💌Bab 27💌

24 1 0
                                    

Kawasan parkir kenderaan dikemas. Penyapu digapai bagi menghilangkan kesan habuk di situ. Setelah memastikan segalanya bersih, Falisha mengambil baldi yang berisi air. Dia kemudian mengemop kawasan itu sebelum membentangkan beberapa tikar. Kerusi kerusi turut disusun secara berderet. Meja untuk meletakkan makanan turut tersedia di situ. Falisha mengelap meja itu menampakkannya lebih berkilat.

Falisha masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke dapur untuk mengambil seteguk air. Bila dah buat banyak kerja, terasa hauslah pulak. Sebaik sahaja duduk di salah kerusi meja makan itu, Falisha perasan akan satu kotak kek. Saiz kotak itu sederhana sahaja.

"Mama. Kek ini siapa yang bagi?"tanya Falisha setelah melihat susuk tubuh Puan Zulaikha.

"Oh. Ada jiran kita bagi. Kalau Sha nak jamahlah sikit."pelawa mama.

Berbunga hati Falisha. Tapi tak kan nak makan sekarang. Badan pun dah berpeluh. Mandi dululah. Baru syok nak makan.

Selesai mempersiapkan diri dengan pakaian yang serba sopan, Falisha keluar dari biliknya dan menghampiri kotak kek yang kekal statik di atas meja. Kotak itu kemudian dibuka.

"Wahhh. Kek coklat moist. My favourite cake."kecur Falisha. Falisha mengambil sepotong kek. Dengan menggunakan sudu, satu suapan kek disumbatkan ke dalam mulut.

"Ya Allah sedapnya kek ini."katanya sambil mengamati tekstur dan rasa kek itu.

Tidak lama kemudian kawasan luar rumahnya itu didatangi oleh para tetamu. Kebanyakan tetamu yang hadir ke rumahnya dihadiri oleh jiran tetangga yang terdekat. Mama mengambil keputusan untuk menjemput beberapa buah keluarga jiran terdekat sahaja. Kenduri kesyukuran yang diadakan secara kecil kecilan itu tertanya meriah dengan suara gelak tawa para tetamu. Kenduri kesyukuran ini diadakan bagi meraikan kepulangan Falisha selaku anak tunggal kepada keluarganya ke tanah air. Setelah seminggu pulang, baru hari ini sempat buat majlis.

Falisha masih lagi menyuapkan kek itu. Akibat terlalu sedap, Falisha tidak perasan ada satu calit coklat di tepi mulutnya.

"Hai, Sha sedap sangat ke kek itu sampai comot anak papa ini makan." tegur papa dari arah ruang tamu. Papa masuk sebab mahu meneguk air sekejap sebelum kembali melayan tetamu.

Teguran papa itu membuatkan Falisha serta merta mengesat tepi bibirnya dengan tisu. Malu weh kena tegur.

"Memang sedap pun papa. Kek ini antara yang paling sedap Sha pernah rasa selain kek mama. Papa cubalah rasa" bicara Falisha.

Maka dengan itu, adegan suap menyuap antara anak beranak pun berlaku. Papa turut memuji kesedapan kek yang dimakannya.

Setelah beberapa jam majlis itu berlansung, sebahagian daripada tetamu yang hadir sudah pulang ke rumah. Yang tinggal hanyalah jiran di sebelah kanan Falisha dan keluarga seorang lagi itu. Tahu kan siapa? Malaslah nak cakap.

Jiran yang sebelah kanannya rumah itu mula bersalaman dengan papa. Ini merupakan signal kepada Falisha untuk memulakan tugasnya semula iaitu mengemas. Tetapi ada lagi satu keluarga yang belum balik. Tak kan nak mengemas sekarang. Kan?

Sementara menunggu keluarga itu pulang, Falisha mengambil pinggan plastik dan menuju ke tray makanan yang berisi bihun goreng.

"Dah lama tak nampak. Busy ke?" Tegur seseorang di sebelah Falisha. Terhinjut sedikit bahunya. Falisha menoleh sebelahnya seketika lalu menyendok mee hoon ke pinggannya.

'Dah kenapa tiba tiba tanya. Bukan kau tak suka perempuan ke' desis Falisha.

Soalan Fahryan dibiarkan. Falisha terus mengambil telur dadah yang tekah dipotong seperti pizza dan meletakkan di atas mee hoon.

"Kau apa khabar? Sihat?" tanya Fahryan bagi memulakan perbualan akan mereka berdua.

"Sihat."balas Falisha sepatah sambil mengambil sambal tumis untuk dimakan bersama nanti. Tempat duduk berdekatan dengan mamanya diambil. Sebenarnya Falisha nak elak daripada bersemuka dengan lelaki itu.

Mendengarkan balasan Falisha itu, terbit rasa kecewa dalam hati Fahryan. Matanya mengekori bayang Falisha.

'Dont give up, Yan. Mungkin dia masih lagi marah dengan kau. It's okay. Let she be. Give her some time.' kata suara hati Fahryan.

Siap sahaja makan, Puan Batrisya bersalaman Puan Zulaikha tanda mahu beransur pulang. Falisha yang ada di situ turut menyalami wanita itu.

"Congratulations, Sha." ucap Puan Batrisya sambil membentuk satu senyuman.

"Thank you Cik Bat."balas Falisha dengan senyuman manisnya.

"Lepas ini plan nak buat apa?" tanya wanita itu lagi.

"Tak tahu lagilah Cik. Mungkin tolong tolong mama apa yang patut kot" jawab Falisha tidak pasti.

Puan Batrisya mengangguk faham. Siapa lagi yang boleh bantu kerja ibu dan ayah kalau bukan si anak. Puan Batrisya dengan Puan Zulaikha berborak sebentar. Tidak lama selepas itu, dia dan keluarganya beransur pulang. Fahryan yang hadir turut mengundurkan diri. Sebelum melangkah keluar, sempat dia menoleh ke arah Falisha.

Falisha yang perasan akan pandangannya menoleh tempat lain. Melihat Falisha yang tidak menolehnya menimbulkan rasa kecewa yang mendalam. Orang kata kalau nak tahu seseorang itu suka kita atau tidak, kita tengok gerak gerinya. Kalau dia menjauhkan diri dari kita maksudnya...?

••••••••••

Jari jemari masih lagi duk scroll skrin telefon. Sebelum masuk waktu tidur baik main insta dulu. Sambil sambil tu bolehlah melayankan mata ini.

Macam macam yang ditontonnya. Daripada gambar artis sampailah ig story lukisan dia tengok. Falisha berhenti scroll di satu post ig. Di dalam itu, tertera gambar satu kek coklat yang dihantar oleh satu account ig.

 Di dalam itu, tertera gambar satu kek coklat yang dihantar oleh satu account ig

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buying this for someone special. Hope she like it🥰

'Eh, macam pernah nampak je kek ini. Ni bukan ke kek yang aku makan tadi.'

Terus Falisha menekan profile ig itu.

'CaptainQF. Bukan kot Sha. Orang lain ini.' omelnya sendirian untuk menyedapkan hatinya. Tak mungkinlah dia nak bagi. Kalau dia bagi pun atas sebab apa?

Lantas Falisha menutup telefon pintarnya. Malas nak fikir. Matanya terus dipejamkan dan mula masuk ke alam lenanya.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now