💌Bab 1💌

119 3 0
                                    

Buku dimasukkan satu persatu ke dalam kotak lutsinar. Kotak itu baru sahaja dibelinya tempoh hari. Hal ini memudahkannya untuk membawa dan menyusun segala barangnya itu. nanti.

"Satu..dua..tiga..empat..lima." kiranya sambil menunjuk ke arah kotak-kotak tersebut sebelum dibawa ke rumah baharunya nanti. Banyak juga rupanya. Ingatkan sikit sahaja.

"Okay, everythings is done."kata Falisha sendirian sambil menepuk-nepuk tangannya yang terkena habuk.

Tinggal perabot sahaja yang belum diangkat. Tak pe itu tugas papa dengan kawan-kawan dia.

Setelah memastikan tiada yang tercicir, segala kotak yang berisi barang itu dialih ke dinding berhampiran pintu bilik untuk diangkat keluar.

Baru sahaja hendak mengangkat kotak itu ke luar, tiba-tiba pintu bilik dibuka menunjukkan seseorang sedang membukanya.

"Dah siap ke?"tanya seseorang. Kepala menoleh dan memandang wajah gerangan itu. Wajah wanita yang jarak 3 dekad daripada umurnya itu dilihat seketika.

"Dah mama. Semua settle." jawab Falisha dengan yakinnya.

Falisha Ufaira, satu-satunya anak tunggal Puan Zulaikha dengan Encik Zakwan. Dialah penyeri dan juga pelengkap rumah tangga kepada pasangan sehati sejiwa ini.

"Okay. Nanti jangan lupa tolong mama kemas barang dekat dapur pula." pesannya.

"Okay boss."balas Falisha sambil meletakkan tangan di dahi seolah-olah seorang prebet yang menerima arahan daripada ketuanya.

Falisha meneruskan kerjanya yang tergendala tadi setelah bayang mamanya hilang dari pandangannya.

••••••••••

Seperti yang diarahkan Falisha membantu mamanya seperti yang diarahkan. Falisha diminta untuk mengeluarkan semua barang yang ada di kabinet dapur itu.

Sedang sibuk mengeluarkan cawan-cawan lama mama, tiba tiba Falisha perasan akan sesuatu.

Pis.pis.

'Bunyi apa itu. Jangan..jangan..'

"Arghhhhhh!!!" jerit Falisha.

"Kenapa ni? Kenapa Sha?" tanya mama dengan cemasnya.

"Li...li..lipas!!! Eeeee."jerit Falisha. Ya, dia sememangnya takut dengan lipas sejak kecil lagi.

"Ohhh..mama ingatkan kenapalah tadi." jawab Puan Zulaikha dengan tenangnya.

Botol aerosol pembunuh lipas dicapai dan terus disemburkan ke lipas itu. Serta merta lipas itu berpusing-pusing dan kemudiannya mati.

"Kan dah settle."kata mama dengan riaknya.

Falisha pula seakan terpana dengan tindakan itu. Tawa kecil di mulutnya turut terkeluar.

Papa pula sedang sibuk menguruskan segala perabot untuk diangkat ke lori. Dia turut meminta bantuan jiran tetangga lain. Tak larat dek kalau nak angkat 2 orang sahaja. Lagipun, Jiran-jiran di sini semuanya baik.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now