💌Bab 33💌

12 1 0
                                    

Bunyi jam telefon telah mencelikkan mata Fahryan. Disebabkan bunyi itu terlalu kuat, dia terus menutup alarm itu. Sudah hampir pukul 7 pagi. Terlepas sudah waktu subuh.

Dia kembali ke katil. Dapat singgah di hadapan matanya seorang wanita yang masih lena. Lagi cantik kalau dia tidak memakai tudung. Semalam waktu isterinya tidur, dia dengan senyap senyap menanggal tudung dari kepalanya. Nasib tidak terjaga.

"Ayang...bangun. Jom kita solat subuh." Kejut Fahryan dengan menepuk perlahan bahu Falisha beberapa kali.

Tergerak sikit badan Falisha tetapi masih memejamkan mata. Dapat didengar di telinga Fahryan dengkuran halus dari mulut isterinya. Dengan mulutnya yang sedikit terbuka.

'Ya Allah, isteri siapalah ini. Penat sangat ini. Apa aku nak buat ya?' fikirnya sejenak.

Satu akal muncul di kepalanya.

Fahryan semakin merapat ke arah isterinya. Mukanya mendekati wajah isterinya. Jarinya mula bermain rambut yang terjuntai itu.

"Ayang...ayang....hei bangun. Ayang nak B buat apa? Nak B tutup mulut yang terlopong ni hm? Boleh. B buat ya?" Usiknya.

Terasa seperti tidak selesa, terus Falisha membuka mata. Bukan sahaja matanya nampak wajah suaminya yang semakin mendekat.

"A..wak..." panggil Falisha tersekat sekat dalam keadaan mamai.

"Bangun pun dia. B baru nak buat tadi."

"Buat apa ini?" Tanya Falisha dalam kebingungan.

"Hehehe tak de apa. Jom solat subuh. Kita qadak subuh sama sama." kata Fahryan sambil menarik tangan isterinya.

"Kejap. Mana tudung saya?" Cari Falisha. Semalam rasanya dia pakai tudung.

"Tu haa. B yang bukak kan." Tunjuk Fahryan di atas meja kecil.

"Apa dia?!"

"B pergi ambik dulu wuduk ya." Lari Fahryan sebelum dia kena marah.

Baru nak marah. Nasiblah baiklah suami. Falisha bangun dan mengemas katil.

••••••••••

Selepas solat qadak subuh, mereka berdua keluar dari bilik. Meja makan dituju. Hidangan untuk sarapan telah siap tersedia. Semua orang telah bersedia di meja makan dan memandang mereka berdua.

"Good morning pengantin baru. Lambat bangun hari ini." tegur Fadel.

"Isy kamu ni Fad. Dah nama pun pengantin baru. Penat semalam tak hilang lagi. Betul tak, Yan?" Bela Encik Nadzri kepada anak sulongnya.

Fahryan hanya tersenyum dan mengangguk setuju.

Hish. Asyik abang je yang selalu ayah back up. Kita ini tiada siapa nak tolong back up kan.

"Maaf ibu. Sha tidak tolong ibu buat sarapan. Sha bangun lambat tadi." Ulas Falisha serba salah. Baru first day jadi menantu dah tunjuk attitude yang tak baik.

"Tak pe Sha. Ibu pun bangun lambat jugak tadi. Ni sarapan ini pun ibu beli. Nasib baik ada lagi kat kedai depan." Kata Puan Batrisya.

"Dah lah itu. Jom makan." kata si ayah.

"Ayang nak mee hoon goreng? Biar B yang ambikkan."

"Fuyyo dah tukar panggilan lah. Sweet doh kau bang." Puji Fadel melambung.

"Baru tahu ke?" Sinis Fahryan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now