💌Bab 5💌

48 3 0
                                    

Enjin motosikal dimatikan dan diletakkan bersebelahan dengan motosikal rakan-rakannya yang lain. Kedua-dua lelaki turun dari motosikal itu.

"Heii bro. What's up." sapa Khan menghulur tangan dan melagakan buku limanya. Al maklumlah nama pun lelaki.

Fahryan turut berbuat demikian.

"Asal kau lambat?" tanya Rafael yang sengaja menanyakan soalan.

Kening mula berkerut. Pelik dengan soalan yang diajukan.

"Mana ada lambat. Kau tu haaa yang cepat sangat sampai. Asal?"

Isy dia ni kita tanya dia, dia tanya kita balik.

"Aku memang sudah semestinya cepat. Tak macam kau, kura-kura." bidas Rafael.

Ehh mamat ni cari gaduh pulak.

"Habis kau tu apa? Tiang elektrik?" kata Fahryan yang cuba mencetuskan pergaduhan.

Mana tidaknya, kurus macam orang tidak cukup zat. Pastu tinggi nak mampus. Memang patut pun kena gelarkan diri tu tiang elektrik.

"Amboi cari gaduh nampak. Meh ahh sini." katanya sambil menunjuk sebuku genggaman tangannya.

"Aduhh, korang ni. Time macam nilah korang nak gaduh. Kalau nak gaduh pergi kat tempat boxing sana." kata Khan yang cuba mencelah pergaduhan antara mereka berdua.

"Betul tu betul." sokong Fadel yang dari tadi sekadar menjadi saksi perang mulut antara dua jejaka itu.

Keinginan Fahryan untuk membalas menjadi terbantut. Sudahnya dia duduk bersebelahan dengan Khan di dalam sebuah pondok yang menjadi tempat kebiasaan mereka berempat melepak.

••••••••••


Jarum jam menunjukkan 6.30 petang. Falisha dan Lashira dalam perjalanan pulang ke rumah. Masih awal lagi sebenarnya.

Niatnya untuk pulang ke rumah lewat petang terbatal mengingatkan pesanan mamanya tadi. Dia perlu pulang cepat sebelum kena bebel.

Lashira masih lagi setia menemaninya.

Tiba di sebuah pondok mereka mendengar suara orang berbual dengan volume yang jelas didengari. Mereka tidak mengenali pemilik suara itu. Yang pastinya itu suara lelaki.

"Fuhhh. Ada awek cunlah." Tegur salah seorang lelaki itu.

"Piwit..Meh ah sini join kita orang." Pelawa lelaki itu lagi.

Lashira menoleh ke arah suara itu. Jelingan maut diberikan dan terus memaut tangan Falisha untuk beredar segera.

Falisha pula dari tadi hanya memandang jalan tar terkejut dengan tindakan Lashira. Sudahnya, dia hanya mengikut sahaja jejak sahabatnya itu.

Dia sendiri tidak menoleh ke arah suara itu. Sebabnya apa dia tidak tahu. Segan agaknya.

"Ceh. Garangnya. Dahlah garang sombong pula tu. Tidak mengapa lain kali kalau aku jumpa dia lagi nanti aku try." kata Rafael dengan nada geramnya.

"Kau ni. Pantang betul kalau jumpa perempuan." tegur Fahryan setelah kedua-dua gadis itu hilang daripada pandangan mereka berempat.

"Awek cun tu bro. Aku tegurlah. Kot kotlah ada yang berminat dengan muka aku yang handsome ni ke." kata Rafael sambil memuji diri sendiri.

"Ada ke yang minat kat kau. Muka dah helok dah macam Kristof Bjorgman tapi perangai macam The Cockroach Trio tu. Sumpah annoying." duga Fahryan.

"Biarlah. Dah memang ditakdirkan perangai aku macam tu. Bukan macam kau harap badan je sado tapi muka tu kalau boleh nak ketat je memanjang. Asyik-asyik tunjuk muka beku kau tu. Menyampah aku." perli Rafael.

"Tapi..aku pelik juga dengan kau ini. Ramai jugak yang minat kat kau tapi kau buat endah tak endah sahaja. Kenapa ya?" soalnya.

"Kenapa? Kau jelous ke dengan aku?." soal Fahryan sambil menjongketkan kening sebelah kanannya.

"Tak de masa lah aku nak jealous dengan kau" nafi Rafael.

"Aduh korang ni pasal awek pun nak gaduh ke? Penatlah aku tengok korang gaduh. Korang tak penat ke?" kata Khan

"Tak.." jawab Fahryan dan Rafael serentak.

Yalah, memang korang tidak penat. Yang penatnya aku. Penat nak menadah telinga untuk orang nak bertikam lidah je. Daripada awal perkenalan memang tidak pernah nak sekepala.

Fadel yang mendengarnya pun jadi bingung.

Mujur pergaduhan ini antara dua sahabat tidak berpanjangan. Apa orang kata. Gaduh-gaduh manja. Haaa gitu.

Sedar waktu senja hampir tiba, mereka berempat bergegas pulang. Fadel pulang bersama abangnya dengan motosikal Honda RS 150.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now