💌Bab 29💌

32 2 2
                                    

Ke hulu ke hilir Falisha sejak awal pagi tadi. Hari ini merupakan hari yang paling sibuk bagi gadis itu dan juga mamanya. Mama telah berhasrat untuk mengadakan promosi jualan kek cawan hari ini. Oleh sebab itulah mereka tidak menang tangan dan terpaksa bergerak ke sana sini. Bagi melancarkan lagi tugas mereka, papa turut menyertai mereka berdua. Papa membantu mereka berdua memandangkan dia mendapat cuti bonus selama dua minggu dari bosnya.

Setelah hampir dua dekad bekerja di sebuah syarikat, akhirnya papa dapat merasakan sedikit kebebasan. Kerajinannya dan juga komitmen yang tinggi telah membuktikan kepada majikannya yang dia juga mampu menaik nama syarikat sehingga menjadi terkenal walaupun dia merupakan pekerja biasa.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi kedai akan ditutup. Pelanggan yang hadir juga kian surut.

Falisha yang sudah keletihan terus melabuhkan punggungnya di atas lantai. Kepala disandarkan di dinding lalu didongakkan memandang siling. Mata dipejamkan sekejap.

Ting.

Bunyi loceng dari arah luar telah menganggu sesi rehat Falisha.

'Ada lagi yang datang. Baru nak rehat.' rungutnya dalam hati.

Serta merta mulutnya ditampar. Tidak baik merungut. Rezeki baru masuk.

Keluar sahaja dari ruangan solat, dapat dijamah di hadapan matanya bayangan seseorang. Bayangan seorang lelaki.

"Ya, Encik. Boleh saya bantu?" tutur Falisha kepada lelaki itu sambil meloretkan senyuman.

'Ya Allah cantiknya dia bila dia senyum.' gumam lelaki itu. Jatuh cinta ke tu?

"Saya nak buat tempahan cupcake. Tadi saya nampak di banner kat depan ada promosi. Masih available lagi ke promosi itu?" soal lelaki itu.

"Maaf encik. Promosi jualan cupcake itu sudah tidak available lagi memandangkan cupcake telah pun habis dijual. Kalau encik nak jugak buat tempahan, encik boleh buat tempahan cupcake yang lain. Tetapi ambil masa sedikitlah untuk siap. Jadi macam mana?" ulas Falisha sehabis sopan. Tak bolehlah nak marah. Customer mama tu. Customer lari kang susah pulak tu.

'Alahai. Suara dia pun lemah lembut.' gumam lelaki itu lagi namun reaksi wajahnya dikawal bagi menampakkan machonya.

"Kalau macam itu, saya nak buat tempahan sebanyak 20 biji cupcake. Untuk perisa saya tidak kisah perisa apa. Hhmm kalau hari esok saya ambil boleh?" terang lelaki itu.

Falisha mengangguk sambil menulis tempahan di buku nota mamanya.

"Baik. Itu sahaja ke?" soal Falisha untuk kepastian.

Lelaki itu membalas dengan anggukan kepala. Melihat Falisha yang sudah menutup buku dia perasan akan sesuatu.

"Oh. By the way nama saya Khan. Saya pergi dulu, ya. Assalamualaikum" pamit Khan.

"Waalaikumusalam." jawab Falisha.

'Aduh macam mana lah aku lupa nak tanya nama tadi. Nasib baik dia ingatkan. Thanks bro' kata hati Falisha sambil melihat jejaka itu pergi meninggalkan kedai.

••••••••••

Khan POV

Seperti yang dijanjikan aku datang semula ke kedai itu. Teringat pula aku wajah polosnya semalam. Semalam jugalah hari yang paling lena aku tidur.

Beberapa minit pemanduan, keretanya kemudian diparkir di hadapan kedai. Aku keluar sahaja dari kereta kelihatan dia sudah berada di kaunter depan sambil tangannya lincah melakukan kerja.

Di dalam hatiku tidak putus memujinya.

Kaki mula menapak di pintu kedai. Dapat dilihatnya reaksi wajah pelik gadis itu.

"Selamat pagi. Eh. Encik ini yang datang semalam buat tempahan tu kan? Awalnya datang." sapanya.

"Aah saja datang awal. Kebetulan hari ini kerja. Panggil je Khan. Tak perlulah ber-encik bagai. Segan saya."

"Tunggu sekejap ya, saya pergi ambilkan cupcake."pamitnya.

Kepala aku dianggukkan tanda mengizinkan.

Selepas beberapa minit, dia keluar dengan membawa sekotak cupcake yang sederhana. Sampai sahaja di hadapannya, kotak itu dibuka hadapan aku.

"Okay. Ini dia cupcakenya. Dark Chocolate Chip. Sebagai info, cupcake ini merupakan cupcake yang terlaris setakat ini." terangnya kepadaku.

"Patutlah laris. Tengok sahaja dah kecur." puji aku. Sambil sambil itu mata aku memandang anak mata gadis itu.

Dia yang bagaikan tidak selesa terus melarikan pandangannya. Lantas kotak itu ditutup semula.

'Khan cover Khan. Cover'

"Err..berapa ya total?" soal aku janggal.

"Memandangkan awak customer terakhir semalam dan first costumer hari ini, owner kedai telah pun berikan potongan harga sebanyak 20%. Jadi semua sekali harganya RM 45." kata Falisha

Aku mengeluarkan not 50 dan memberikan kepadanya.

Lantas dia memulangkan bakinya.

"Boleh beri saya number phone awak? Jangan salah faham. Saya mintak nombor ini sebab nanti senang untuk contact kalau nak buat tempahan lagi."

Dia yang faham akan maksud aku terus memberikan satu nombor telefon yang aku tidak pasti kepunyaan siapa.

"Ini nombor pemilik kedai ini. Kalau ada apa apa call sahaja nombor ini, ya." hulurnya.

"Terima kasih."

"Sama sama. Kalau tiada apa apa saya pergi dulu. Jumpa lagi ya." pamitnya.

Setelah dia pergi, aku terus mengambil kotak itu dan keluar dari kedai.

••••••••••

Suapan yang terakhir itu dimasukkan ke dalam mulut. Segala kemanisan yang terkandung di dalamnya dinikmati dan mula memasuki ke dalam esofagus terus masuk ke dalam perut.

"Sedapnya cupcake ini." puji Fahryan sesudah mengunyahnya.

Ya, Fahryan akui rasa cupcake ini memang sedap. Rakan rakan sepasukannya yang lain turut bersependapat dengannya. Malah, Fahryan turut merasakan yang dia pernah merasa cupcake ini suatu ketika dahulu. Namun dia sendiri tidak pasti.

"Mestilah. Tengoklah siapa yang belanja" kata Khan dengan nada berlagaknya. Dia turut berpuas hati rasa manisan itu. Ini bermakna tidak sia sia semalam dia terjah kedai itu.

"Kau beli kat mana cupcake ni, Khan? Boleh lah aku order lepas ini." Soal Fahryan.

"Aku beli dekat kedai kek yang baru buka itu. Alah kedainya dekat simpang depan sebelum masuk kawasan rumah kita itu. Apa nama kedai itu ye? Aku lupa lah." Terang Khan.

Fahryan hanya mengangguk. Mungkin kedai yang dimaksudkan oleh Khan itu kedai cupcake lain ke. Kan?

"Semalam kedai ini ada buat promotion, tu yang aku ingat nak belikan cupcake ini untuk korang. Tapi dah habis. Mujur ada sorang perempuan ini baik hati ambik jugak order ini. Cantik doh perempuan itu. Dah lah cantik, lemah lembut pulak itu." Puji Khan menggunung sambil membayangkan raut wajah gadis itu.

"Kau ini tak baik tau. Kau datang nak jadi customer dia. Menyempat pulak dia mengurat orang." Kata Fahryan.

"Alah biarlah. Oh, untuk soalan kau tadi aku baru teringat. Kalau tidak silap aku nama kedai itu Z's Cake Shop. Kau trylah usya kedai itu. Aku tengok cupcake cupcake dia semua nampak sedap." ujar Khan.

Fahryan terkedu mendengar jawapan Khan. Maknanya dia salah sangka tadi. Dan ini bermakna perempuan yang disebutkan oleh Khan tadi itu adalah gadis pujaannya.

'Ini tidak boleh jadi. No matter what she's mine. Forever.' gumam Fahryan.




























-Agak agaknya kan apa yang Fahryan akan buat lepas ini?

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now