💌Bab 24💌

26 1 0
                                    

Falisha bangun dari pembaringannya. Dia kemudian memandang jam dinding biliknya . Pukul 6!

"Aduh macam mana aku boleh lupa. Confirm minah tu dah tercongok lama dekat taman tu. Tulah Sha. Sibuk sangat dengan K-Drama kau. " Bebel Falisha sendirian.

Serta merta keadaan menjadi kelam kabut. Akibat nak cepat, lantas Falisha mengambil hoodie favouritenya di dalam almari. Tudung turut disarungkan di kepala.

Setelah memastikan semuanya selesai, Falisha mencapai kasut sneakersnya di luar rumah. Sebelum berjogging, Falisha melakukan aktiviti pemanasan badan. Karang kejang nanti dah jadi satu hal. Falisha berjogging dari rumahnya ke tempat biasa dia dengan Lashira lepak.

Duk.

Terasa seperti Falisha terlanggar sesuatu. Tapi apa benda? Akibat badannya tidak seimbang lutut Falisha kemudian mencecah jalan tar.Matanya memandang jalan tar. Dapat dilihatnya sepasang kaki di depannya.

'Aduhai. Time time macam ni lah nak terjatuh.'kutuk Falisha dalam hati.

"Cik okay ke?" tanya seseorang kepada Falisha.

Gulp.

'Suara itu aku kenal. Aduh macam manalah aku langgar dia ini.'

Falisha panggung kepala memandang pemilik suara itu.

'Lahhh. Perempuan ini rupanya.' desis Fahryan.

Falisha lantas bangun dengan sendirinya lalu menepuk nepuk lutut dan tangannya untuk menghalang batu batu kecil yang melekat.

"Okay. Sorry sebab terlanggar." ucap ringkas Falisha lalu meneruskan joggingnya. Malas nak cakap banyak. Lagipun dia tidak mahu lagi bersemuka dengan mamat itu.

Mata Fahryan tidak lepas menatap perginya bayang Falisha.

'Macam tu je kau blah.' desis Fahryan. Macam tulah. Kau nak dia merayu ke minta maaf.

••••••••••

'Mana lah minah ini pergi. Lambat noh' gerutu Lashira.

Notification whatappsnya berbunyi. Sangkanya Falisha. Namun itu hanyalah sekadar harapan.

Raf poyo

"Woi"

"Tido ea"

Berkerut kening Lashira membaca pesanan itu. Apa dia ingat aku ini teruk sangat ke sampai macam tu sekali.

Lashira

"Hello excuse me."

"Cakap baik sikit ea"

"Jogging lah. Apa lagi"

Serta merta Lashira mengukirkan senyuman puas hati.

Raf poyo

"Ops marah ke?"

"Janganlah marah. Shayang"

"Eh tiber"

"Tak pelah untuk kau je. Hihihi."

Pipi Lashira yang putih itu kemudian bertukar kepada merah jambu.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now