💌Bab 18💌

16 1 0
                                    

Puasa sudah semakin tiba penghujungnya. Semakin hari semakin ramai jemaah surau yang hadir.

Hari ini merupakan hari ketiga papa pergi ke surau. Baru sekarang ada kesempatan pergi surau. Selalu papa balik kerja lambat. Kadang sampai lewat malam. Bila dah macam tu badan mesti dah penat. Otak pun dah fikir nak balik rumah sahaja setelah selesai semua kerja. Jadi memang tidak sempat nak singgah surau.

Papa solat jemaah asar di surau. Habis sahaja solat papa tidak terus balik. Papa duduk di pangkin berdekatan sambil menunggu jemaah lain keluar. Kata AJK surau, hari ini ada aktiviti buat bubur lambuk. Jadi, papa ingat nak join sekali alang alang dah dekat surau ini.

"Assalamualaikum" sapa seseorang di hadapan Encik Zakwan aka papa Falisha.

"Waalaikumusalam" jawab papa.

"Abang ni jiran yang duduk dekat dengan taman tu kan?"tanya orang itu dengan ramahnya.

"Ya saya. Abang ni siapa?"

"Saya Nadzri. Saya pun duduk dekat area situ jugak." kata Encik Nadzri lalu menghulur tangan untuk salam.

Encik Zakwan pun menyambut huluran itu.

"Patutlah muka macam pernah nampak. Tapi hari tu yang saya nampak lain sikit mukanya sama dengan kamu Nadzri." tutur papa.

"Ohh itu mungkin anak saya. Muka kami agak-agak seiras." Kata Encik Nadzri.

Encik Nadzri terus melabuhkan punggungnya di hadapan Encik Zakwan.

Seketika kemudian, mereka didatangi oleh seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan Fahryan.

"Ayah." panggil Fahryan

"Haaa. Itu pun dia." Kata Encik Nadzri kepada papa.

"Ayah, imam surau cakap kejap lagi kita mula buat bubur lambuk." terang Fahryan.

"Baiklah. Yan, ini ayah kenalkan kawan ayah, Encik Zakwan." Ujar Encik Nadzri.

"Oh. Apa khabar Pak cik?" Tutur Fahryan lalu menghulur bersalaman.

"Sihat alhamdulillah." Balas papa yang turut menyambut huluran itu.

"Ni anak sulung aku, Wan. Tahun ini dia SPM. Ada lagi seorang. Yang tu umur dia 15 tahun." tunjuk Encik Nadzri kepada anak bongsunya yang baru keluar dari surau.

Encik Zakwan hanya menganggukkan kepalanya. Dan mereka pun duduk berbual sementara menunggu aktiviti itu bermula.

••••••••••


Setelah satu jam di surau, akhirnya bubur lambuk telah pun siap masak. Dua periuk besar yang masih panas itu direhatkan seketika.

"Nak Yan tolong tak?" tanya Yan kepada ayahnya sedang menggaul rata bubur itu.

"Tolong ayah ikatkan bubur ni, Yan." Kata Encik Nadzri lalu menghulur sepeket getah elastik.

"Baik ayah." Patuh Fahryan.

Beberapa senduk bubur yang Encik Nadzri masukkan diberikan kepada Fahryan untuk diikatkan. Fahryan melakukan tugas itu dengan tangkas sekali seperti sudah biasa melakukannya.

Setelah selesai mengikat. Bungkusan itu dikumpulkan di satu tempat untuk diagihkan.

"Nanti Yan dengan Fad tolong ayah hantarkan bubur ini dekat area rumah kita ya? Ayah dengan Pak Cik Wan nak hantar dekat tempat lain pulak." Pinta Encik Nadzri.

"Boleh ayah. No hal lah." patuh Fahryan.

"Aku pulak bawak motor. Kau bagi bubur ini." kata Fadel kepada abangnya.

Dua beradik ini terus ke motor yang menjadi kenderaan mereka.

"Hhm yelah. Memang muka aku ini muka bagi bubur tiap tiap tahun" sarkastik Fahryan.

"Hihihihi. Jangan marah bang. Bulan puasa ini."

"Hm. Cepatlah tolak motor tu. Tangan aku dah penuh ni." tunjuk Fahryan yang memegang bungkusan bungkusan itu.

"Kejap. Sabar. Ok done." Kata Fadel.

Enjin motor dihidupkan. Mereka berdua mula mengagihkan bubur itu.

"Assalamualaikum." beri salam Fahryan.

'Pintu bertutup sahaja. Ada orang ke tak ni.' desis Fahryan.

Salam kali kedua diberi. Lepas ini kalau tak de orang, letak jelah dekat tembok ini.

Pintu rumah dibuka dari dalam.

Falisha menjinjitkan sedikit kakinya untuk melihat. Terus bercahaya matanya melihat gerangan itu.

Falisha terus membetulkan awning tudung sarungnya yang sudah tersedia di kepala. Nasib baik dia pakai tadi. Kebetulan ada barang sampai tadi.

"Waalaikumusalam. Ya ada apa ya?" Jawab Falisha dengan sopannya. Yelah depan crush kot. Hihihihi.

Falisha terus menghampirinya.

"Ni ada bubur lambuk dari surau." hulur Fahryan.

"Oh. Terima kasih." Ucap Falisha lalu melemparkan senyuman kepadanya.

Setelah selesai, Fahryan terus ke motornya dan pecut meninggalkan rumah Falisha.

Mata Falisha hanya mengekori pergerakan motor itu sehinggalah bayangnya hilang.

'Dia tidak jawab pun ucapan kasih aku. Heee kereknya mamat tu. Tak pe. Sekerek mane pun dia aku tetap suka.' omel Falisha sendirian.

Falisha kembali masuk ke rumah. Bubur lambuk itu diletakkan di atas meja makan yang masih kosong. Nampaknya hari ini kita berbuka bubur lambuk jelah agaknya.


Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now