💌Bab 19💌

18 1 0
                                    

"Ignore the effort of a person who tries to keep in touch. It is not all the time someone cares.

It is same goes to me. Janganlah palau saya. Kesianlah dekat saya. Kalau awak tidak kenal sekali pun, at least balaslah something. Sikit pun tidak apa lah. Boleh kan Mr Cool? Mesti boleh punya. Saya boleh tak kan awak yang lelaki tak boleh. Kan?"

Sincerely,
FU"

Pen di tangan kanannya diletakkan di atas meja. Kedua dua anak matanya bergerak dari kiri ke kanan berulang kali sambil mulutnya terkumat kamit. Setelah puas membaca isi di dalamnya kertas itu kemudiannya dilipat dengan kemas.

Falisha berkira kira mahu memilih warna envelope yang sesuai. Disebabkan sebelum ini dia memilih envelope yang berwarna, jadi kali biarlah dia memilih envelope putih. Putih itu tandanya suci. Kertas itu kemudiannya dimasukkan ke dalam envelope.

Falisha kemudian menyarungkan hoodienya dan mula membuka pintu perlahan lahan. Kepalanya dikeluarkan sedikit dari pintu untuk menjenguk keadaan ruang tamu rumahnya.

Bila line dah clear, Falisha keluar dari biliknya dan menutup pintu dengan perlahan supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Kakinya dijinjitkan dan berlari ke pintu utama rumah serupa pencuri pecah masuk rumah.

Alah Falisha bukannya nak mencuri. Cuma dia keluar rumah tanpa meminta izin dari mama. Lagipun sekejap sahaja. Mama mungkin tengah sibuk dekat dapur.

Sekali lagi Falisha berkelakuan seperti pencuri tetapi kali ini di tempat yang berbeza. Setibanya rumah itu, Falisha terus ke peti surat di luar rumah. Falisha ingin memasukkan envelope di situ. Namun, tindakannya terhenti apabila mendengar suara seseorang dari muka pintu. Falisha terus bersembunyi di sebalik tembok itu. Falisha kenal suara itu.

Setelah memastikan pemilik suara itu tiada, Falisha meneruskan niatnya tadi. Usai dengan itu, dia terus berlari ke rumahnya tanpa menyedari ada orang memerhatikannya.

••••••••••

Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Sebut sahaja pasal raya semua orang mesti excited gila kan. Bila dah nak raya ini banyak persiapan hendak dibuat.

Hari ini, Fahryan mahu lepak sekejap dengan kawan kawannya sebelum tiba waktu cuti raya. Baru sahaja membuka pintu utama ibunya memanggilnya.

"Ya, ibu."sahutnya.

"Yan dah nak keluar ke?" Soal ibunya lalu menghampiri anak sulungnya dari arah dapur.

"Haah. Nak jumpa kawan sekejap. Ada apa ibu panggil?"

"Tolong ibu belikan barang. Boleh? Sikit sahaja ini. Lepas Yan jumpa kawan pun boleh pergi beli."pintanya.

"Boleh ibu. Ibu nak minta Yan beli banyak barang pun tak pe. Nanti ada orang boleh tolong angkatkan." balas Fahryan sambil memandang adiknya di ruang tamu.

Fadel yang tahu maksud tersirat abangnya itu hanya menjulingkan matanya. Asyik asyik aku je yang kena angkat barang.

"Okay. Kalau macam tu tunggu sekejap ya. Ibu buatkan listnya." kata Puan Batrisya.

Fahryan hanya menangguk patuh. Matanya kemudian beralih kepada Fadel yang masih menatap telefon pintarnya.

"Pergilah start motor dulu sementara menunggu itu." Arah Fahryan.

"Hm yelah abangku yang handsome." Mengalah Fadel. Lantas dia meletakkan telefonnya di atas meja dan mencapai segugus kunci. Baru sahaja keluar dari pintu, dia ternampak satu susuk tubuh yang berlari kelam kabut dari rumahnya.

Raut wajahnya tidak jelas kelihatan kerana orang itu memakai hook hoodie. Yang Fadel pasti orang itu mestilah perempuan. Sebab jaranglah lelaki pakai hoodie ala ala pink gitu. Akibat malas untuk berfikir, Fadel terus menuju ke motorsikal abangnya dan mula memanaskan enjin.

••••••••••

"Sha pergi mana tadi. Dengan berhoodie bagai?" Soal Puan Zulaikha secara tiba tiba membuatkan bahu Falisha sedikit terhinjut akibat terkejut.

Tadi Puan Zulaikha ada memanggil Falisha. Tetapi tiada respon. Itu membuatkan Puan Zulaikha pelik. Selalunya kalau anaknya keluar dia akan meminta izin dulu walaupun sekejap.

"Err..Sha dekat luar tadi. Sha tengah siram pokok. Sian pokok mama dah layu." bohong Falisha.

Terpaksalah dia berbohong. Gila ke nak bagitahu mama apa yang dia buat apa tadi. Dah sahlah kantoi nanti. Lagipun memang betul pun pokok mama dah layu sedikit. Cumanya Falisha tidak siram pun tadi.

"Oh. Terima kasih ya tolong mama. Alang alang Sha dah tolong mama ni kan, tolong mama sidaikan kain boleh? Mama nak masak untuk berbuka nanti." ujarnya.

"Boleh mama." patuh Falisha.

Puan Zulaikha membalas dengan senyuman dan kembali ke dapur. Dia sangat sangat beruntung mempunyai anak perempuan yang rajin menolongnya membuat kerja rumah. Sekurang kurangnya bebanannya dapat dikurangkan.

Melihat susuk tubuh mamanya menghilang, Falisha terus menghembus nafas lega. Nasib baik aku pandai cover. Kalau tidak habislah.

••••••••••

Seperti yang diminta oleh ibunya, Fahryan membeli semua barang yang diperlukan. Fadel telah pun mengangkat kesemua barang itu ke dapur.

Baru sahaja selesai meletakkan motosikal di parkir dan mahu masuk ke dalam, Fahryan ternampak ada satu envelope yang selalu dia dapat di peti surat rumahnya. Dia mengambil envelope itu dan membawanya masuk ke biliknya.

"Buat apa tu, bang?. Wuuu. Dapat surat daripada siapa itu?" Tanya Fadel yang membuka pintu sambil memanjangkan lehernya untuk mengetahui isi dalam surat itu.

"Sibuk je lah. Pergi lah berambus sana." halau Fahryan.

"Halau ya. Tak nak bagi tahu tak pe. Suatu hari nanti aku akan tahu jugak apa yang ada dalam tu" tunjuk Fadel ke arah envelope itu.

"Dah. Cepatlah keluar. Sibuk je." tegas Fahryan.

"Okay." Jawab Fadel lalu meninggalkan Fahryan yang duduk birai katil.

Envelope di tangan Fahryan terus dibuka setelah Fadel menutup pintu bilik. Setiap isi surat itu dibaca satu persatu.

'Nampaknya kau tak nak give up lagi. Aku tak palau kau. Kalau aku palau kau aku tak kan baca surat ini.' omel Fahryan sambil termenung kertas itu. Dapat dia membayangkan betapa cantiknya wajah di sebalik penulis surat ini. Amboi Yan. Kau dah kemaruk dengan penulis surat ni ke apa?

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now