💌Bab 8💌

26 2 0
                                    

~ Tiga minggu kemudian ~

Semua barang yang hendak dibawanya telah disumbatkan ke dalam kotak. Kotak A4 sahaja. Banyak juga isi dalamnya. Nasib baik ada satu sahaja. Di dalamnya mengandungi perhiasan-perhiasan untuk khemah rumah sukannya nanti.

Beg sandang kecil telah dipakai di bahu. Disebabkan hari ini tidak belajar, jadi dia bercadang untuk bawa beg itu sahaja. Lagi senang. Tapi, ada satu sahaja masalahnya. Botol air ni nak letak dekat mana. Beg ni bukannya ada kocek. Nak letak dalam beg, cornfirm tak muat sebab botol airnya yang tinggi. Sudahnya, Falisha hanya membaringkannya di atas kotak yang bertutup itu.

Bunyi hon van telah menyentakkan Falisha yang sedang leka. Falisha keluar dari pintu rumah dalam keadaan kelam-kabut. Kotak tadi turut dibawa bersama.

"Banyak Sha barang hari ini." tegur Cik Za usai Falisha selamat mendarat punggungya di kerusi.

"Haah Cik Za. Hari ini ada hari sukan. Tu yang banyak tu." balas Falisha dengan ramahnya.

Cik Za hanya menggangguk dan kembali fokus kepada pemanduannya.

Sedang minda memikirkan kecukupan barang yang dibawa, tiba-tiba Falisha terkejut akibat brek mengejut Cik Za. Akibatnya, muka hampir menemukan kerusi di hadapannya.

Buk.

Suatu bunyi asing di telinga Falisha. Dia mencari punca datangnya bunyi. Namun, tiada apa-apa dijumpai.

"Sorry. Mak cik brek mengejut tadi.Bunyi apa tu Sha?" soal Cik Za turut yang mendengarkan bunyi itu.

"Tak de pape mak cik" balas Falisha lalu memberikan senyuman. Namun, otaknya ligat memikir bunyi apakah itu?

Falisha kini berada di rumah jiran yang sederet dengannya.

Pintu dibuka tanda seseorang ingin masuk.

Ternyata bukan seorang tetapi dua orang lelaki masuk ke dalam perut van dan terus menutup pintu.

"Hai. Dah lama ke tunggu.Sorry Yan, Fad mak cik lambat. Tadi pun mak cik terbabas." kata Cik Za dengan nada serba salahnya.

"Tidak mengapa mak cik. Tidak lama pun kitaorang tunggu. Kan abang kan?." balas Fadel mewakili abangnya yang berat mulut.

"Hm" balas Fahryan.

Cik Za menggangguk sekali lagi.

Falisha ketika itu sedang mencari botolnya yang hilang. Dia yakin tadi dia ada membawanya. Tapi di mana ya? Tanyanya dalam hati persis wanita Indonesia. Sudahnya dia berputus asa mahu mencari. Yelah dalam gelap. Ingat boleh nampak ke.

Sedang mata ralit memandang luar tingkap, kaki Fahryan terasa akan memijak sesuatu objek. Kepala ditundukkan ke bawah kerusi untuk mencari sesuatu. Setelah mengenal pasti di mana objek itu berada, tangan dipanjangkan untuk mengambilnya.

"Botol air kau ke Fad?" tanya Fahryan sambil menunjukkan botol air itu.

"Aku manalah nak bawak air ke sekolah." balas Fadel.

"Habis tu ini siapa punya? Tak kan aku punya pulak." kata dengan nada tegas.

"Haih. Cuba kau tanya perempuan depan tu. Entah-entah dia punya ke?" tunjuk Fadel ke arah Falisha.

Fahryan hanya akur.

Terasa bahu seperti dicuit dari belakang. Falisha memalingkan muka ke arah itu.

"Kau punya ke?" tanya Fahryan.

'Alamak macam mana botol aku boleh dekat dia ni. Aduh malunya aku.' kutuk Falisha dalam hati.

Falisha hanya mengangguk kepalanya sebagai tanda jawapan 'Ya, itu saya punya.' Tiba-tiba mulutnya jadi mulut emas pulak.

Melihatkan reaksi Falisha itu, terus dia menghulurkan botol itu dan kembali ke tempat duduknya.

Falisha hanya menyambut huluran itu. Matanya sempat menangkap rupa wajah lelaki itu.

'Boleh tahan handsome jugak mamat tu. Hari tu macam tak sangat.' puji dalam diam.

Badannya kembali berpusing ke menghadap hadapan.

••••••••••

Beberapa minit perjalanan, akhirnya Falisha sampai di sekolahnya. Falisha menuruni tangga van dengan berhati-hati. Jatuh maruahnya nanti kalau tersungkur keluar dari van. Nanti jadi malu kali kedua.

Selepas menutup pintu van dan kelibat van pun sudah hilang, dia terus melintas jalan raya.

Dari jauh Lashira sudah melambai ke arahnya. Ramai murid telah duduk berkelompok di hadapan pintu dewan.

Falisha segera mempercepatkan langkahnya.

"Nasib baik kau cepat sampai. Kita dah nak gerak dah." kata Lashira usai Falisha di sebelahnya.

"Dah nak gerak ke? Cepatnya." kata Falisha lalu menilik jam tangannya. Baru 6.45, masih awal lagi.

"Haah. Cikgu Mukhriz kata kena gerak awal. Takut lambat nanti."

Falisha hanya mengangguk faham.

Para pelajar BEGS telah dimaklumkan bahawa mereka ke JOSHS dengan berjalan kaki sahaja. Maklumlah jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Separuh daripada guru di sini akan menaiki bas yang dikhaskan untuk BEGS manakala selebihnya bertugas memimpin murid-murid.

Mereka semua berjalan kaki sahaja. Maklumlah dekat sahaja. Sampai sahaja di padang, semua murid duduk berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing. Falisha yang sudah sampai di khemah Victoria (Biru) terus meletakkan kotak di bawah beralaskan tikar yang dibawa oleh guru rumah sukannya. Dia meneruskan tugasnya untuk menghias mana-mana hiasan yang masih cacat cela.

Jiranku CrushkuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora