💌Bab 6💌

38 2 0
                                    

Cuti persekolahan yang panjang sudah sampai di garisan penamat. Bunyi alarm dari telefon telah membangkitkan Falisha dari tidurnya. Sengaja Falisha berbuat begitu supaya tidaklah terlajak subuh nanti memandangkan hari ini adalah hari persekolahan.

Falisha hari ini bersiap lebih awal. Takut takut tertinggal van pulak. Karang tidak sampai sekolah. Sudahlah hari ini hari pertama persekolahan.

Ya, Papa sudah memaklumkannya terlebih dahulu. Maklumlah papa pergi kerja lambat sedikit. Kedua orang tuanya itu tidak mahu Falisha lambat ke sekolah disebabkan mereka.

Seawal 6.15 pagi, Falisha sudah terpacak menunggu kehadiran van. Sebenarnya ini kali pertama dia pergi sekolah dengan bertumpangkan van.

5 minit kemudian, van yang ditunggu telah tiba. Falisha memasuki perut van itu dengan cermatnya.

"Maaflah mak cik lambat" tegur wanita itu setelah Falisha selamat duduk di kerusi.

"Tidak mengapa mak cik"jawab Falisha selirih.

"Nama siapa nak?" tanya wanita itu dengan ramahnya.

"Falisha Ufaira. Panggil je Sha"jawab Falisha lalu mengukirkan senyuman.

"Ooo..mak cik orang kat sini panggil Kak Za, kamu panggil je Cik Za"tutur wanita itu yang turut memperkenalkan dirinya.

Anggukan kecil diberikan oleh Falisha. Selepas ini, tidaklah dia kekok untuk menyapa wanita itu.

Falisha menikmati perjalanannya ke sekolah dengan melihat permandangan langit dari dalam van. Falisha sememangnya begitu. Katanya mahu ambil mood sebentar sebelum tiba di sekolah.

Van itu berhenti di sebuah rumah. Rumah itu merupakan rumah yang Falisha terserempak dengan seorang jejaka tempoh hari waktu kali pertama. Sejurus itu, keluarlah seorang jejaka tersebut dari rumah itu. Falisha beranggapan orang itu lebih tua daripadanya.

Waktu pagi yang agak gelap membuatkan Farisha sukar untuk melihat wajah orang itu. Namun, dia pasti jejaka itu adalah orangnya.

Lelaki itu kemudiannya mengambil tempat di bahagian paling belakang selepas menutup pintu van.

'Ishh terasa pelik pula ada pelajar lelaki' kata Falisha dalam hati . Secara tiba-tiba kata-kata itu muncul dalam dirinya. Mana tidaknya, sekolah Falisha semuanya terdiri daripada pelajar perempuan.

Tepat jam 6.45 pagi, Falisha selamat tiba di sekolahnya. Jalan di sekolahnya agak sesak dibanjiri dengan kenderaan lain termasuklah yang mahu pergi ke tempat kerja mahupun menghantar anak ke sekolah. Maklumlah sekolah Falisha ini berada di kawasan pertengahan bandar.

Cik Za memberhentikan Falisha di pondok perhentian kenderaan yang berdekatan dengan pintu pagar. Falisha melangkah keluar dari van dan masuk ke pintu pagar dengan langkah kaki kanan.

••••••••••

Suasana seisi dewan menjadi riuh rendah. Semua murid diminta untuk berkumpul untuk perhimpunan rasmi.

Falisha telah mengambil tempat bersebelahan dengan Lashira di mana kawan-kawan sekelasnya berbaris.

Perhimpunan sekolah dimulakan ucapan pengerusi majlis. Kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan lagu rasmi sekolah.

Semua murid-murid dibenarkan untuk duduk. Kini, tibalah masa untuk mendengar ucapan daripada pengetua, Puan Hasniza Binti Harun.

Semua murid telah bersedia dengan buku catatan masing-masing dan sebatang pen.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua."

Seluruh dewan menjawab salam Puan Pengetua itu.

"Terima kesih kepada saudari pengacara majlis. Yang saya hormati guru-guru penolong kanan, guru-guru, staf-staf dan anak-anak puteri yang saya kasihi sekalian. Sebelum saya menyampaikan ucapan, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SMK (P) Bukit Elysian atas kehadiran anda ke sekolah hari ini. Berikan tepukan yang paling gemuruh buat diri anda. "

Tepukan diberikan sehingga bergema seisi dewan.

"Diharapkan kehadiran puteri-puteri di hadapan saya ini adalah konsisten setiap minggu mahupun setiap bulan. Sebabnya kejayaan seseorang itu bermula dengan disiplin diri yang tinggi."

Ucap Puan Pengetua.

"Baiklah, tanpa membuang masa, saya teruskan dengan ucapan saya. Rasanya semua tidak sabar hendak masuk ke kelas selepas ini kan? Hari ini, merupakan hari pertama persekolahan. Jadi, saya rasa anak-anak puteri saya ini mesti bersemangat mahu belajar dengan guru-guru hebat yang berada di depan anda sekarang ini. Teruskanlah semangat anda itu. Janganlah berduka dengan apa yang sudah anak-anak lalui, tetapi berbanggalah dengan apa yang anak-anak sudah capai. Moga-moga ia menjadi motivasi anda semua untuk mencapai kejayaan yang lebih baik."

"Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya nak anak-anak bangun dan kita sebut slogan sekolah kita boleh?"

Serta-merta semua murid bangun.

"B.E.G.S" laung Puan Pengetua.

"Leads!!!"sambut semua murid.  Slogan sekolah itu diulang sebanyak tiga kali.

"Okay, sekian itu sahaja ucapan saya daripada saya. Terima kasih"

Habis dengan itu, seisi dewan memberikan tepukan. Segala pesanan yang padat dengan isi itu telah dicatat dan harus diambil iktibar oleh semua murid.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada guru yang lain. Tepat jam 8 pagi, perhimpunan berakhir dan diakhiri dengan doa penutup majlis.


























---Maaflah kalau dalam bab ni macam banyak merapu je---

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now