💌Bab 16💌

20 1 0
                                    

"Fad cepatlah" laung Fahryan dari daun pintu.

Macam biasa kalau dah petang macam ni melepak jelah kejanya. Macam tak de keja lain kan?

Kakinya menuju ke motosikalnya. Enjin dipanaskan sementara menunggu adiknya.

Pandangannya di motosikal kemudian beralih ke peti surat rumahnya. Kelihatan satu envelope di dalamnya.

Fahryan ke peti itu dan envelope itu turut diambil. Seluruh envelope itu diperhatikan untuk mengetahui siapa pengirimnya. Malangnya, tiada nama yang tertulis.

"Surat apa tu bang?"sapa Fadel dari belakang Fahryan.

"Dah ke?"soal Fahryan yang menghiraukan pertanyaan adiknya lalu memasukkan envelope itu ke dalam kocek.

'Dia palau aku. Tak pe. Nanti aku tahu jugak' omel Fadel.

"Beres boss" jawabnya lalu naik memboceng di atas motor.

"Jomlah gerak"ajak Fahryan.

••••••••••

Fahryan dan adiknya tiba di pondok yang menjadi tempat kebiasaan mereka berempat. Di pondok itu kelihatan Khan dan Rafael yang telah menunggu kedatangan mereka berdua.

Fahryan melabuhkan punggungnya di sebelah Khan. Fadel pula di sebelahnya. Envelope yang berwarna coklat itu Fahryan keluarkan.

Tangannya mula membuka envelope itu dan membaca isi dalamnya.

Haii assalamualaikum..

Awak apa khabar? Sihat ke? Mestilah sihat kan. Mesti awak tertanya tanya kan siapa yang bagi surat kan? Jawabnya ialah orang yang bagi surat ini ialah orang yang tulis surat ini. Hahahaha. Jangan risau. Saya bukan orang jahat. Lagipun kita pernah jumpa sebelum ini. Cuma antara awak perasan atau tidak sahaja.

Saya cuma nak berkenalan dengan awak je. Boleh kan? Kita jadi kawan. Jadi kawan pena pun ok jugakkan? Walaupun kita berdua dekat je di mata tetapi hati kita berdua masih jauh lagi. Ciaaa. Macam pick up line dah. Jangan marah tau. Ini sekadar gurauan sahaja.

Ok lah itu je kot. Harap harap nanti bolehlah berjumpa face to face. Bye.

From,
#Writersicomel

Selepas membacanya, rupa envelope itu diperhatikan secara keseluruhan.

'Tengok rupa envelope ini rasanya orang bagi ini mesti orang perempuan. Kalau nak kata lelaki nampak tidak logik. Sebab jaranglah lelaki guna perkataan 'awak' tu. ' kata Fahryan dalam hati.

"Fuyooo...surat dari awek. Tak sangka kau dah ada rupanya Yan. Senyap-senyap je kau erk" kata Rafael.

"Apa benda lah kau ni Raf. Aku nak ada awek? Lamberttt lagi. Tah siapa yang bagi ni pun aku tak tahu." Nafi Fahryan sambil menunjukkan surat di genggamannya.

"Untunglah ada peminat bagi. Kita ini tak de siapa pun nak bagi. Betul tak Fad, Raf?" Tambah Khan.

Rafael dan Fadel hanya mengangguk.

"Tapi betul ke kau tak tahu siapa bagi?" tanya Khan yang ingin mendapatkan kepastian.

"Hm. Kalau aku tau mesti aku dah cari dah orang tu sekarang jugak."kata Fahryan.

"Ye tak ye jugak. Selalunya orang yang minat dekat kau, semuanya kaki DM . Tapi ini lain."kata Rafael.

"Itu yang aku pelik itu. Zaman now ni, ada lagi yang pakai this kind of method. Whose envelope is this?" tokok Fadel.

"Tak pe. Biarkan jelah envelope ini. Buat pening kepala sahaja fikir. So, kita nak buat apa sekarang ini?" Soal Fahryan yang baru letakkan envelope itu di bakul motornya.

"Macam biasalah apa lagi yang boleh buat." Kata Khan.

Mereka berempat terus ke tengah padang untuk aktiviti riadah mereka.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now