💌Bab 10💌

21 2 0
                                    

Hari ini dia bercadang untuk duduk rumah sahaja. Mata tetap menatap kaca televisyen. Sedar tidak sedar waktu solat zuhur hampir tiba.

Dia bingkas bangun dan segera mempersiapkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah yang abdi. Baju Melayu berwarna hijau dan seluar slack dipadankan.

Setiap hari Fahryan dan adiknya tidak akan melepaskan peluang untuk solat berjemaah di surau. Kecuali pabila keadaan yang tidak mengizinkan.
Oleh sebab itulah mereka lebih ramai kenalan.

Usai solat berjemaah, Fahryan menuju ke parkir. Setibanya di parkir kenderaan yang menempatkan motornya, bahu kanan Fahryan tiba-tiba ditepuk oleh seseorang. Dia baharu sahaja mahu menghidupkan enjin motornya.

"Yes Khan" jawab Fahryan sapaan itu tanpa berpaling muka ke arah orang itu. Tidak perlu dia meneka siapa yang berbuat demikian. Siapa lagi kalau bukan kawan baik sendiri.

"Pergh..macam tau tau je" kata Khan. Sangkanya Fahryan akan terkejut.

"Macamlah aku tak tau kau tu macam mana" kata Fahryan dengan nada berlagaknya.

Fahryan sudah bersahabat dengan Khan Ihtisyam sejak di tingkatan 4 lagi. Biarpun baru 2 tahun perkenalan, tetapi keakraban mereka berdua seolah-olah sudah 10 tahun bersama.

"Cehh nak berlagak konon" kata Khan.

"Bro..petang ni kau free ark. Jom kita lepak jom" ajak Khan.

"Lepak? Kalau setakat duduk berbual kosong tu aku tak nak. Baik aku chaw dulu. Duduk rumah lagi bagus" kata Fahryan yang cuba berdolak dalik.

"Halah mamat ni nak acah-acah rajin duduk rumah pulak. Habis tu kau kalau tak duduk je kat pondok tu kau nak buat apa? Main bola?" kata Khan dengan berangnya.

Geram betul Khan dibuatnya. Susah betul kalau nak ajak mamat ini lepak. Patutlah muka tu putih. Tak delah sampai putih melepak. Warna kuning langsat tu adalah. Kalau test market ni kira laku jugaklah.

"Bagus jugak idea kau tu. At least, kita dah manfaatkan masa dengan beriadah. Betul tak?" perli Fahryan kepada sahabatnya itu.

Anggukan kecil diberikan. Faham akan perangai Fahryan ni. Kalau satu hari tidak buat orang marah memang bukan dialah orangnya. Dia ni keras kepala jugak orangnya.

"Okay, pukul 5 kita berkumpul di dekat padang. Nanti aku ajaklah member member lain. Okay?"

Jari tanda 'ok' ditunjukkan. Adiknya yang lama tercegat di situ hanya menjadi saksi kepada rancangan mereka berdua. Akhirnya mereka beredar meninggalkan surau.

••••••••••

Hari ini Falisha free. Dia pun telah berjanji dengan Lashira untuk jogging di taman bersama-sama.

 Dia pun telah berjanji dengan Lashira untuk jogging di taman bersama-sama

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
Jiranku CrushkuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ