💌Bab 20💌

15 1 0
                                    

"Selamat hari raya...
Mesti awak happy kan macam mana saya happy sekarang ini.

Nak tanyalah tahun ini awak beraya kat mana? Baju warna apa? Bolehlah kita pakai warna yang sama. Barulah sedodon raya kita nanti. Ehh tiber. Jangan marah.

Oh..by the way, jemputlah datang ke rumah saya. Kalau awak datang, saya masakkan yang special punya. Confirm awak suka. Sedap dia cenggini ha.

Oklah..Itu sahaja daripada saya. Hope you enjoy your hari raya.

Honestly,
Gadis berhoodie."

'Dia punya tulis macam aku ni tahu rumah dia dekat mana.'

'Oh. Ada klu barulah.'

'Tak pe. Aku nak tengok sejauh mana effort kau, wahai gadis berhoodie.'

Fahryan terus simpan surat itu dalam laci mejanya.

••••••••••

Baju dress navy blue disarung. Tudung shawl material jenis satin dipadankan bersama.

"Sha! Dah siap ke belum? Cepat siap tolong mama ni." laung mama dari luar.

"Ya, mama. Kejap. Sikit lagi ini."kata Falisha sambil mengemaskan lagi lilitan shawlnya.

"Okay, done. Simple but nice."Komen Falisha sendirian.

Puan Zulaikha pula sedang sibuk mengeluarkan tray yang tersedia dengan pelbagai jenis lauk. Hari ini, rumah Falisha buat open house. Bila sebut sahaja open house, mama lah orang yang paling excited. Macam-macam mama plan. Hari ini sahaja mama dah masak macam-macam lauk. Mee rebus ada. Lontong ada. Spaghetti Aglio e olio pun ada tau. Fuhh ni betul-betul meriah ini. Oh, tidak lupa juga cupcake buatan mama.

Kebetulan hari ini ada marhaban sekali. Tu yang banyak makanan tu.

"Wah banyaknya makanan. Ni semua ini mama ke yang buat?" tanya Falisha yang sudah terliur melihat kesemua makanan itu.

Sebut fasal makanan, Falisha tiada masalah. Seafood ke kacang ke semua dia makan. Janji perutnya mesti diisi.

"Of courselah mama yang masak. Dah tolong mama bawak tray ini kat depan sana. Kejap lagi orang marhaban dah nak datang." arah Puan Zulaikha.

"Yes mam."patuh Falisha.

Falisha membawa tray spaghetti itu dengan berhati-hati sekali. Setibanya di meja hadapan yang terletak di porch kereta, Falisha menyusun tray itu bermula penjuru kanan di atas meja.

Kereta papa dah park dekat dengan kawasan taman sana. Jadi, kawasan porch ni boleh jadi ruang makan untuk para tetamu nanti selain di dalam khemah yang telah disediakan.

Ketika Falisha mahu masuk mengambil tray yang lain, kedengaran bunyi motor konvoi menuju ke rumahnya

'Aduhai..ramai pula orang datang.'

Falisha segera mempercepatkan langkahnya dan menghampiri mama yang sedang mengelap kabinet dapur.

"Mama orang marhaban dah nak sampai tu dekat luar." beritahu Falisha.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now