💌Bab 17💌

16 1 0
                                    

Hari berganti hari semakin banyak surat yang Fahryan terima. Tiap tiap minggu Fahryan akan terima satu sampul surat. Hari ini sahaja dah masuk dua bulan. Bermakna sudah lapan envelope yang diterimanya termasuk yang envelope pertama.

Setiap envelope diselerakkan di atas katilnya. Sejak dia terima envelope hari itu, tiada satu pun envelope dia buka. Mula-mula ingat malas nak layan. Tapi ni dah makin banyak. Orang ni memang betul-betul kawan dengan aku ni.

"Hope you are having good day Mr cool"

'Mr cool dia panggil aku.' desis Fahryan

"Saya harap awak dapat capai apa yang awak cita citakan. Hmm..hari ini awak tak pergi main bola ke? Pergilah main. Bukan ke tu hobi awak? Jadi footballer nanti pun okay jugak. Saya lagilah suka."

'Kejap. Macam mana dia tahu aku ni suka main bola.'

Fahryan terus membuka envelope yang seterusnya. Kebanyakan isi envelope itu berupa nasihat dan motivasi diri. Hinggalah ke envelope yang terakhir, Fahryan seakan akan terpaku ketika membacanya.

"We are a box of crayons. Each of us uniqe. But, when we get together the picture is complete."

Faithfully,
Writer FU "

'Siapa kau sebenarnya. Kenapa kau tak jujur terus. Kan senang' omel Fahryan.

'FU? Macam familiar lah intial name tu. Tu kau ke? Ehh bukanlah Yan. Ramai lagi orang yang guna huruf tu. 50 percent bukan.'

"Argh. Malas lah aku nak pikir. Baik aku pergi surau lagi bagus." kata Fahryan lalu memasukkan semua surat itu ke dalam envelope dan menyimpannya di dalam laci.

••••••••••

Petang itu cuaca sangatlah baik. Semua jemaah surau hadir seperti biasa untuk mengimarahkan rumah Allah.

Semakin banyak aktiviti yang dilakukan terutama sekali bila nak masuk bulan ramadhan.

Falisha dan mamanya turut menyertai program tazkirah ringkas yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman. Bagus juga kalau program ini dibuat. Selain menarik kedatangan penduduk ke surau sambil sambil tu boleh dapat ilmu baharu.

Sesekali mama mencatat nota penting di dalam bukunya. Falisha turut memerhatikannya. Setiap bait kata penceramah itu kadangkala menusuk jiwa Falisha sebagai anak muda.

"Hadirin sekalian,"

"Satu sahaja pesanan saya. Jika kita tidak pasti akan sesuatu perkara, jangan kita bicara satu pun daripadanya. Takut takut nanti di kemudian hari menjadi perkhabaran yang dusta. "

"Sebab itu zaman sekarang ini, tidak semua kita boleh percaya betul tak? Sebagai contoh, ada seorang budak perempuan ini. Dia ni tak cantik pun. Hodoh orang kata. Contoh ya. Jangan marah."

"Suatu hari ini, ada satu kawan sekelas ini, datang dekat meja dia. Dia cakap ada orang suka dekat dia. Perempuan tu tanyalah siapa? Kawan dia itu tunjuklah lelaki yang kat meja belakang. Niat kawan dia ini cuma nak kenakan dia je. Sebab perempuan ini kan tak cantik, so tiada orang nak berkawan dengan dia. Kira lonely kan. Jadi, perempuan tu tolehlah belakang dan lelaki itu pun pandang muka dia. Dan start daripada itu mulalah"

"Dari mata mu ku jatuh hati." Nyanyi penceramah itu

"Perasaan suka pun bertaut. Jadi perempuan tu pun pergi dekat lelaki itu. Dia pun cakap "Saya suka awak." Berkerut kening lelaki itu. Lelaki itu pun berkata " Kau dah kenapa sewel ke? Tiba tiba je cakap macam tu.""

Serta merta jemaah surau ketawa.

"Perempuan itu pun jawab : " Tadi ada orang kata yang awak suka saya. Betul kan?"

"Lelaki itu pun tergelak besar dan berkata: "Bila masa pulak aku sukakan kau. Kau mesti tak sedar kan yang kau dah kena prank. Betul tak."

"Perempuan itu dengan ketap giginya terus duduk dekat tempat dia dan satu kelas gelakkan dia. Dia malu. Malu kat mana lagi dia nak tebalkan muka ini."

"Daripada cerita ini, saya teringat satu hadis. Hadis ini daripada Hafsh bin 'Ashim RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Cukuplah seseorang (dianggap) berdusta apabila dia menceritakan semua apa yang didengari." "

"Allah SWT turut berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 6: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.""

"Sekian itu sahaja daripada saya. Diharapkan segala input yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada semua. Assalamualaikum wbt"

Habis sahaja tazkirah itu, semua jemaah diminta bersedia untuk menunaikan solat asar memandangkan waktu solat hampir tiba.

Ketika ingin merapatkan saf, Falisha ternampak seorang lelaki baru masuk ke surau. Lelaki itu siap dengan baju jersey hijaunya berserta kopiah putih di kepala.

'Alahai. Ada ciri ciri imam betul lah awak ni.' puji Falisha dalam hati.

Setelah memastikan ke semua jemaah bersedia, tuan penceramah tadi terus mengimamkan solat fardu asar.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now