mengikutnya berlari ke arah padang.

Seketika kemudian, Falisha terserempak dengan seseorang lelaki keluar dari satu blok. Sempat Falisha memandang wajah lelaki itu seketika sebelum mata memandang jalan tar.

'Eh. Dia dekat sini. Memanglah dia dekat sini Sha. Apalah kau ni.' gumam Falisha.

'Kelas dia dekat blok sini ke?' muncul satu tanda tanya dalam hatinya. Falisha memang tahu dia sekolah di sini. Dia tahu pun sebab dia 'ter'nampak lencana sekolah pada baju lelaki itu hari itu. Lantas dengan itu, Falisha mengiyakan kata hati lalu kembali ke dunia nyata.

••••••••••

"Cikgu panggil saya ke tadi?" tanya Fahryan kepada lelaki yang memegang nametag IDRUS itu. Fahryan kini berada di bilik guru. Turun sahaja tangga tadi, hampir-hampir dia terlupa yang sekolahnya ada sekolah lain sedang menumpang untuk hari sukan. Sebab macam pelik bila tiba-tiba nampak pelajar perempuan lalu.

"Haa Yan. Tunggu sekejap ya" jawab Cikgu Idrus lalu bangun dari mejanya ke bahagian tepinya. Beberapa helai kertas yang telah diikat menjadi satu diambil.

"Tadi, Cikgu Yazid ada pesan dekat saya untuk berikan latihan ini. Kamu ambil kertas ini seorang satu ikut jumlah kelas kamu yang hadir hari ini." arah Cikgu Idrus.

"Baik cikgu." Fahryan hanya menurut perintah dan mula mengira bilangan kertas yang diperlukan.

"Cukup?" tanya Cikgu Idrus kepada Fahryan.

"Semua cukup cikgu." balas Fahryan setelah memastikan bilangannya mencukupi.

"Kalau dah tak apa-apa, saya pergi dulu ya, cikgu."pamit Fahryan dengan sopannya lalu mengukirkan senyuman.

Cikgu Idrus hanya menggangguk memberikan keizinan. Fahryan keluar dari bilik guru terus menuju ke kelasnya.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now