💌Bab 32💌

10 0 0
                                    

Sepuluh jari jemarinya dipandang. Setiap satu ruas jari itu telah dimerahkan dengan inai. Matanya berganjak pada jari manisnya. Ada cincin yang bersalutkan emas terlekat di situ. Cincin itu baru sahaja disarungkan pagi tadi.

Alhamdulillah majlis akad nikah telah berlansung dengan lancar sekali. Ramai kaum kerabat mengiringi majlis pernikahannya hari ini. Statusnya yang dulu tunangan orang kini bertukar kepada isteri setelah akad sah dilafazkan.

Usai dengan akad nikah, majlis akan digantikan pula dengan walimatulurus yang telah berlansung sejak dari tadi lagi.

Muka diangkat dan memandang cermin solek. Terpancarlah seri pengantin di wajahnya dan ditambah lagi dengan hasil solekan yang tepat dengan tema.

Busana pengantin berwarna lavendar telah pun siap dipakai. Falisha duduk di atas kerusi kayu jati sementara menunggu untuk dipanggil.

Bunyi alunan muzik kompang telah kedengaran di telinganya yang dimainkan oleh pengacara majlis. Ini bermakna keluarga pengantin lelaki hampir tiba.

"Sha. Jom kita keluar." kata Lashira. Dia membantu Falisha untuk bangun dan memimpin tangan supaya tidak terjatuh. Dek kerana lebihan kain busana yang terlalu panjang.

Ketika Falisha keluar dari bilik semua tetamu yang ada di dalam rumahnya memandangnya. Mungkin terpegun kecantikan raja sehari itu. Saat itu lah jurukamera mula mengambil gambarnya.

Lashira mengiringi Falisha sehingga ke pelamin. Lashira sebagai pengapit berdiri di sebelah manakala Falisha duduk di kerusi pelamin yang sudah tersedia.

Tidak lama kemudian, kelihatan pengantin lelaki sedang menuju ke arah pelamin. Jantung sudah mula berdebar dan tangan mula mengenggam bunga di tangan sekuat hati.

"Relax, Sha. Suami kau tu" bisik Lashira perlahan. Falisha hanya mengangguk kecil. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.

Pengantin lelaki aka suaminya telah berada di hadapannya sekarang ini. Dapat dilihat Falisha wajah manisnya dengan senyuman.

"Assalamualaikum wife" sapanya.

"Waalaikumusalam" jawab Falisha dengan memandang mukanya.

"Boleh husband duduk?" Pinta izinnya. Falisha hanya membalas dengan anggukan. Suaminya masih lagi tersenyum. Pantas tangan kanannya mengenggam tangan kiri isterinya seolah olah ingin menenangkan debaran isterinya.

"Wife tenang tenang je ok? Ni majlis kita. Wife kena senyum je macam hubby sekarang ini. Wife tengok depan dan ikut je hubby apa hubby buat okay?" bicaranya perlahan dan lembut sahaja.

Falisha hanya menurutkan sahaja.

Lashira yang mendengar apa yang dikatakan oleh suami sahabatnya sudah tersenyum senyum. Alahai comelnya diaorang ini. Mummy Ryn nak kahwin jugak!

••••••••••

Jam menunjukkan sudah pukul 4 petang. Tetamu jemputan telah berkurang. Yang ada sekarang ini kebanyakannya terdiri dari kaum kerabat mempelai.

Sorang demi sorang menyalami pengantin. Mereka berdua tiba di satu meja tetamu. Tanpa Falisha perasan telah bersalaman dengan seorang wanita.

"Selamat pengantin baru, Sha."

"Terima kas... Eh. Cik Za! Sorry Sha tak perasan tadi." Kata Falisha lalu berpelukan dengan wanita.

"Hihihi. Memang lah tak perasan. Kamu tu laju je. Nak kena mana?" Gurau Cik Za.

Falisha sudah malu dengan gurauan itu. Malunya bila orang tegur macam itu.

"Suami kamu mana? Tadi dia dengan kamu kan?" Soalnya.

Jiranku CrushkuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant