💌Bab 11💌

22 1 0
                                    

Tudung dua lapis berwarna kelabu dipakai dan awning dibetulkan. Hari ini Falisha perlu berpakaian uniform lengkap kerana hari ini ada perhimpunan kokurikulum.

Falisha yang sudah bersiap sedia dengan uniform Pengangkapnya itu keluar dari bilik. Beg sekolah diletakkan di ruang tamu terlebih dahulu sebelum menjamah sarapan roti bakar bersalut dengan jem kaya buatan mama.

"Sha pergi dulu ya mama" minta izin Falisha lalu menghulurkan tangan untuk salam.

"Okay. Hati-hati pergi sekolah tu" kata Puan Zulaikha yang menyambut salam anak perempuannya. Sempat lagi dia berpesan. Memang setiap kali hari sekolah, dia akan pesan dekat Falisha tanpa rasa jemu. Betullah kata orang yang pesan ibu itu beribu.

"Iya mama." kata Falisha sambil mengangguk.

Falisha keluar dari pintu rumah dan menunggu Cik Za datang. Beberapa minit kemudian, sebuah van kuning yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Falisha sempat menguntumkan senyuman kepada Cik Za lalu melabuhkan punggungnya di tempat biasa dia duduk.

Van diberhentikan di rumah Fahryan. Falisha masih lagi tidak tahu nama sebenar lelaki itu. Dia selalu dengar orang panggil dia 'Yan'. Banyak nama yang boleh dipanggil macam tu. Macam Sufyan ke. Aryan ke. Kalau tidak pun Dayyan.

Beberapa minit menunggu, Fahryan keluar dari pintu pagar rumahnya.

Dapat dilihat dengan mata Falisha akan pakaian Kadet Polis yang dipakai oleh Fahryan. Dia sedikit terpegun dengan penampilannya pada ketika itu.

'Ya Allah...handsomenya dia. Lagi-lagi dia pakai baju itu. Badan dia boleh tahan sado jugak. Amboi Sha melampau kau ni.' puji Falisha dalam hati.

"Kamu balik pukul berapa hari ini, Fahryan?" tanya Cik Za setelah pintu van itu ditutup.

'Oh nama dia Fahryan rupanya' desis Falisha.

"Dalam pukul 1" jawab Fahryan kepada soalan itu.

Cik Za hanya mengangguk. "Nanti tunggu dekat tempat biasa. Jangan nak merayap pulak." pesan Cik Za.

Fahryan yang duduk di belakang sekadar mengangguk.

Di sepanjang perjalanan itu, tiada suara borakan. Masing-masing melayan diri sendiri.

••••••••••

Kaki terus melangkah ke anak tangga yang terakhir. Kelas 5 Inovatif ditujunya dan dengan langkah kanan mula masuk ke dalam kelas. Kelasnya berada di tingkat 2. Jadi, pagi-pagi macam ini kira kena buat exercise sikit.

"Hey..bro." sapa Khan setelah Fahryan muncul di muka pintu kelas.

"Hey? Salam kau mana? Dah hilang dah?" perli Fahryan. Bukan apa saja nak mengusik si Khan ni.

Khan menggaru lehernya yang tidak gatal. Aduh mamat ni ada je benda yang nak diperlinya.

"Assalamualaikum tuan. Tuan apa khabar? Sihat?" sapa Khan sekali lagi. Kali ini lebih sopan. Sengaja perkataan 'Tuan' itu disebut.

"Waalaikumusalam. Alhamdulillah. Sihat lagi. Kan bagus hari-hari macam ni." puji Fahryan bercampur dengan kata-kata perli. Fahryan memang macam tu kalau tak perli orang memang tidak sah. Khan pula dah lali dengan kata-kata perli dia.

Khan memandang Fahryan dari atas kepala hinggalah ke kasut. Ada something wow dekat situ.

Fahryan yang perasan akan pandangan Khan memandang Khan pelik.

'Pahal mamat ini pandang aku macam itu. Macam tak pernah nampak orang' desis Fahryan.

"Kau pahal pandang aku macam itu. Ada hantu ke kat belakang aku ini?" soal Fahryan lalu menoleh ke belakangnya.

"Mana ada." nafi Khan.

"Habis tu kenapa?" soalnya lagi.

"Tak delah. Aku speechless tengok kau pakai baju uniform ini."

"Lah. Aku ingat apa bendalah tadi." keluh Fahryan.

"Tak delah. Kau kan mana pernah pakai baju uniform lengkap macam ini. Selalu time perhimpunan kokurikulum, kau pakai baju T-shirt polis tu je. Kau mimpi apa semalam?." duga Khan.

"Saja aku nak pakai. Lagipun, ni kan minggu perhimpunan kokurikulum yang pertama. Jadi aku pakailah. Kenapa? Salah ke aku pakai?"

'Eh mamat ni. Kita ni nak cakap dia nampak segak pakai baju ini. Tapi, dia punya cakap tu macam kena saman dengan abe polis kat luar tu.' kutuk Khan dalam hati.

"Aku tak cakap salah. Kau yang kata salah. Eh dah lah jom gerak." kata Khan lalu beredar keluar dari kelas. Mendengarkan kata-kata Fahryan mengekori langkah Khan.

"Wahh. Nampak handsome abe abe kita hari ini." puji Rafael yang baru keluar dari kelasnya, 5 Dedikasi. Rafael Asyarafi memilih jurusan Sains Tulen. Sebab itu dia dengan Khan dan juga Fahryan berbeza kelas. Kelas Khan pula merupakan kelas untuk jurusan Sastera.

"Ye ke? Aku rasa macam biasa je. Aku memang dah hari-hari handsome." kata Fahryan dengan nada berlagaknya.

"Ceh. Angkat bakul konon. Jomlah gerak." kata Rafael. Rafael turut satu unit beruniform dengan mereka berdua.

Mereka bertiga berjalan beriringan ke tempat perhimpunan seperti biasa.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now